myCITTA Penghantaran Makanan dan Produk Runcit Dari Citta Mall
Di musim PKP memang menjadi trend untuk kita membuat tempahan secara atas talian samada makanan, barangan rumah, produk penjagaan diri dan pelbagai lagi. Kebiasaannya kita akan membuat pembelian melalui portal membeli-belah atas talian mahupun menerusi tempahan dari syarikat servis e-hailing. Bagi mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan Selangor mahupun Kuala Lumpur, korang boleh cuba perkhidmatan myCITTA.
Apa Itu myCITTA?
Pada mereka yang biasa mengunjungi pusat membeli-belah CITTA MALL pastinya tahu disini terdapatnya banyak restoran/kafe yang menawarkan pelbagai jenis makanan. Daripada makanan tradisi autentik, makanan segera (fast food), barat, Thai, Jepun, snek ringgan dan pelbagai lagi yang mampu memenuhi gastranomi masyarakat Malaysia.
CITTA Mall telah melancarkan secara rasmi platform penghantaran myCITTA bagi memberi peluang pengunjung setia serta masyarakat setempat mendapatkan produk dari outlet yang terdapat di pusat membeli-belah CITTA MALL itu sendiri. Melalui servis yang ditawarkan bukan sahaja memberi lebih banyak kemudahan bahkan sangat praktikal serta mudah. Dengan hanya 'teknologi di hujung jari', pelanggan boleh mengakses serta mendapatkan barangan yang mereka ingin dapatkan memalui pembelian daripada laman web www.citta.com.my. Semua barangan yang dibuat tempahan akan dihantar terus ke lokasi yang diinginkan seperti rumah dan pejabat.
Lebih menarik untuk servis myCITTA caj penghantaran akan dikenakan untuk setiap kali tempahan biarpun melibatkan banyak pembelian dari outlet yang terlibat. Contoh katalah saya nak makan asam laksa udang dari Jom Laksa, air tealive dan juga laksa kari dari Restoran Onde-Onde. Bayaran yang akan dikenakan hanyalah harga makanan dan satu caj penghantaran. Biarpun saya order berlainan outlet namun caj penghantaran yang dikenakan adalah sekali untuk setiap kali tempahan sahaja. Menarik! Kita boleh buat pilihan pelbagai jenis hidangan dari pelbagai outlet pada masa yang sama.
Turut disediakan pilihan mengambil sendiri (pick-up) jika korang tinggal berdekatan dan tidak mahu menggunakan servis penghantaran. Jadinya kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan barangan di outlet-outlet CITTA MALL. Buat tempahan, bayar dan datang untuk ambil
Menurut Mr. John Tam, Pengurus Besar CITTA Mall wabak Covid-19 telah membawa kepada
ke hadapan perniagaan runcit penting untuk hadir di semua saluran yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan pengguna.
Hence, we are capitalising on the opportunity presented by the digital era to help tenants boost sales while making shopping safe, convenient, and pleasurable.
As the third wave of the pandemic hit, most shoppers are reluctant to leave home unless necessary. myCITTA is here to cater to the needs of our shoppers as we offer an alternative to their shopping needs. Also, unlike other delivery services, myCITTA offers local deliveries beyond food within and outside of Klang Valley, so shoppers can still purchase their favourite goods from the mall from the comfort of their home.
Outlet Yang Terlibat didalam myCITTA
Antara outlet yang kita boleh dapatkan makanan dan produk lain melalui perkhidmatan myCITTA seperti :-
- A slice of Heaven
- Beans N Beans,
- Wingstop
- Fruitlab
- Peak Fitness
- Ashley Furniture HomeStore
- Canning Heritage
- Gajahmada
- House of Malaya
- Penyet Express
- A Beauty Secret Studio
- A&W
- Boozeat
- Gadget C Kedai
- Iyakimono
- JOMLaksa
- Manjakaki
- Marrybrown
- Mikey's Pizza
- Onde Onde
- Para Thai
- Tail & Sirip
- The Barn, Twinbow
- Union Roastery
- MaggyMe
- Mie Universal
- Ying Ker Lou
- Waroeng Penyet
- Wrappe
- Deli Wau
- B Optique
- Julia Gabriel & Chiltern House Preschool
Promosi dan Cara Pembelian
Bersempena dengan pelancaran platform digital myCITTA turut ditawarkan adalah promosi seperti berikut:-
- Potongan sebanyak RM5 untuk setiap pesanan di myCITTA dengan memasukkan kod CITTA2U (Sah untuk yang pertama 100 pelanggan sahaja).
- Pas percubaan percuma selama 3 hari di Peak Fitness untuk pelanggan yang berbelanja melalui myCITTA.
Cara nak membuat tempahan boleh rujuk pada langkah-langkah di bawah :-
Review Makanan Yang Best di JOMLaksa, Onde Onde dan Marrybrown di Citta Mall
Antara 3 restoran makanan yang saya dan cuba sendiri di CITTA MALL dan memang sangat rekomen pada korang adalah seeprti JOMLaksa, Onde Onde dan juga Marrybrown. Ke semua restoran ini terletak di Ground Floor CITTA MALL.
JOMLaksa
Kalau korang suka makanan street hawker yang memang menawarkan rasa hidangan yang autentik bolehlah mencuba makanan di JOMLaksa. Untuk pengetahuan semua JOMLaksa bermula dengan gerai kecil yang terletak di Pualu Pinang 35 tahun yang lalu. Pada asalnya ianya hanyalah bermula sebagai bisnes keluarga dan kini telah menjadi perniagaan franchis yang menawarkan keenakan hidangan asam laksa ke seluruh negara.
