Buku Rujukan Pendidikan Islam Yang Padat dan Warna-Warni Buat Anak Sekolah Menengah

Saya memang seorang ibu yang sangat telilti dalam mencari dan mendapatkan buku pelajaran buat anak-anak. Selain daripada pengisian dan cara penyusunan isi kandungan. Kualiti buku terutama dari segi jenis kertas, jenis font dan warnanya memang diambil berat.

Antara buku pelajaran yang saya memang sangat rekomen kepada ibubapa di luar sana adalah buku rujukan pendidikan islam bagi sekolah menengah seperti di atas. Buku terbitan Perkasa Ummah ini bukan sahaja cantik jika dilihat pada kulit luaran bahkan pengisian notanya juga cukup padat dan lengkap.


 
Untuk buku pendidikan islam sekolah menengah rendah, ada tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3 serta kompilasi nota dari tingkatan 1 sehingga 3. Setiap satu buku nota dijual pada harga RM3 sahaja, manakala buku kompilasi adalah RM10.

Antara ilustrasi didalam buku. Cantik dan kemaskan. Anak-anak kalau membaca pun akan rasa tenang dan  mudah nak faham. Untuk buku tingkatan 1 saya berikan kepada Afiq, manakala buku kompilasi pendidikan islam PT3 dan buku nota tingkatan 3, saya berikan kepada Akid yang berada di MRSM. 


Ini pula buku tingkatan 4 dan buku rujukan pendidikan islam SPM. Memang kompak saiznya. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Dan kedua buku ini saya berikan kepada Yana yang bakal mengambil SPM tahun ini.

Untuk buku rujukan SPM, harganya RM7.50 sahaja. 

Manakala buku rujukan pendidikan islam tingkatan 4 harganya RM5 sahaja. Murah dan berbaloi.   



Kertas buku memang glossy. Cetakan sangat jelas dan cantik.


Bagaimana nak dapatkan buku-buku ini?

Korang boleh membuat pembelian melalui platform Shopee tau:

Buku Rujukan Pendidikan Islam Yang Padat dan Warna-Warni Buat Anak Sekolah Menengah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 05, 2020 Rating: 5

7 comments:

  1. Suka pages dia yang warna warni tu. Boleh merangsang minat budak2, especially yg susah nk tumpukan perhatian atau yg mmg xminat dgn subjek tersebut.

    ReplyDelete
  2. Bagus kalau ada buku rujukan macam ni yang ada banyak graphic and warna, barulah menarik.

    ReplyDelete
  3. Kalau warna warni macam ni memamg seronok anak2 nak belajar. Lama tak bau bulu rujukan.. Ehhehe.. Kalau masuk kedai buku kadang suka tengok buku rujukan. Rindu zaman sekolah

    ReplyDelete
  4. Menarik sangat nampak bila nota tu berwarna-warni macam tu. Takde lah anak-anak cepat bosan or mengantuk time nak studi kan. Tq share :)

    ReplyDelete
  5. as someone who is a beginner in Islamic studies, this book seems really useful. love the colours!

    ReplyDelete
  6. Serious rindu zaman persekolahan dulu bila tengok buku rujukan dan latihan ni... Benda paling best dibuat bila habis jer waktu persekolahan.. Dulu membesar dengan nenek jaga kedai runcit so ada book store nearby.. :)best la skrg dah boleh dapatkan buku macam ni dengan harga yang sangat berpatutan dan via online..

    ReplyDelete
  7. Jenis Sis sama gak dulu masa anak-anak sek0olah, suka belikan bahan bacaan dengan muka depannya meriah dengan warna dan gambar menarik hehehehe..barulah minat nak bukak buku tu ada kan...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.