Big Bang Year End Sale Di LuLu Hypermarket | 29 Dec 2020 - 3 Jan 2021

Big Bang Year End Sale Di LuLu Hypermarket | 29 Dec 2020 - 3 Jan 2021- Wahh!! Tawaran awal  tahun di Lulu Hypermarket kembali lagi. Untuk awal tahun ini Lulu Hypermarekt melancarkan Kempen Big Bang Year End Sale. Dengan lebih banyak tawaran menarik dan hebat, diskaun sehingga 50% kepada semua pelanggan setia Lulu :-) 



Big Bang Year End Sale ini melibatkan semua kategori bahagian jualan dari produk Fesyen, Kasut & Beg Tangan Wanita, Barangan elektrik dan elektronik, perkakasan rumah dan pelbagai lagi. Kempen ini berlangsung di  LuLu Capsquare KL dan LuLu Shamelin Cheras.

Jualan berlangsung dalam 6 hari sahaja iaitu bermula 29hb Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021.


Fesyen 

Di Lulu Hypermarket memang korang boleh dapatkan pakaian samada lelaki mahupun perempuan, dewasa ataupun kanak-kanak. Pelbagai jenis rekaan pakaian samada untuk kegunaan harian, kasual, pejabat mahupun perayaan



Bermula dari 1 sehingga 3 Januari 2021, untuk jenama terpilih ditawarkan diskaun sebanyak 50% (potongan separuh daripada harga yang ditawarkan). Antara jenama yang terlibat seperti ETEN, Debackers, Cortigiani, JOHN LOUIS dan pelbagai jenama lagi.

Antara yang mencuri pandangan saya ketika berada di sini. Hoodie 'smart' sesuai untuk anak-anak remaja.

Boleh dijadikan sebagai pakaian kasual ataupun pejabat.

Bagi yang mencari kot/blazer, ada banyak pilihan warna,, corak dan rekaan.

Begitu juga koleksi pakaian wanita. Banyak juga pilihan. Sebenarnya saya suka juga dengan koleksi pakaian wanita di sini sebab kebanyakannya mempertaruhkan rekaan wanita dari Timur Tengah seperti Dubai dan sebagainya.

Shawls yang berwarna-warni coraknya. I like.


Untuk ibubapa yang mencari pakaian kanak-kanak boleh juga dapat di Lulu. Pelbagai saiz mengikut umur, mengikut kesesuaian acara dan keperluan. Samada untuk pakaian santai, majlis keraian dan pelbagai lagi.

Hmmm. Pakaian dalam ada juga diskaun tau. Jadinya kaum wanita semua, jangan lupa terjah di bahagaian ini.

Kasut

Mencari kasut untuk tahun depan. Jomlah ke Lulu, ada diskaun sehingga 50% untuk jenama terpilih. 

Cantik juga pilihan kasut untuk wanita. Ada variasi rekaan kasut yang bertumit tinggi begitu juga bertumit rendah.

Kasut sukan, kasut santai a.k.a kasut jalan-jalan dengan warna yang ceria sesuai untuk kanak-kanak mahupun remaja ada juga ditawarkan di Lulu. Harganya murah! Bayangkan tawaran 50% diskaun.


Beg Tangan Wanita 

OMG! Cute sangat beg comel kat sini. Harga dalam RM20 sahaja.

Terdapat juga koleksi beg formal untuk wanita dibawa ke pejabat.  Suka dengan rekaannya yang agak terhad dan esklusif.

Peminat warna merah dan putih. Bolehlah dapatkan dari koleski beg dari jenama ini. Bunga-bunga cinta, konsepnya, hiks. In LOVE sangat :)


Barangan Elektrik dan Elektronik

Golongan ibu seperti saya mestti teruja bila berada di bahagian ini. Promosi kelengkapan elektrik dan elektronik untuk rumah ditawarkan pada harga berbaloi. Ahem, diskaun 50% kot. Antara jenama yang mengambil bahagian termasuklah TV 65' Ultra HD jenma LG harga ditawarkan adalah RM3199 (Harga sebenar RM4349). Bukan itu sahaja ada pelbagai lagi jenama hebat yang turut serta.
 
