Arabian Village Menawarkan Pelbagai Produk Dari Timur Tengah Untuk Masyarakat Malaysia
Arabian Village Menawarkan Pelbagai Produk Dari Timur Tengah Untuk Masyarakat Malaysia- Antara pemakanan harian saya ambil begitu juga ahli keluarga adalah makanan sunnah dari Timur Tengah. Iaitu makanan yang sangat digalakkan didalam agama Islam antara seperti madu, buah kurma, cuka epal dan pelbagai lagi. Makanan sunnah bukan sahaja halal mengikut syariat bahkan ianya juga kaya dengan khasiat. Kini saya telah menemui tempat terbaik untuk mendapatkan produk-produk ini bukan sahaja murah bahkan pilihan yang ditawarkan juga cukup banyak serta bervariasi. Di mana tempatnya? Ahah! Di Arabian Village semestinya.
Arabian Village turut mengeluarkan madu 'kesuburan' yang diformulasikan sendiri. Selain dari dapat meningkatkan kesuburan, madu ini juga sesuai buat wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang mahu menyeimbangkan hormon badan. Saya sendiri sudah merasai madu ONLY FOR MARRIED ini memang sedap ada rasa kekacang juga didalamnya. Walaupun katanya sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin, namun ianya juga boleh dinikmati kanak-kanak dan semua peringkat umur.
Mendapatkan manisan Syrian Baklava is a must jika kita ke kedai-kedai yang menawarkan produk dari Timur Tengah. Manisan mewah dari negara Timur Tengah yang diisi dengan kekacang mewah seperti pistachio, walnut, almond dan pelbagai lagi.
Di Arabian Village juga kita boleh dapatkan variasi barangan kelengkapan rumah seperti Bakhoor. Ianya adalah terapi aroma tradisi masyarakat beragama Islam. Bakhoor adalah pewangi rumah yang dibuat dari kayu gaharu, cendana, buah pala kayu agar dan pelbagai bahan lagi. Apabila dibakar ia akan menghasilkan asap yang harum untuk menambah haruman sekitar dalam kawasan rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Salah satu amalan sunnah kerana Rasulullah sendiri suka berbakhoor.
Saya juga ada mendapatkan minyak wangi dari negara Timur Tengah dari Arabian Village. Minyak wangi yang dihasilkan daripada pati formulasi dari bahan-bahan alam semulajadi seperti kayu gaharu, bunga-bungaan dan pelbagai lagi. Paling penting ianya tiada campuran alkohol, mesra solat dan tahan lama. Minyak wangi khas untuk wanita dan lelaki yang dibawa khas dari Dubai dan Saudi Arabia.
Jangan lupa untuk dapatkan produk Arabian Village seperti minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima dan pelbagai. Ada lebih 25 jenis produk yang korang boleh dapatkan dan cuba. Memang sangat berbaloi dari segi kualiti dan harga yang jauh lebih berbaloi dari pasaran.
Fizikal outlet Arabian Village terletak di Kuala Lumpur Traders Square. Selain kita boleh datang membeli di sini, kita juga boleh dapatkan barangan yang dikehendaki melalui pembelian diatas talian di laman web Arabian Village itu sendiri. Arabian Village telah mula diperkenalkan pada tahun 2019 oleh pengasasnya Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim bagi tujuan untuk mempromosi dan menggalakkan pemakanan sunah di kalangan rakyat Malaysia. Beliau sememangnya mempunyai pengalaman
selama 10 tahun dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan luas dalam pemakanan sunah dan produk-produknya.
selama 10 tahun dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan luas dalam pemakanan sunah dan produk-produknya.
Arabian Village adalah pengimport utama produk-produk dari Timur Tengah terutamanya Arab Saudi, Syria, Palestine, Tunisia, Turkey dan Dubai. Kebanyakan jenama yang dibawa masuk merupakan jenama yang cukup popular dan mendapat permintaan masyarakat Timur Tengah serta masyarakat Malaysia sendiri.
Oh ya! Arabian Village juga mempunyai produk di bawah labelnya sendiri. Ke semua produk jenama Arabian Village merupakan produk asas yang terbaik dan perlu ada di setiap rumah. Kualiti memang hebat namun harganya sangat berpatutan dan saya juga perhatikan ada produk yang ditawarkan memang jauh lebih murah dari pasaran. Memang sangat berbaloi.
