Minuman Beras Perang Mayang Untuk Seisi Keluarga

Sebagai peminat kopi nombor 1. Adalah menjadi rutin saya menikmati kopi setiap hari. Samada di waktu pagi mahupun di sebelah petang. Bagi saya kopi sendiri mempunyai tarikan dari segi rasa dan aroma yang mampu memberi rasa semangat setiap hari. Persoalannya adakah minuman kopi yang kita ambil setiap hari itu boleh membantu menjaga kesihatan badan kita? Hmmm.



Kita semua ingin badan yang sihat serta sentiasa rasa semangat biarpun padat dengan aktivit  i harian samada di rumah mahupun di pejabat. Ditambah pula di zaman sekarang ini, keadaan yang sibuk menyebabkan kita mudah mendapat stress. 

Melihat dengan permintaan masyarakat yang sentiasa mahukan gaya hidup yang sihat, Minuman Beras Perang telah diperkenalkan. Objektif utama pengenalan Minuman sihat jenama Mayang adalah untuk menjadi pelopor pengeluar produk minuman berasaskan beras perang dan mmperkenalkan budaya menikmati minuman sihat buat masyarakat Malaysia.


Untuk pengetahuan semua Minuman Beras Perang Mayang ini mula diedarkan oleh oleh Era D Mansion Sdn Bhd tahun 2018. Diketuai oleh seorang ibu tunggal yang cekal dan berhati waja, Zainab Binti Sidek selaku Pengarah Urusan syarikat. Sejak mula dipekenalkan Puan Zainab sentiasa berusaha yang terbaik dan mengharapkan Perang Mayang ini akan dapat diterima dan menjadi minuman kegemaran rakyat
Malaysia.

Selain dapat membantu memberi tenaga selepas penat bekerja di rumah dan di pejabat seharian, Minuman Beras Perang ini juga amat sesuai membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Manfaat kesihatan beras perang sebahagian besarnya disebabkan ianya adalah bijirin penuh. Serat beras perang membantu merendahkan paras kolestrol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpulan darah.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak bijirin penuh seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit. Dan antara faedah kesihatan umum untuk tubuh badan adalah mengawal diebetes, mengelakkan Alzheimer, bagus untuk antioksidan, mencegah obesiti dan membantu meningkat kesihatan jantung.

Minuman Beras Perang juga bebas gluten yang mana Gluten adalah protein yang terdapat didalam bijirin seperti gandum, barli dan rai (rye).

Puan Nurul Hidayah Umol, Pengacara Bernama merupakan jurucakap bagi produk Minuman Beras Perang Mayang.

Minuman enak ini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Bijirin yang kaya dengan khasiat ini boleh dinikmati semasa sarapan, makan tengah hari mahupun ketika wakyu makan malam. 

Terdapat dua perisa minuman Beras Perang Mayang yang ditawarkan iaitu :-
  • Minuman Kopie Perang
  • Minuman My Berry
Sekaligus memberi pilihan kepada peminat Minuman Beras Perang Mayang samada mereka ingin menikmati kopi mahupun yang punyai rasa buahan berry. Kedua produk ini telah diformulasikan bersama beras perang yang memberikan rasa enak serta menyegarkan. 

Minuman Kopie Perang

Di dalam satu pek ini terdapat 10 sachet. Sangat praktikal untuk kita bawa ke mana sahaja (hanya bawa bilangan sachet yang diperlukan). Saya suka menikmatinya ketika panas-panas. Bukan sahaja keenakan rasa kopi brazil bahkan aromanya juga memikat. Pastinya saya menikmati secawan kopie beras perang ini sahaja sudah memberi kekenyangan.

Boleh lihat pada manfaat dari Kopie Beras Perang Mayang daripada gambar di atas. Untuk satu pek Kopie Perang ini ditawarkan pada harga RM25 sahaja.


