Ting Tong Ayam Goreng Memang Ting Tong Kesedapannya!

Ting Tong Ayam Goreng Memang Ting Tong Kesedapannya!- Kalau korang mencari atau mengidam ayam goreng yang garing, keranggupannya boleh bertahan lama, sedap, bersih pengendaliannya dan paling penting halal, silalah cuba Ting Tong Ayam Goreng . Memang betul-betul ting-tong kesedapannya. Bukan sekadar menjilat jari jer gais!!

Jenama Ting Tong Ayam Goreng memang baru di pasaran. Mempertengahkan konsep ala-ala 'street-food' , melalui jualan di gerai membolehkan peminat ayam goreng mendapatkan makanan kegemaran mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk pengetahuan semua, Tong Tong Ayam Goreng berpegang kepada 4 prinsip dalam pengendalian makanan iaitu bersih, halal, sedap dan segar, 

Ayam-ayam adalah disembelih mengikut syarat agama Islam. Diambil dari terus daripada pembekal-pembekal yang mempunyai sijil halal dalam pemprosesan ayam mentah. Ini juga antara rahsia kesedapan Ting Tong Ayam Goreng iaitu menggunakan ayam-ayam yang segar bagi mengekalkan kemanisan isi daging ayam itu sendiri.

Puan Yenti pengasas bersama Ting Tong Ayam Goreng

Ting Tong Ayam Goreng diusahakan oleh pengusaha bumiputera iaitu pasangan suami isteri Puan Yenti dan Encik Rosdi Lew. Menurut Puan Yenti, beliau  begitu semangat ini menjalankan bisnes dengan membuka gerai Ting Tong Ayam Goreng adalah inspirasi daripada arwah ibunya yang memang hebat dalam memasak. Bahkan rahsia tepung gorengan juga dari arwah ibunya sendiri.

Puan Yenti juga berkata dalam perniagaan makanan beliau memang mengambil berat terutama dari segi keenakkan rasa, kebersihan dan kualiti yang mana perlulah setanding dengan kita masak untuk keluarga sendiri. Ianya perlu dari keikhlasan hati untuk memberikan dan menawarkan yang terbaik untuk pelanggan.

Rahsia ramuan tepung gorengan adalah dari 10 bahan istimewa yang dicampur menggunakan sukatan yang betul. Ini adalah rahsia keenakan Ting Tong Ayam Goreng yang mana keranggupannya boleh bertahan berjam lamanya. Gabungan bersama penggunaan ayam segar dan rahsia tepung gorengan turun temurun menjadikan Ting Tong Ayam Goreng begitu istimewa.

Selain itu minyak gorengan juga diambil kira dari segi kualitinya. Minyak sudah hitam atau berkeladak tidak akan digunakan sama sekali, ini kerana ianya boleh menjejaskan dari segi rasa dan rupa. Suhu kepanasan gorengan juga perlu betul bagi memastikan ayam dimasak sekata. Tidak hangit di luar dan mentah didalam. Bahkan gorengan ayam perlulah sempurna. Ini bagi memastikan pelanggan berpuas hati setiap kali membeli Ting Tong Ayam Goreng,

Nah! Sangat cantik kejadiannya bukan. Warna kuning keemasan. Bagi memastikan setiap pelanggan membeli akan mendapat ayam yang segar dan masih-masih panas. Ayam akan digoreng tidak banyak kuantitinya untuk setiap jam. Ini kerana mereka mahukan setiap pelanggan yang datang membeli menerima ayam goreng yang baru sahaja dimasak.

Antara yang ditawarkan di Ting Tong Ayam Goreng adalah seperti berikut:-

  • Peha Ayam - RM4.50/1 ketul (agak besar saiznya!)
  • Thigh Ayam - RM4.50/1 ketul
  • Kepak Ayam - RM3.50/1 ketul
  • Leher Ayam - RM3/5 ketul
  • Pedal Ayam - RM3/ 8 ketul
  • Rangka Ayam - RM3.50/1 ketul rangka
  • Kulit Ayam - RM3/ 8 ketul
  • Kaki Ayam - RM3 / 5 ketul
  • Tauhu Goreng - RM3/6 ketul
  • Kentang Goreng - RM2.50/1 set

Rangka Ayam

Rangka ayam memang menjadi feveret saya dan adik-adik. Hidangan yang memang jadi kegilaan zaman kanak-kanak. Apa yang menarik rangka ayam Ting Tong memamng tidak berminyak. Meratah memang puas, apatah lagi terasa isi ayam yang manis digigit di tepi tulang.



Peha dan Thigh Ayam

Puas makan! Peha ayam yang ditawarkan memang besar.

Kepak Ayam

Selain rangka, kepak ayam juga antara yang paling gemar. Apatah lagi makan begitu sahaja bersama pencicah sos.

Kulit Ayam

Seperti menikmati keropok. Begitu rangggup dalam setiap gigitan :-)

Pedal Ayam

Agak 'rare' juga zaman sekarang untuk menemui pedal ayam di mana-mana restoran ayam goreng. Suami saya memang menggemarinya dan saya memang tidak pandai goreng pedal ayam. Jadinya lepas ini jika suami nak makan pedal kita order sahaja terus dari Ting Tong Ayam Goreng, hiks.


