Tips Bergaya Untuk Mereka Yang Plus Size

Memiliki badan plus size (berbadan besar) bukanlah halangan untuk kita bergaya. Bahkan jika kena dengan gaya, biarpun berbadan plus size tetap ada aura dan berketerampilan. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dipertimbangkan dalam bergaya bagi mereka yang berbadan plus size.

Ada 6 tips yang saya ingin kongsikan, antaranya;       

1. Pilih Fabrik Pakaian Yang Selesa Dan Sesuai

Fabrik memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan kita sentiasa rasa selesa sepanjang masa. Bagi mereka yang plus size, tidak dinafikan mereka akan mudah/cepat berpeluh. Selain itu adalah disarankan pemilihan fabrik perlulah yang jenis tidak mudah melekat di badan. 

Kebanyakan pakaian dari  https://www.bobrocklovelily.com.my menggunakan Oxford Cotton


Material fabrik yang sangat disyorkan untuk mereka yang berbadan plus size adalah dari jenis kain cotton dan crepe. Kena elakkan penggunaan fabrik dari material lycra dan jersi. Material fabrik ini sememangnya melekat di badan. 


2. Elakkan Menggunakan Fabrik Bercorak Melintang

Palazzo Stripe koleksi dari https://www.bobrocklovelily.com.my/


Untuk tidak mahu badan kelihatan terlalu lebar, elakkan dari memakai fabrik yang mempunyai motif melintang. Sebaiknya pilih yang mempunyai motif menegak (vertical). Ini boleh memberi efek lebih kurus/kecil. 


3. Corak Di Baju Lebih Minimalis
Elina Blouse koleksi dari https://www.bobrocklovelily.com.my/

Mereka yang mempunyai badan plus size juga sering dikaitkan sebagai mereka yang bertubuh comel. Oleh yang demikian, sangat disyorkan pakaian yang digayakan tidak mempunyai corak yang besar. Contohnya seperti corak bunga, adalah disarankan corak bunga kecil.

Colt denim marine shirt koleksi dari https://www.bobrocklovelily.com.my/




4. Boleh Mencuba Warna Terang Untuk Naikkan Mood

Memakai baju warna yang terang sebenarnya boleh meningkatkan keyakinan. Namun, konsep 'mix-match' sangat penting dalam berpakaian warna terang. Ini bagi mengelakkan pakaian yang digayakan nampak 'weird' di mata netizen. :p
 Julia Blouse koleksi dari https://www.bobrocklovelily.com.my/


Biasanya jika kita memakai pakaian di bahagian atas (top) warna cerah, maka untuk kain atau seluar disyorkan warna gelap. Namun tidak menjadi masalah jika kita memilih warna lembut, ini kerana mereka yang berbadan plus size ini memang sesuai dengan warna seperti ini.

Oxford Office Short Sleeve koleksi dari https://www.bobrocklovelily.com.my/



 
5. Kenali Potongan Badan
Gambar dari Google : Bentuk Badan Wanita


Kita kena kenali jenis bentuk badan. Untuk wanita jenis potongan apple, pear , hour glass atau rectangular (straight). Ini kerana mereka yang berbadan plus size juga mempunyai bentuk badan yang curvy. Kebiasaannya mereka yang berbadan plus size akan memilih baju yang mempunyai cutting A dan jika straight cut perlulah yang jenis longgar (loose). 

Bagitu juga dengan kolar baju. Mereka yang berbadan plus size sesuai memilih bentuk V berbanding U. Bagi menampakkan efek lebih kemas di bahagian leher atas. Namun demikian tidak ada memasalah jika memilih U memandangkan ramai juga mereka yang berbadan plus size memakai hijab (tidak nampak di bahagian leher)

Tubuh plus size juga akan mempunyai kelebaran bahagian pinggang. Khas untuk wanita yang gemar memakai skirt adalah sangat disarankan memilih berbentuk lurus atau bahagian pinggang yang mempunyai sedikit lipatan. Gaya skirt atau seluar panjang jenis longgar boleh memberikan efek bentuk tubuh seimbang.

Gambar dari Google : Bentuk Badan Lelaki

Lelaki mempunyai 5 bentuk badan iaitu oval, segi empat, segi tiga, rombus dan segi tiga terbalik. Namun untuk lelaki plus size, secara ilusinya ianya akan nampak 'bulat' dan comel. 