Produk Arabian Village
Di sini kita boleh dapatkan pelbagai jenis madu (ada lebih 50 jenis kurma disini dari Saudi Arabia iaitu Madinah, Palestin, Tunisian dan UAE). Antaranya kurma Ajwa yang ditawarkan dengan kualiti dan harga ternaik. Di samping itu terdapat juga Madu Sidr dari Yemen yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan selain dari dapat meningkatkan imuniti badan. Untuk pengetahuan semua madu Sidr hanya terdapat di Lembah Hadramaut, Yaman dan dihasilkan daripada sarang-sarang lebah yang menyimpan madu bunga-bunga Sidr.
Lazimnya, lebah daripada satu-satu sarang akan melakukan 37,000 perjalanan untuk menghasilkan setengah kilogram madu. Tetapi, lebah yang menghisap nektar (madu) daripada bunga sidr akan mati selepas hanya tiga kali perjalanan. (sumber: BH)
Bagi mereka yang mencari buah kurma dan buahan kering di Arabian Village adalah tempatnya. Di sini ditawarkan pelbagai jenis kurma samada kering mahupun basah yang diimport terus dari negara di Timur Tengah yang terpilih. Seperti yang kita maklum bah kurma sememangnya kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh kini, bahkan ianya juga mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat. Selain itu buah kurma juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat kita hindari dari pelbagai penyakit berbahaya. Itulah kelebihannya biarpun datang dari sebiji kurma. Hebatkan!
Antara kudapan kegemaran saya adalah kacang panggang (roasted nuts). Istimewanya di Arabian Village bukan sahaja ada banyak pilihan kekacang bahkan semuanya dipanggang sendiri. Sedap! Saya mengunyah kacang tidak berhenti semasa berada di kedai ini. Selain ditawarkan kacang panggang terdapat juga kacang yang belum dipanggang khas untuk kita jadikan ramuan dalam masakan.
Arabian Village juga menawarkan Homebaked Bread (adalah lebih 20 jenis) yang dibakar segar setiap 2 jam setiap hari. Rotinya bukan sahaja lembut bahkan tidak ada sebarang bahan pengawet. Saya memang membawa pulang roti dari Arabian Village untuk mencubanya sendiri di rumah. Antara yang menjadi kegemaran tentulah roti arab, garlic bread dan bun lembut.
Di Arabian Village juga kita boleh dapatkan variasi barangan kelengkapan rumah seperti Bakhoor. Ianya adalah terapi aroma tradisi masyarakat beragama Islam. Bakhoor adalah pewangi rumah yang dibuat dari kayu gaharu, cendana, buah pala kayu agar dan pelbagai bahan lagi. Apabila dibakar ia akan menghasilkan asap yang harum untuk menambah haruman sekitar dalam kawasan rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Salah satu amalan sunnah kerana Rasulullah sendiri suka berbakhoor.
Saya juga cukup teruja minyak zaiton yang dibawa khas dari Palestin. Sememangnya sangat bagus untuk kesihatan jantung dan pengawalan kolestrol didalam badan.
Keseronokan dan Kelebihan Membeli Belah di Arabian Village
Secara peribadi saya memang sangat sukakan konsep yang diperkenalkan - Produk Timur Tengah di bawah satu bumbung. Selain daripada pilihan makanan sunnah yang bervariasi dan versatil, saya juga sangat sukakan konsep kedai yang memang sangat mesra pelanggan. Di mana kita boleh bertanya dengan lebih mendalam dan mendapat info yang bermanfaat dari jurujual di sana. Ini kerana mereka sangat berpengetahuan luas mengenai produk dari timur tengah.
Kedai juga sangat bersih dan teratur susunannya. Dengan lebih 3000 produk yang ditawarkan pada harga cukup berpatutan memang benar-benar memberi kepuasan kepada saya dalam mencari barangan yang dikehendaki.
Bayangkan saya bukan sahaja boleh mendapatkan barangan kering bahkan produk frozen juga ada ditawarkan. Dan pastinya saya tidak akan ragu-ragu dari status HALAL kerana ianya memang diperiksa dan diteliti dengan rapi oleh pihak Arabian Village.