Kentang Goreng

Korang juga boleh dapatkan hidangan sampingan lain seperti kentang goreng. Memang enak dimakan ketika masih-masih panas bersama ayam goreng yang dipesan.

Tauhu Goreng

Kelainan disini turut ditawarkan adalah tahu goreng. Sedap juga! Biarpun agak jarang dipadankan bersama ayam goreng tetapi bila dah cuba bersama padanannya memang menjadi. 


Ting Tong Ayam Goreng kini mempunyai 3 outlet iaitu :-

AB Corner Wangsa Maju
62 Jalan 2/27a,
Seksyen 1 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.

Medan Niaga (bersebelahan Klinik Kesihatan)
Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai,
The Trillium, Lake Field,
Sungai Besi, Belakong,
Selangor.

Abang Besar
Jalan Sri Cheras,
Taman Kota Cheras,
Cheras Selangor.

Akan datang satu lagi outlet akan dibuka iaitu iaitu di kawasan Melawati. Ting Tong Ayam Goreng dibuka setiap hari dari jam 3.30 petang sehingga 11.30 malam. Untuk setiap 2 minggu, Ting Tong Ayam Goreng akan cuti sehari iaitu pada hari Isnin.

Jika tidak berkesempatan membeli di gerai, korang boleh juga order melalui Grab Food, Food Panda dan terkini adalah MyGO.

Ting Tong Ayam Goreng peminatnya memang tidak kira bangsa mahupun usia. Ianya boleh dikatakan makanan kegemaran keluarga samada dinikmati begitu sahaja ataupun dijadikan hidangan sampingan untuk makanan berat seperti nasi dan sebagainya.

Suka saya hendak kongsikan sekarang ini Ting Tong Ayam Goreng juga sedang membuka peluang buat mereka yang terkesan di musim PKP mahupun surirumah yang ingin mendapatkan pendapatan bagi membantu ekonomi keluarga. Di mana jika berminat untuk berniaga Ting Tong Ayam Goreng, bolehlah hubungi Puan Yenty di talian 012-2597711. Segala tepung gorengan dan ayam mentah akan dibekalkan sepenuhnya oleh pihak syarikat. Modal adalah melalui perbincangan mengikut kesesuaian dan situasi. Ini kerana matlamat Puan Yenty sendiri bertujuan membuka peluang buat mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan.

Untuk keterangan lanjut mengenai Ting Tong Ayam Goreng boleh layari:-

Ting Tong Ayam Goreng Memang Ting Tong Kesedapannya! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 28, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. TING TONG! Memang sedap giler ayam goreng nie. Tengok gamba pun dah rasa memikat selera. Thank you for introducing Ayam Goreng Ting Tong to moir.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...terliur tengok ayam goreng ni. Dah lama tak makan ayam goreng macam ini. Craving

    ReplyDelete
  3. Lapar tengok post ni haha. Batter yang dia guna utk goreng ayam ni nampak sangat sedap lah.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya memang sedap dan ranggup lar. Harganya juga amat berpatutan kan. Aiyoh lepas baca ni lapar lar. Nak pergi beli beberapa ketul untuk makan. :D

    ReplyDelete
  5. Rasa ting ting sedap tak apa jgn ting tong lain dah hihi...memang belum oernah dengar brand ni terapi bila jual digerai kenalah pastikan kebetsihan dan makanan sering ditutup dripd habuk dan asap kereta ya tak!

    ReplyDelete
  6. Uiksss apo niiii..baca memalam ni hujan lak adoiii terliur la kak oi.. tapi mmg berbaloi la harga pun ok hehe cuma kte nak gi jauh la plak hehe

    ReplyDelete
  7. Fuh.. telan air liur baca post ni! Part yg saya paling suka drumstick and wings. Makan panas2 cicah sos.

    ReplyDelete
  8. atie suka kaki ayam !! kalau mengunyah, maaf lah.. tak nampak orang kiri kanan dah punya fokus.. hee~ baik !! dekat dah dengan rumah atie ni.. nanti boleh singgah jap..

    ReplyDelete
  9. Mula nak gelak gak dengar nama Tong Tong, kreatif tau ownernya.. dari nama terpanggil orang nak datang makan.. kalau Sis pilihan, semestinya laaaa rangka! nanti tanya owner, tongkeng takde ke hehehehe

    ReplyDelete
  10. Ohh kat cheras ke.... Boleh la singgah nanti.. Kita ni penggemar kepak ayam.. Nyummeh

    ReplyDelete
  11. Kelaparan tengok ayam goreng dia. Nampak menyelerakan sungguh. Dah banyak jugak ye cawangan dia

    ReplyDelete
  12. wow the chicken looks absolutely golden, delicious and crispy! cant wait to drop by and try them soon!

    ReplyDelete
  13. murah juga ya. dah la ada jual kulit ayam. fav saya tu. nampak sedap dan crispy

    ReplyDelete
  14. wah wah nama dia hehe ting tong betul. sedap eh lama betul tak ratahratah ayam hehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.