Sekiranya lelaki plus size mahu kelihatan kurus di bahagian peha dan betis perlulah memilih dari gaya “low-rise” ataupun jenis seluar yang melingkari di bahagian punggung. Adalah tidak digalakkan memakai seluar jean atau seluar yang ketat di bahagian perut dan jenis ketat di bahagian paha. Ini adalah kerana ianya menampakkan lelaki plus size lebih 'tembam".

6. Bergaya Dengan Aksesori

Aksesori sebenarnya pelengkap dalam penggayaan pakaian. Kita boleh memilih untuk memakai tali pinggang, rantai, anting-anting dan pelbagai lagi. Konsep 'less is more' memang sangat praktikal, agar kita tidak nampak terlalu sarat dengan aksesori yang tidak bersesuaian.

Gambar dari Google

Gambar dari Google

Sebenarnya lelaki plus size sememangnya nampak sangat 'smart' memakai jaket terutama yang berbutang. Ini kerana pemakaian jaket dapat membantu menyembunyikan bentuk badan yang berkeluk-keluk. Pemilihan shades, topi, jam dan clutch juga membantu meningkatkan penampilan diri pemakai.

Biarpun apa jenis bentuk badan lelaki plus size tetapi ianya tetap nampat bulat dari mata kasar. Oleh yang demikian, baju dan seluar perlulah digosok bagi menampakkan garis lipatan yang tajam dan lurus. Ini bagi menampakkan garis ‘side’ secara visual sekaligus mengurangkan siluet bulat dengan mengalihkan fokus garis tajam daripada bentuk badan.

 


 Apa yang penting, kita perlu menjadi diri sendiri. Apa yang kita fikir selesa dan sesuai dengan acara dan aktiviti setiap hari. Walaupun kita berbadan plus size, kita perlu juga menjaga penampilan diri. Pilih pakaian yang sesuai dan pada yang sama bijak mengatur atau membuat keputusan dalam pengayaan.

Fashion is not size-ist!
Biarpun berbadan plus size kita tetap bergaya,
Berketerampilan menarik dengan aura luar biasa!
Tips Bergaya Untuk Mereka Yang Plus Size Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 16, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. tip yg paling berkesan--pakai bj dark colour/hitam

    ReplyDelete
  2. info yang bagus untuk plus size. kadang bila baju tak sesuai tu nampak lagi besar hehe

    ReplyDelete
  3. Benar...ramai yang badan besar suka pakai hitam sbb nak sorok gemok..bagi Sis tak kisah laa warna apa, janji gaya dan keyakinan kita tu ada, barulah terserlah kecantikkan walaupun big size...

    ReplyDelete
  4. Kita tengok sekarang ni plus size lebih berani dalam ber fashion. Cecantik design baju dan materials yang mereka gayakan. Pilihan pun dah banyak. Suka tengok!

    ReplyDelete
  5. Btul! This are the best ways for plus sizes to dress themselves. Good tip. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Thanks for the good tips for plus size! They actually look pretty good! Good luck & have fun having different styles with plus size.

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni plus size dah tak lagi jadi penghalang untuk berfesyen. Rata2 orang dh ada lebih kesedaran ttg positive body image dan dah ada byk pilihan pakaian untuk yg plus size. Cuma kena pandai gayakan je.

    ReplyDelete
  8. Tips yang sangat berguna.. Sekarang mereka yang plus size pun boleh berfesyen.. Banyak pikihan baju seduai untuk mereka plus size..

    ReplyDelete
  9. what a great articles with so many useful fashion tips. everyone can look good regardless of their sizes

    ReplyDelete
  10. Nice tips there. Plus size also can look really good with these styles hehe

    ReplyDelete
  11. Wah tips berguna ni kak. Tu la sape kata org plus size tak leh bergaya kan? Asal pandai dan ikut tips sure letopsss

    ReplyDelete
  12. Siapa kata plus size tak boleh nampak meletop. Janji pandai pilih gaya dan yang penting kena confident dgn diri sendiri.

    ReplyDelete
  13. love the plus size style presented, so elegant & stylish. nice sharing. cheers,siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.