Cowboy Gombak Cafe | Lokasi Jalan Jalan Cari Makan Yang Unik dan Menarik Yang Patut Korang Terjah!

Cowboy Gombak Cafe | Lokasi Jalan Jalan Cari Makan Yang Unik dan Menarik Yang Patut Korang Terjah!- Sebenarnya ini adalah pertama kali saya ke sini. First impression "WOW". Serius "WOW"! Seumpama melangkah ke kawasan pekan koboi kecil yang dikelilingi kandang kuda, rekabentuk kedai makan yang sangat unik dan menarik serta penampilan pekerja kafe berpakaian ala-ala koboi. Hahaha. so comel tempat ini, serba-serbi saya suka.

Berdekatan dengan UIA, ikut laluan jalan lama. Datang ke sini saya hanya guna google maps. Buat carian Cowboy Gombak Cafe. Dari jalan arah UIA, kafe ini terletak di sebelah kanan. Jadi korang kena alert bila hampir dengan simpang masuk ke kafe, ada papan tanda di situ.


Rekabentuk dan Dekorasi Kafe Ala Pekai Koboi

Susunatur seperti pekan kecil yang ada tempat makan. Korang boleh pilih tempat makan yang sesuai dan selesa mengikut kekosongan serta bilangan ahli yang datang.

Setiap ruang punyai dekorasi yang berlainan. Ada yang sesuai untuk keluarga yang ramai dan ada juga ruang untuk mereka yang datang berdua atau berseorangan.

Ada juga ruang seperti pentas kecil berdekatan dengan tempat makan. Sekiranya korang ada nak buat majlis kecil-kecilan bersama keluarga (majlis penyampaian, bergambar etc) bolehlah membuat permintaan kepada pemilik kafe untuk menggunakan ruang ini.

Di Cowboy Gombak Cafe banyak port yang korang boleh berOOTD. Dengan syarat kena tahu amik angle, hahahaha. Ada kawasan mural gambar kuda dan dunia cowboy bersebelahan dengan kandang kuda. Wajib amik gambar kat sini tau!

Nice kan, hiks.

Seolah berada di padang pasir, kita bergambar berdekatan dengan pokok kaktus yang agak besar di sebelah kafe.


Dunia Kanak-Kanak Bersama Kuda, Kambing, Ayam dan Sebagainya

Bagi mereka yang mempunyai anak yang sedang aktif mengekporasi dunia luar. Saya syorkan  untuk korang bawa anak-anak ke sini. Seperti mini zoo biarpun hanya ada kambing, kuda, ayam dan beberapa haiwan lagi tetapi cukup memberikan kegembiraan pada anak-anak.

Melihat dari dekat kuda samada yang berada didalam mahupun luar kandang. Anak saya juga berkesempatan bagaiman kuda ini dibersihkan, diberikan makanan dan tidak dinafikan ini adalah satu proses pembelajaran terbaik buat mereka.

Oh ya! Anak saya Amani sempat menunggang kuda di situ. Untuk 2 pusingan adalah RM10 sahaja. Jangan risau sepanjang menunggang anak kita akan ditemani dengan staf yang bertugas.

Variasi Makanan Enak dan Versatil Ditawarkan

Gambar depan pintu pun jadikkk!! Btw kami telah memilih untuk menikmati hidangan makanan di sini. Agak luas sesuai dengan ahli keluarga yang ramai.

Ada banyak pilihan makanan dan minuman yang ditawarkan didalam menu. Dari makanan barat, tempatan dan pelbagai lagi. Begitu juga jika korang inginkan menu hidangan berat mahupun ringgan (alas perut) semuanya ada.

Saya juga tertarik dengan variasi minuman yang ditawarkan dari minuman sejuk, smoothies dan juga minuman panas. Kiranya dari seleksi makanan dan minuman memenuhi citarasa seisi keluarga dari kecil sehingga dewasa.

Antara hidangan yang kami cuba pada hari tersebut, antaranya :-

Borritto

Siapa yang suka hidangan sihat dan mengenyangkan. Korang kena cuba Borritto. Ada telur dan juga isi ayam dan didatangkan bersama salad.

