Modanisa.com Kini Tiba di Malaysia
Modanisa.com Kini Tiba di Malaysia- Korang pernah dengar platform Modanisa? Perkataan Modanisa ini adalah singkatan daripada 2 perkataan modan dani nisa. Ianya memberi gambaran kepada gambaran wanita(nisa) moden (modan). Seperti yang kita ketahui golongan Muslimah merupakan pengguna fesyen sopan yang paling ramai di dunia, dengan nilai pasaran mencecah US$283 bilion (RM1.17 trilion) dalam tahun 2018 dan angka ini dijangka meningkat ke US$402 bilion (RM1.67 trilion) pada tahun 2024.
Di samping itu juga, pasaran untuk golongan Muslimah yang bekerja berpotensi untuk mengaut trilion dollar. Oleh yang demikian, ia bukan sesuatu yang menghairankan apabila Modanisa.com, sebuah platfrom perintis fesyen sopan yang mendapat sambutan hangat di 140 negara, kini melebarkan sayap ke pasaran Asia Tenggara.
menembusi pasaran Asia Tenggara dengan pelancaran rasmi laman sesawang dan platform aplikasi di Kuala Lumpur hari ini.
Modanisa.com menyambut ulang tahun yang ke-10 tahun ini dan alangkah hebatnya kemunculan perdananya di Malaysia berjaya disempurnakan dengan peragaan fesyen secara maya dan juga penawaran diskaun hebat untuk para pengguna di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Modanisa.com, Kerim Türe.
Syarikat kami merasa bangga kerana dapat menyepadukan fesyen dan teknologi e-dagang yang canggih bagi memenuhi permintaan gaya hidup kaum Muslimah.
Mengapa Malaysia? Menurut Türe, Laporan Digital Malaysia 2019 telah menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia untuk berbelanja lebih tinggi melalui platform e-dagang berbanding dengan negara- negara lain di Asia Tenggara, kecuali Singapura. Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa 26 juta daripada 32 juta jumlah penduduk Malaysia adalah pengguna internet yang aktif. Tambahan pula, 80% pengguna Malaysia berusia di antara 16 dan 64 membeli-belah secara dalam talian.
Perwakilan dari Turki, Mustafa Aydemir, Naib Pengerusi MÃœSÄ°AD Malaysia (Persatuan Ahli Industri dan Perniagaan Bebas Turki) juga hadir untuk merasmikan majlis pelancaran dan memuji tindakan berani Modanisa.com untuk menceburi pasaran Asia Tenggara, bermula dengan Malaysia. Beliau memetik sebuah kajian terkini yang melaporkan bahawa fesyen sopan adalah satu kategori produk yang telah menarik perhatian ramai pengguna beli-belah dalam talian di Malaysia memandangkan ia disukai oleh penduduk majoriti negara ini yang beragama Islam.
Busana yang sopan memberi peluang untuk kaum Muslimah bagi menzahirkan identiti agama mereka sambil berfesyen. Tambahan pula, pasaran fesyen sopan di Malaysia dijangka akan meningkat memandangkan 61.3% daripada jumlah penduduk Malaysia adalah beragama Islam dan mereka tidak teragak-agak untuk berbelanja lebih untuk membeli produk fesyen.
tambah Aydemir.
Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Andrew Tan memberikan sokonganya kepada Modanisa.com kerana menampilkan pertunjukan fesyen mereka di platform maya.
Kewujudan dunia fesyen adalah bergantung kepada minat orang ramai dan industri ini akan lenyap jika orang ramai merasa cepat bosan. Ia adalah amat penting untuk mengekalkan minat para pengguna terhadap fesyen, dan sentiasa mengingatkan orang ramai bahawa fesyen mempunyai kuasa untuk meningkatkan keyakinan, menyemarakkan impian, menceriakan dan mencetuskan imaginasi seseorang. Walaupun kita sedang mengharungi masa yang mencabar, ia adalah penting untuk kita kekalkan minat orang ramai terhadap industri fesyen
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Modanisa.com atas pendekatan berani mereka untuk membawa jenama-jenama fesyen sopan global ke Malaysia melalui platform e-dagang dalam mengarus perdana fesyen sopan di rantau ini. Türe, salah seorang daripada 50 Pemimpin Ekonomi Islam yang disegani berkata Modanisa.com bertekad untuk menguasai pasaran di sini dengan menawarkan rangkaian fesyen sopan bergaya yang ceria serta anggun kepada wanita Islam dan bukan Islam yang arif tentang fesyen serta inginkan gaya yang trendy tanpa menjejaskan kesopanan.