Nak cari pressure cooker, jenama Phillips menawarkan pada harga RM299 dari harga asal RM599. Begitu juga dengan vacuum dari jenama Khind RM229 dari harga asal RM349.

Nak cari handphone? Di Lulu menawarkan handphone VIVO V20 untuk harga RM1199 (Percuma voucher LULU RM100), Samsung Galaxy Tab selepas diskaun RM2999 (harga asal RM3299) dan banyak lagi lagi jenama lain yang mengambil bahagian.

Begitu juga dengan komputer riba (laptop) untuk jenama Lenovo, ASUS dan juga Dell. Ada diskaun diberikan bergantung kepada jenama dan juga spesifikasi komputer riba itu sendiri.


Produk Perkakasan Rumah dan Permainan



Permaidani cantik dengan rekaan menarik! Korang boleh dapatkan di sini. Mana tahu nak dapatkan mood baru sempena tahun baru, bolehlah tukar karpet baru :p

Barangan memasak yang sangat versatil. Kelengkapan memasak seeprti kuali, periuk dan pelbagai lagi. Saya berminat juga untuk dapatkan satu kuali disini. Ini kerana harga yang ditawarkan memang murah dan berbaloi.

Beg travel. Serius murah. Bayangkan bermula dari harga RM99. Memang best!

Anak saya dah lama mencari set karom untuk diletakkan di rumah. Harga ditawarkan hanyalah RM89 daripada harga asal RM119.

Begitu juga permainan kanak-kanak. Bagi yang mencari hadiah untuk ahli keluarga atau rakan bolehlah dapat di Lulu sepanjang kempen berlangsung.


Supermarket
Syurga buat wanita. Ya ampun!! Harga barangan basah dan kering di Lulu Hypermarket memang murah. Jika harga biasa sudah berpatutan, kini dengan kempen Big Bang Year End Sale diberikan lebih diskaun lagi. Wah!!

Nak cari buah kurma? Boleh dapatkan di Lulu Hypermarket yerp..

Antara produk menarik dari Supermarket Lulu seperti di bawah:-

Susu Every Day harga promosi  RM14.49 daripada harga asal RM18.90.

Fuhh RM2.69 sahaja. Berbaloikan!!

Coconut Macaroon, harga RM5.25 dari harga asal RM7

Kit Kat yang menjadi feveret :-)

Biasanya ditawarkan pada harga RM20.99,  sepanjang kempen Big Bang Year End harga ditawarkan hanyalah RM13.49 sahaja.



Produk makanan kering yang menjadi pilihan setiap famili. Seperti Milo, cornflakes dan pelbagai lagi, antara jenama yang turut serta dalam kempen ini.

Harga air Barbican RM1.99. Serius! Murah :-)

Nuget Ayam jenama Ramly RM11.79 sahaja dari harga asal RM13.99.

Punjabi dan Saree

Berita baik bagi mereka yang mencari set punjabi ataupun saree. Lulu Hypermarket menawarkan harga rata (flat price) dengan diskaun sebanyak 35%

Cantik-cantik kain saree di Lulu. Daripada harga puluh-puluh sehinggalah beratus. Ikut rekaan dan jenis fabrik.





So, apa lagi jomlah ke Lulu Hypermarket!
Banyak harga menarik dan terbaik :-)

Keterangan lanjut mengenai promosi Lulu Hypermarket boleh layari:-


Big Bang Year End Sale Di LuLu Hypermarket | 29 Dec 2020 - 3 Jan 2021 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 29, 2020 Rating: 5

3 comments:

  1. It is good to know that there will be amazing discounts and promotions for consumers to take advantage of the year end sale at Lulu.

    ReplyDelete
  2. The Big Bang Year-End Sale at LuLu Hypermarket is not a trivial event, but if your IT research paper is suffering because of it, I’m here to assist you, in It Research Paper Help as you know, it can be rather challenging to combine effective studies and great shopping, so let me help you with your research paper. If you need professional help with your IT tasks.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.