JOMLaksa dibuka setiap hari di CITTA MALL bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Lokasi outlet adalah G-K01 (Ground Floor). Keterangan lanjut mengenai JOMLaksa boleh layari www.facebook.com/jomlaksa
Antara hidangan sedap dan korang boleh cuba di JOMLaksa seperti :-
Nyonya Laksa Sotong
Hidangan autentik dari Penang memang tidak dinafikan kelazatannya. Apatah lagi terdapatnya sotong, fish cake dan juga sambal pedas tambahan kepada rasa 'kick' pada hidangan.
Asam Laksa Udang
Kekuatan hidangan ini terletak pada kepekatan rasa pada kuah asam laksa yang memang padu. Apatah lagi saya memilih menu yang ada udang. Cukup rasa dengan manis-manis udang didalam kuah laksa asam.
Nasi Kunyit Spicy Cutlet
Agak 'rare' untuk kita jumpa nasi kunyit yang unik. Dinikmati bersama cutlet spicy panas-panas memang sedap.
Cendol Jagung
Antara cendol yang sedap saya pernah menikmati adalah dari sini - JOMLaksa.
Sago Gula Melaka
Pencuci mulut ni macam ini memang sedap giler. Terutama di bawah sagu adalah ais kepal yang diletakkan bersama gula melaka dan juga santan.
Onde Onde
Restoran ini memang saya rekomen terutama bagi mereka yang mencari sarapan pagi yang enak, makanan tengahari dan malam yang versatil mahupun kepelbagaian pilihan hidangan lewat malam. Saya suka pilihan hidangan di restoran ini kerana kebanyakan menunya adalah gabungan masakan tradisi dan juga mempunyai sentuhan fusion. Restoran ini terletak di G-49 (Ground Floor) dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk keterangan lanjut mengenai hidangan boleh layari www.ondeonde.com.my .
Makanan feveret saya dari Onde Onde adalah seperti:-
Nasi Lemak Istimewa Meletup
Signature Curry Laksa Seafood Supreme
Signature Fried Asam laksa
Biasanya kita menikmati laksa secara berkuah. tetapi di Restoran Onde Onde ada menawarkan yang kering ataupun goreng. Sedap! Rasa masam-masam manis, ada pes udang serta ada ulaman seperti hirisan nenas, timun dan bawang.
3 Layer Tea dan Passionfruit with Lychee
Kedua air minuman ini memang menjadi pilihan saya jika menikmati hidangan di Onde Onde.
Marrybrown
Restoran makan segera yang diperkenalkan sejak tahun 1981 ini menawarkan pelbagai hidangan menarik dan memenuhi citarasa masyarakat Malaysia. Selain daripada popular dengan keenakan rasa ayam goreng garing, Marrybrown turut menawarkan pelbagai hidangan bubur, burger dan pelbagai lagi. Untuk outlet di CITTA MALL ianya terletak di G-33 (Ground Floor).
Antara hidangan Marrybrown yang saya suka order seperti:-
Nasi Lemak MB
Chicken Burger
Bubur Ayam
Set Ayam Goreng
Sebenarnya ada banyak lagi hidangan menarik di Marrybrown yang ditawarkan pada harga promosi masa ke semasa.
Untuk keterangan lanjut mengenai myCITTA boleh layari www.citta.com.my
myCITTA Penghantaran Makanan dan Produk Runcit Dari Citta Mall
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 25, 2020
Rating:
wah mycitta ada servis delivery makanan...mmg mudah sgt...nk plak skarang pkpb tk bole ramai2 mkn kt restoran kn...bole la order thru mycitta ni...tq share info
ReplyDeletedekat ni dengan rumah, dah senanglah lepas ni nak order makanan. Tengok menu time lunch ni terus lapar, nak try orderlah
ReplyDeleteSuka makan ayam penyet dekat citta mall, marry brown pun sedap jugak! Senang lepas ni boleh guna apps je tak payah nak susah2 park & beratur
ReplyDeletememang sekarang semua benda kalau boleh nak beli online je.. mudah dah insyaAllah selamat
ReplyDeleteBagus macam ni kena ada satu usaha yang lebih comprehansif untuk meniaga sekarang zaman dah berubah makan pun semua main order sahaja hehehehe kita pun kalau dekat dah order kat sini huhuh sedapnya mee kari tu...
ReplyDeleteAda banyak list restoran yg boleh dipesan dengan perkhidmatan MyCitta, bolehlah guna khidmat MyCitta ni kepada mereka yang duduk area KL dan berdekatan..
ReplyDeleteKira macam cover satu mall laaa kann.. bagus betul..
ReplyDeleteNanti kalau anak balik sana, boleh suruh dia ke sini menjenguk Cittamall ni dan cuba servis deliverynya...
Ohoiiii sedapnya dia makan haha..bagus la cittamall bila dia buat camni kan so senang la orang nak order food. Dah la cittamall ni mmg kte kategorikan tempat syurga makanan haha..segala jenis tempat makan ada kat sini
ReplyDeleteWah... Bagus nya ada servis cover satu Mall terus. Yelah... PKPB ni ramai yang WFH. Senang order online jer
ReplyDeleteLong time not been to CITTA MALL already. It's nice they have myCITTA to help deliver to us
ReplyDeletetak pernah dengar pasal citta mall ni. macam menarik je cover satu mall dalam satu platform je
ReplyDelete