AYAM & MENTEGA: PADANAN SEMPURNA MENANTI ANDA DI THE CHICKEN RICE SHOP

Ibarat uda dan dara, romeo dan juliet, pasangan yang sepadan pastinya wujud untuk kita semua! Bagai merpati dua sejoli, pertemuan ayam dan mentega dalam dunia masakan dapat menghasilkan satu hidangan yang kaya dengan citarasa yang memikat. Oleh yang demikian, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan kembali menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken. Hidangan istimewa ini ditawarkan sehingga 17 Januari 2021. Sekaligus dapat memenuhi permintaan masyarakat Malaysia dengan hidangan yang punyai padanan yang sempurna.


Sebagai salah satu hidangan yang paling dinanti-nantikan di TCRS, menu yang memukau ini sudah tentu menjadi idaman ramai lagi-lagilah bagi mereka yang ingin menikmati isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti memikat hati rakyat Malaysia! 

Dan saya adalah seorang daripada peminat hidangan ini :-) Serius memang sedap apatah lagi gorengan ayam yang sememangnya ranggup dinikmati pula bersama sos lemak-lemak mentega dengan rasa percikan pedas benar-benar membuka selera. Hidangan Grilled Butter Chicken  boleh dinikmati samada melalui ala-carte ataupun didalam set hidangan yang lengkap (Ada set A, B dan C).

June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia.
Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata dapat menggambarkan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulang kali dengan Grilled Butter Chicken.
Kami terus berusaha untuk menyediakan makanan yang enak dan berkualiti. Itulah sebabnya menu ini menjadi pilihan ramai sekian lama. Hidangan istimewa akhir tahun ini sebagai tanda menghargai pelanggan kami.

TCRS bersama slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan Grilled Butter Chicken.


Sememangnya Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang sempurna bagi meraikan penghujung tahun yang bermakna bersama harapan untuk permulaan penuh kesempurnaan bagi tahun hadapan seperti diibaratka padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan.

Kami berharap keenakan sajian ini dapat menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, sesuai untuk mengakhiri tahun anda.
ujar June.


Jom Sertai Peraduan GBC Jodoh Anda 

Jom korang sertai Peraduan GBC Jodoh Anda yang bermula dari 16 November hingga 20 Disember 2020. Korang kena like dan follow The Chicken Rice Shop di Facebook, Instagram mahupun akaun Tiktok tau.


Cara penyertaan sangat mudah :-
1. Korang boleh sertai di Instagram Stories, Facebook dan Instagram Feed, dan TikTok
2. Beli Grilled Butter Chicken dari restoran The Chicken Rice Shop dan ambil gambar.
3. Buka Instagram Stories dan cari penapis “fake video call”
4. Pilih mana-mana penapis “fake video call” dan buat pilihan “Add Media”
5. Tambahkan foto Grilled Butter Chicken Menggunakan penapis “fake video call”, dan komen kenapa korang sukakan Grilled Butter Chicken.
6. Muat naik video di Facebook / Instagram Stories atau TikTok (Profil dengan pengikut yang lebih tinggi)
7. Tag @thechickenriceshop dan hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken (pastikan ianya untuk tatapan umum).


Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di restoran The Chicken Rice Shop, sila lawati :-

AYAM & MENTEGA: PADANAN SEMPURNA MENANTI ANDA DI THE CHICKEN RICE SHOP Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 09, 2020 Rating: 5

13 comments:

  1. Wow this butter chicken is really a perfect combo for those who want to indulge in delicious and sinful food. I am heading there this weekend to try it out.

    ReplyDelete
  2. dah bertahun tahun tak pergi chicken rice shop ni...kat kawsan baru ni ada kfc je..

    ReplyDelete
  3. Waduh sedapnyaa... peberet anak ni kalau ada butter semua ni.. nak kena cuba laa gamaknya ni ek..kang terkenang-kenang...

    ReplyDelete
  4. Umm mmmm..........yummy!!!!!!!!! Berselera nyer tengok butter chicken tu. Nakcuba juga lah. Thank you for your recommendation.

    ReplyDelete
  5. sedapnya ayam butter dia. jarang masuk rice shop ni, teringin juga nak mencuba menu ni..hehe

    ReplyDelete
  6. nampak macam sedappp je. ishh kena try ni. dah lama tak pi tcrs boleh try menu ni nanti

    ReplyDelete
  7. tak nak fake nak betul2....hahahaha

    biasa jugak pi CRS tapi ambik menu yg biasa makan , next time bolehlah cuba yang ini sebab ayam dia dengan butter nampak so sedappp and yummeh

    ReplyDelete
  8. Sedapnya dah lama rasa tak makan chicken rice shop. Paling suka makan dekat sini sebab kena dengan selera. Nanti nak try menu ni pula

    ReplyDelete
  9. Aaaa macam sedap lerrr GBC ni..kita da la lama gila tak makan kat TCRS..nanti boleh la cuba menu ni and join the contest sekali..

    ReplyDelete
  10. Butter chicken memang favorite saya. Nanti nak cuba versi TCRS ni pulak la. So far TCRS punya food tak pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
  11. Aritu lalu depan CRS ni tengok menu baru ni memang nampak sedap. Petang ni kena delivery nampaknya ni...hahaha

    ReplyDelete
  12. Belum lagi cuba butter chicken dia. Nak kena cuba ni. Suka makan tcrs

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaa..kte lom try lagi. Plan nak try hujung minggu makan ni ekekek..butter chicken dah la mmg peberet i

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.