Quosidallas Ayam & Daging

Feveret saya :-) Isi daging/ayam yang dimasak ala kebab cuma lebih bersos dan isinya lebih berjus. Susah saya nak explain tapi memang serius sedap. Makan panas-panas memang memberi kepuasan.

Tacos

Ringkas tapi tetap tidak mengecewakan. Terutama dengan percikan rasa sos mexico, hirisan bawang, kobis dan ayam.

Smokey Duck Burger

Salah satu hidangan yang agak popular dari Cowboy Gombak Cafe - daging itik salai! Dinikmati bersama roti burger, sos, bawang, salad dan kentang goreng (side dish).  Memang sangat rekomen dan susah kita nak jumpa Smokey Duck Burger yang sedap selain di Cowboy Gombak Cafe.

Terdapat juga Burger Chicken Grill dan Burger Chicken Chop. Kedua hidangan ini turut nampak menyelerakan :-)

Meltique Steak

Stik yang cukup rasa dari segi perapan dan tekstur dagingnya memang sangat lembut. Didatangkan bersama mushroom sauce, kentang goreng dan salad. Presentation makanan memang cantik dan nampak menarik seiring dengan rasanya memang sedap :-)

Korang juga boleh cuba Lamb Shank dan Tomahawk Steak, serius mengiurkan!

Cowboy special Fried Rice

Setengah orang memang perutnya akan mencari nasi. Jangan risau di Cowboy Gombak Cafe turut menawarkan menu nasi goreng. Ada Garlic Fried Rice, Kapow Fried Rice dan saya sendiri telah mencuba Cowboy Special Fried Rice.

Untuk nasi Cowboy Special Fried Rice didatangkan bersama sotong goreng tepung ranggup dan juga sayur salad berserta buah tomato ceri.

Spaghetti Carbonara

Feveret anak-anak tentulah spaghetti. Spaghetti carbonara memang sentiasa menjadi pujaan. Tapi buat mereka yang gemarkan balognese dan aglio, korang jangan risau tetap ada ditawarkan. Untuk spaghetti carbonara, hirisan daging yang didatangkan sesuai dengan portion spagheti. Sedap dan puas makan.

Dari kanan Pineapple Mango Blizz, Mocha Smoothies dan Honey Lemon Tea

Kami hanya mencuba 3 jenis minuman ini. Namun sebenarnya ada banyak betul pilihan air minuman yang ditawarkan.

Orang kata..
Gendang gendut tali kecapi, 
Kenyang perut senang hati.

Nampak tak muka bahagia lepas makan di Cowboy Gombak Cafe :-)

Pengalaman yang cukup istimewa pastinya saya akan bawa keluarga ke sini lagi. Sambil beraktiviti seperti menunggang kuda, kita boleh chil order makanan dan nikmati dengan rasa gembira. Yihaa!

So, korang jangan lupa untuk terjah. Dibuka setiap hari dari jam 3 petang sampai 10 malam.

Cowboy Gombak Cafe
53100, Selangor
019-732 4100

Cowboy Gombak Cafe | Lokasi Jalan Jalan Cari Makan Yang Unik dan Menarik Yang Patut Korang Terjah! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 24, 2020 Rating: 5

6 comments:

  1. waaaa menarik ni...nanti bolehlah i singgah with my boys

    ReplyDelete
  2. OMG! Love the place. It is full of the western wild wild west vibe. :) Wow! There are even horses for one to ride as well, amazing.

    ReplyDelete
  3. wahhhh bukan tempat je cantik dan unik, platting pun instagram-worthy la kak ayu. Memang sesuai sangat jadi attraction dekat Gombak. Mesti ramai dak UIA serbu nanti

    ReplyDelete
  4. Uniknya cafe ni 🤩 Boleh la singgah kalau ke Gombak nanti

    ReplyDelete
  5. Best jugak ya lokasi ni. Memang macam pekan koboi, boley la nak naik kuda tgk ayam ke kan. Budak2 mesti sonok gile! Nanti kita pi sini.

    ReplyDelete
  6. Wow........syiok lay cafe cowboy NIe. Tiba2 tringat pula kat Knots Berry Farm in USA. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.