Makin Hari Makin Melebar Badannya
Aku sebenarnya takde mood gila nak menulis sekarang ni. Serius! Kesnya sebab aku duk rasa tertekan dalam tak sedar sebab Covid 19 ni, hahahahahahah. Memanjang makan beria hokeh. Dahlah stock kat dapur penuh dengan Maggi. Heran aku macam mana stock Maggi menguguli carta di rumah.
Iskh.
Sejak anak-anak dah start kembali dengan class online, memang dengan aku sekali start stress dan pening kepala. Kejap-kejap..
Mummy suruh Ameer tutup game, ada kelas, lagging....
Mummy!! Suruh adik tutup Netflix kejap..
Mummy, Amani nak beli barang untuk projek Sains, urgent!
Mummy!!! Suruh Afiq jemur baju sorang hari ini kelas full..
Mummy tu..
Mummy ni..
Ini belum masalah Ameer yang paling liat membaca. Sampai cikgu pun komen pasal progress Ameer yang kuat main. Tak fokus. Kelas online pun tak fokus, apoooo..
Sebenarnya, aku memang rancang nak diet makan. Maksudnya tetap makan setiap hari cuma nak ubah gaya makan. Problemanya. aku kalau tak makan, anak pun tak makan. Adoi. So kena makan sama-sama..
Aku makan epal depa nak makan nasi. Terutama Yara. Still makan bersuap lagi. setiap kali suap nasi kat mulut Yara, aku tersuap sekali nasi kat mulut sendiri. Acaner tu. Hahahahaha. Tak boleh tahan apatah lagi sekarang tengah-tengah rasa stress sebab pandemik yang menghalang aku bergerak bebas ke mana sahaja. *Tak pernah aku tak jumpa mak aku lebih sebulan oit.
Badan memang makin melebar. Nak tahu bila kita cuba pakaian makin hari rasa ketat. Adoi. Lepas tu sedapkan hati, bagi alasan fabrik kain mengecut hahahahahaha. Selalu juga pinjam kata-kata motivasi yang mana time pandemik ini ko kena buat sesuatu yang boleh jiwa ko terisi dan happy.
Perkara yang buat aku happy ialah menang contest. Beria join dan banyak yang kalah juga. Walaupun hakikatnya for fun tapi penyumbang juga "Alamak kalah, sambil mulut tu mengunyah". Jadinya, aku mula mencari aktiviti yang memberi manfaat buat diri. Contohnya, aku study, aku baca buku ilmiah pasal kereta, bulan, sains dan teknologi. Aku kerap berkomunikasi dengan Yana (kebetulan dia nak/sedang ambil trial exam). Aku keluar sekali-sekala untuk lihat manusia dari jauh. Bayangkan aku drive kereta pusing Shah Alam untuk pergi Mekdi Drive Tru, dapatkan eskrim satu takpun kopi secawan jer.
Sekarang ini, musim aku rajin tengok movie kat Netflix. Satu hari sekurangnya satu movie aku kena tengok. Pantang orang tag aku cerita kat IGS, mesti melompat terus aku tengok. Sebab aku bayar Netflix bulan-bulan , jadinya aku nak rasa manfaatnya dari aku bayar saja-saja.
Dan hari ini setelah berbulan tak ke Decalthon. Aku gigih juga ke sini dengan tujuan nak beli kasut futsal Akid. Tapi yang peliknya masa nak bayar, baru aku perasan barang untuk diri sendiri lebih banyak daripada barang yang sepatutnya dibeli.
Aku beli apa tau..
Penimbang berat badan..
Dan set baju jogging..
Korang tengoklah nanti, adakah ianya setakat motivasi ataupun kegunaan 2,3 kali lepas tu berhenti. Sambung balik tabiat lama - stress-makan-stress-makan...
Gitulah..
Moga aku kuad!
Makin Hari Makin Melebar Badannya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 02, 2020
Rating:
hahahahahaha...