My Berry Drink

Peminat minuman rasa buahan pasti sukakan minuman ini. Rasa manisan buahan beri bersama susu dan juga beras perang yang pastinya 1001 khasiat dan manfaat yang diperlukan oleh badan. Warnanya menarik - pinky! Anak-anak remaja saya turut suka menikmatinya terutama jika dihidangkan dalam keadaan sejuk-sejuk.

Antara manfaat yang memang saya rasai sendiri adalah sangat membantu sistem penghadaman. Kita tidak akan ada masalah sembelit lagi. Bukan itu sahaja bahkan ada banyak lagi kelebihannya jika kita lihat pada gambar di atas. Untuk My Berry ini ditawarkan pada harga RM27.50 setiap satu. 

Korang boleh dapatkan kedua-dua produk Minuman Beras Perang Mayang samada dibeli terus melalui rakaniaga Mayang diseluruh Negara ataupun dari kedai atas talian Facebook, Lazada, Shopee atau berhubung terus dengan main office Minuman Beras Perang Mayang. 


Rebut harga promosi yang ditawarkan dan jom kongsikan bersama rakan mahupun keluarga. Pastinya minuman berkhasiat Beras Perang Mayang akan disukai oleh semua orang dek kerana rasanya memang sedap. Oh ya! Jika korang berminat untuk amalkan hidup sihat dan juga ingin menambahkan pendapatan sampingan, bolehlah hubungi pihak syarikat Minuman Beras Perang Mayang. Ini adalah kerana pihak syarikat Minuman Beras Perang Mayang ada menyediakan pelan perniagaan yang dapat membantu ekonomi keluarga terutama di ketika waktu PKPP sekarang :-)

Boleh hubungi menerusi:
Email : infomayangbp@gmail.com 
Instagram / Facebook : minumanberasperangmayanghq 
Hotline : + 6014 6604247 

 
Minuman Beras Perang Mayang Untuk Seisi Keluarga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 13, 2020 Rating: 5

12 comments:

  1. Kopi memang bagus demi kesihatan. Mdm dah cuba kopi habbatusauda. Tak sangka ada kopi gabungan beras perang. Manfaat banyak pula kan. Berita baik pencinta kopi macam mdm.

    ReplyDelete
  2. They look so healthy! I've heard of brown rice milk, never heard of brown rice coffee, it's my first time & hopefully one day I can try them out!

    ReplyDelete
  3. Wah.. Kita tertarik dengan menurunkan paras cholesterol dalam darah. Nak cuba laaa

    ReplyDelete
  4. Elok produk ni, especially utk org yg mmg addicted dgn kopi, kan. Alang2 dh minum setiap hari, baik minum yang bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  5. Sis pun suka minum kopi, cuma kopi beras perang gini belum pernah cuba..
    Nak gak le mencubanya nanti..apalah rasanya ekk..

    ReplyDelete
  6. Pertama kali dengar kopi perang.. Unik. Yang berry tu pun sama.. Rasa nak cuba pulak. Hehehe..

    ReplyDelete
  7. Menarik juga kan kopi beras perang ni.. tak pernah try flavor macam ni.. wahhh kalau yang suka minuman beri2 ni boleh la try Mayang... boleh la try beli stock kat rumah ni...

    ReplyDelete
  8. bagus sangat produk minuman ni, dapat kebaikan yang menyeluruh untuk kesihatan. teruja nak cuba sendiri!

    ReplyDelete
  9. Wow ada kopi perang pula. Boleh cuba nih. Packaging dia pun simple je tapi menarik perhatian

    ReplyDelete
  10. Kopi Beras Perang tu camana rasanya kak. Meh sini skit.hehehe.tak leh bayangkan rasa dia campur beras.mungkin rasa mcm tawar-tawar ke kak?

    ReplyDelete
  11. Walaupun saya peminat kopi, tapi saya lebih sukakan susu Berry tu..oi wangi sedap pulak tu

    ReplyDelete
  12. pertama kali rasa kopi berasaskan beras perang, minuman beri pun sama...mmg pelik tapi sedapppp!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.