Antara daya penarik Modanisa.com adalah kebolehcapaian. Tanpa kesulitan dan mengeluarkan peluh untuk berulang-alik ke kedai, pelanggan Modanisa.com boleh membina gerobok fesyen idaman dengan mudah dari mana-mana sahaja menggunakan aplikasi Modanisa di dalam peranti mudah alih untuk mengakses 75,000 produk secara serta-merta daripada senarai 850 jenama global
yang menyeluruh tetapi masih berkembang.
Türe memperkenalkan rangkaian produk Modanisa.com yang merangkumi tujuh kategori produk dari pakaian wanita (sut, jubah, seluar, loungewear dan lingerie), pakaian untuk ke majlis (gaun, dress, sut formal, skirt) sehingga ke pakaian plus size dan juga pakaian sukan (sut balapan, sut peluh, seluar legging dan penutup kepala) dan pakaian renang. Modanisa.com juga menawarkan pelbagai pilihan hijab termasuk tudung, penutup kepala (bonnet) dan aksesori.
Aneka pilihan pakaian dengan gaya kontemporari, bermutu tinggi, malar segar dan sofistikated ditawarkan dengan harga mampu milik, menjadikannya mudah dimiliki oleh fashionista dan hijabista daripada golongan berpendapatan sederhana. Ini adalah perubahan ketara yang mana fesyen sopan telah meresap dari jenama mewah ke jenama high streets.
Modanisa.com juga sedang menyasarkan golongan milenial yang bergaya memandangkan trend industri menunjukkan bahawa golongan ini memilih untuk berfesyen tanpa meninggalkan adab
kesopanan.
Modanisa.com berharap dapat mendorong fesyen sopan ke dalam arus perdana dan menjadikannya lebih mudah dimiliki,” kata Türe. “Kami harap platform ini akan memberikan peluang kepada semua wanita Malaysia yang gemarkan fesyen sopan untuk bergaya dengan lebih keyakinan tanpa perlu memecahkan tabung
Modanisa.com juga sedang menyasarkan golongan milenial yang bergaya memandangkan trend industri menunjukkan bahawa golongan ini memilih untuk berfesyen tanpa meninggalkan adab
kesopanan.
Beliau menyatakan bahawa golongan muda milenial Muslim tidak lagi mempunyai tanggapan yang pakaian sopan adalah ketinggalan zaman.
Busana kami menggabungkan unsur tradisional dan kemodenan. Kami menawarkan busana fesyen sopan wanita yang mematuhi Syariah iaitu menutup bahagian tubuh dan anggota, mempunyai gaya-gaya unik berinovatif, serta potongan yang bergaya.
Sebagai sebuah platform e-dagang yang boleh diakses melalui laman sawang dan aplikasi, Modanisa.com pastinya mempunyai daya penarik kepada para penggemar beli-belah dalam talian, terang Türe.
Jenama-jenama di bawah Modanisa.com terdiri daripada pendatang baharu dalam industri hingga ke jenama fesyen sopan yang ternama dan utama di dunia termasuk TUVA, BENIN, REFKA, TAVIN, Everyday Basic, Luvic dan label plus-size ALIA – semuanya label persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh Modanisa.com.
Modanisa.com telah mengungguli anugerah kategori Seni Islam yang diidami ramai dalam Anugerah Ekonomi Islamik (Islamic Economic Awards) yang berpangkalan di Dubai dan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Antarabangsa (International Business Excellence Award) di bawah
kategori “E-dagang dan Pengalaman Digital” dalam tahun 2017 dan 2018.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Modanisa.com, sila layari laman sesawang:
https://www.modanisa.com/en/ atau muat turun applikasi melalui Google Play Store atau Apple App Store.
Psst:
Modanisa.com Kini Tiba di Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 19, 2020
Rating:
No comments:
Sharing is caring...