ReplyDeleteidokler nasha..lidi sangat tu hahah
tersengih-sengih saya baca tulisan akak kali ini. Harapnya pandemik ini akan berkahir tidak lama lagi . ( wpun tahu, selagi vaksin tak dapat ,selagi tu sebenarnya kita sentisa terdedah dengan Cobid-19) Akak jaga diri yer...jaga kesihatan. Bab makan tu tak dapek nak nolong eh! memang kena kuat sungguh-sungguh. Semoga ALLAH permudahkan urusan akak dan keluarga. Semoga sentiasa ada jalan untuk akak rasa bahagia dan produktif. Take care!
ReplyDeleteheheh.. tq adik..
Deleteinsyaallah meh kita jalani hidup dengan sihat dan tenang heheh
ok, ter-sama plak content entry ari ni hahhaha
ReplyDeletei jenis weight conscious dan badan senang gain weight..so i jaga makan time weekday dan reward myself with cheat day time weekend shj....memang masa weekday, i masak for my 3 boys (and their papa)...i mkn my own meal (mostly salad/telur/tuna/buah/sup sayur)...razeen pun masih mkn bersuap--manja sbb anak bongsu tp sbb dh terbiasa cekal tgk anak2 mkn tp i tak mkn their menu (nasi+lauk2 etc)
actually kena gigih kalauu nak diet...once dh terbiasa kira ok jer..perut ii tak leh terima kalau termkn lebih sbb akan terus jd senak/sakit perut
tp cheat day penting gak, kalau tak jd stress hehhehe
Bagus juga tips you ni.. i ada try few times taoi fail.. mmg kena kuat istiqamah betul. Btw tq for the tips ❤️
DeleteSama la perasaan tu. Sisyat ni bkerja tp sejak covid ni byk bksrja dr rumah. Bila bkerka dr rumah, makan tu lebih dr kerja..haha
ReplyDeleteMelebor aihh 🤣
Hehe semoga terus bermotivasi. Org kata kalau kita amalkan sesuatu tu selama 21 hari, dia akan terus jadi habit. Good luck!
ReplyDeleteBiasalah time covid ni selain jihad melawan covid, jihad melawan nafsu yang bergelodak dalam diri juga.
ReplyDeleteChaiyokk kak. Dah duduk rumah keje mengunyapla gamaknye. Tengah masak ngap masuk mulut. Sambil tengok tv ngap lagi. Hihi
ReplyDeleteHahahaha ko nak tau tak, toba-tiba Suami Sis pun pi belinya timbang, padahal lama gile rumah ni takde penimbang oiii...dan hingga skrg tak kowser Sis nak menimbang hahahha..
ReplyDeleteSusah laaa nak bristwalk, taman layang pun dah kena tutup huhuhu
Aku nak tengok bacaan pada penimbang berat tu please hahaha
ReplyDeleteAku pun sama - sambil layan netflix tu baring, sambil mengunyah. Apoooo??
Akak memang rajin join contest ni..selalu tengok akak share..
ReplyDeleteiena ni pun dok uma badan makin naik..
wah akak sebut Decalthon...rindu nk shopping kat Decalthon..tapi jauh haha xleh g
Sama lah kita kak. Takut nak naik penimbang tu. Niat diet berhari2 tapi asal malam, kemain lapar perut tu. Harap berjaya lah tundukkan nafsu makan ni kan.
ReplyDeleteRasanya kebanyakkan kita ada problem yang sama ni :) Melebar dengan jayanya.. Nell pun beli bicycle untuk buat exercise taw, last2 masih dalam kotak lagi tak guna lagi tapi mulut still tak henti makan ni makan tu.. :P
ReplyDeleteSamalaaaaa kita! Entah bila kelebaran nak susut. Huhuuu...
ReplyDeleteKalau dekat best ni kan, buat sesama lebih bersemangat. Nanti share result timbang tu eh
Jom sama2 Kita exercise... Nanti Saya tag Ayu challenge Kat FB tu... Hehehehege
ReplyDeletemoga akak terus diberi kesihatan yang baik dan berjaya dalam kontest2 yang akak join.
ReplyDeleteJangan asik timbang lg stress tengok. Hehe. Even area ena tak kena pkpb tapi effect pd suamilah xboleh kuar daerah. Lagi berbulan tak balik kampung. Tula pengorbanan jadi frontliner
ReplyDeletekita ada masalah sama. marilah kita nurunkan berat badannya hehehe. semoga sukses dengan plannya kak hee
ReplyDelete