Kita boleh dapatkan ke semua produk yang ditawarkan di Arabian Village samada secara offline mahupun online. Turut disediakan perkhidmatan servis penghantaran bagi kemudahan pelanggan. Oh ya! Berita baik untuk ke semua pembaca blog ayuarjuna.com. Korang boleh dapatkan potongan 10% dengan memasukkan kod AYU10 untuk pembelian dari website ataupun sebutkan 'pembaca dari blog ayuarjuna' jika membuat pembelian di kedai fizikal.
Untuk datang sendiri, bolehlah ke:-
Kita boleh dapatkan ke semua produk yang ditawarkan di Arabian Village samada secara offline mahupun online. Turut disediakan perkhidmatan servis penghantaran bagi kemudahan pelanggan. Oh ya! Berita baik untuk ke semua pembaca blog ayuarjuna.com. Korang boleh dapatkan potongan 10% dengan memasukkan kod AYU10 untuk pembelian dari website ataupun sebutkan 'pembaca dari blog ayuarjuna' jika membuat pembelian di kedai fizikal.
Untuk datang sendiri, bolehlah ke:-
ArabianVillage
95-G Block E 289
Kuala Lumpur Traders Square
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Bersebelahan antara Watsons dan Mr.DIY atau boleh dapatkan di atas talian melalui laman web www.arabianvillage.my Kedai Arabian Village ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12 tengah malam.
Jangan lupa untuk masukkan kod AYU10 ataupun sebutkan pembaca blog ayuarjuna apabila datang berbelanja di sini, yerp!
Sememangnya berada di Arabian Village seolah kita berjalan di kedai-kedai di Kota Madinah. Dengan aroma kedai, keramahan pekerja dan suasana kedai yang begitu selesa, bersih dan menenangkan jiwa benar-benar menggamit memori ketika berada di tanah besar arab satu masa dulu.
Mencari yang halal satu kewajipan,
Mengikut yang sunnah menjadi keutamaan.
Arabian Village Menawarkan Pelbagai Produk Dari Timur Tengah Untuk Masyarakat Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 21, 2020
Rating:
Bestnya kak..sy suka gi arabian market sebab suka borong makanan kerinh cam buat tin etc + sy mmg suka makan buah zaitun so kat sini byk
ReplyDeleteWow......menarik nyer supermarket Arabian Village nie. Must visit there soon. Thank you for sharing your review and experience.
ReplyDeleteSaya suka pergi ke supermarket Arab ni sebab best, boleh beri barang2 authentic Timur Tengah yg susah dapat kat sini, terutamanya bahan masakan.
ReplyDeleteKalau dapat masuk sini, membeli dan memborong kekacang dan minyak zaitun tu yang best tu..mesti harga sangat berpatutan kan sebab dia jual di Malaysia..
ReplyDeleteSaya baru tahu ada kedai arab di KLTS. Selalu ke sana pergi kedai rm2 dan makan di mamak betul-betul depan Arabian Village kak. Next time boleh pi sini untuk restock kudapan nanas dan wangian silver. Hehehe
ReplyDeleteSis Ruby boleh la roger2 nanti.. :P Nell stay Block D jer hahaha..
DeleteWow this is definitely a great place for those who want to hunt for products from middle east. Obviously one will be spoilt for choices in this amazing store.
ReplyDeleteNo wonder kedai ni nampak so familiar :) Area rumah Nell rupanya.. :P boleh la pergi usha kedai ni nanti.. selalu lalu depan kedai jer.. :P
ReplyDeletei cant get enough of middle eastern products and i am so happy to learn that there is a new place in town to shop that! everything looks great and fresh here!
ReplyDeleteBagusnya ada kedai arab kat sana.. Kat sini ssh nak jupe kedai yg cmni... Kita mmg cri dia punya minyak zaitun sedap original sana...
ReplyDeleteThis Arabian Village looks very interesting! I like the nuts there, shall visit soon
ReplyDeleteBezt tu kalau dah masuk kedai arab ni mmg leka dibuatnya sbb byk barang2 dorang
ReplyDeleteMouse mommy suka beli nuts and kurma kat kedai arab, tapi tak pernah try jem buah-buahan. Sedap ke ayu?
ReplyDelete