Faber-Castell Melancarkan Pertandingan Mural dan Produk Baharu Yang Inovatif Bersempena Dengan Kempen Kembali Ke Sekolah

Faber-Castell Malaysia mendukung misi untuk menjadikan musim cuti dan juga kembali ke sekolah lebih menarik dengan menganjurkan ‘Pertandingan Mural Sekolah Saya’ di samping melancarkan beberapa produk baharu yang inovatif bersempena dengan kempen ‘Kembali Ke Sekolah’ 2020/2021.


Pertandingan mural bertemakan “Bumi Kita, Rumah Kita” merupakan salah satu inisiatif Kembali Ke Sekolah Faber-Castell dalam mempromosikan kelestarian alam melalui seni; pada masa yang sama membolehkan pelajar menyerikan dan menceriakan sekolah mereka untuk tahun yang baharu. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar di Lembah Klang yang berumur di antara 7 hingga 18 tahun. Dua rekaan mural terbaik akan direalisasikan di sekolah kedua-dua pemenang tersebut dengan bantuan beberapa artis mural Malaysia.


Para peserta perlu memuat-naikkan salinan imbas rekaan mural mereka dan menghantar melalui emel ke Marketing.Support@faber-castell.com.my dengan tajuk subjek “Entry Submission – My School Mural Competition” sebelum 28 Februari 2021.


Selain daripada pertandingan mural, terdapat juga produk inovatif terbaharu yang berkualiti tinggi oleh Faber-Castell yang menanti-nantikan kanak-kanak semua peringkat usia.


Pada musim cuti ini, kanak-kanak boleh mengisi masa dengan pelbagai produk Faber-Castell seperti Modelling Dough yang terdapat dalam warna Neon dan Glitter selain daripada warna-warna asas; Perfect Body Crayon; dan Magic Touch Hair Colour Segera yang telah diuji secara dermatologi untuk pengunaan yang selamat pada kulit. Dengan Perfect Body Crayon dan Magic Touch Hair Colour Segera, kanak-kanak boleh meluahkan kreativiti mereka dengan melukis dan mewarna diri mereka sendiri dan menyaksikan hasil transformasi serta-merta.


Kanak-kanak pasti tidak sabar untuk memulakan tahun baharu ke sekolah sekiranya mereka memiliki produk dan set alat tulis baharu yang menarik. Produk baharu ini semua direka dengan ciri, reka bentuk dan warna yang menambah keseronokan pengguna.


Untuk tema Castle Heroes, Bernard dan Cassandra dari Castle Heroes kini mempunyai dua lagi watak menyertai mereka iaitu Talia si burung berdendang dan Drake si naga bijak, yang ditampilkan dalam set sekolah Castle Heroes 2020/2021. Set ini merangkumi pensel warna, pensel mekanikal, pensel grafit hitam, pembaris, pemadam dan helaian aktiviti.



Ms Annee Koh, Ketua Pemasaran Faber-Castell Malaysia berkata kempen ‘Kembali Ke Sekolah’ 2020/2021 ini sememangnya menarik dengan produk baharu berkualiti tinggi yang dilancarkan untuk kanak-kanak semua peringkat umur dari prasekolah sehingga sekolah menengah agar tiada sesiapa yang ketinggalan.

Kami sentiasa menaik-tarafkan produk sedia ada di samping mencipta produk baharu melalui R&D yang terperinci untuk menghasilkan alat tulis dan peralatan seni Iukis yang dapat membantu kanak-kanak memupuk kreativiti mereka.

Produk yang baik buatannya bukan sahaja menjamin keselesaan malahan membantu memupuk kreativiti penggunanya.



Untuk kanak-kanak kecil berusia 3 hingga 4 tahun, Faber-Castell Malaysia memperkenalkan Early Age Crayon yang direka bersesuaian dengan genggaman mereka. Krayon ini direka dengan bentuk unik yang tidak mudah patah menjadikan ia selamat digunakan oleh kanak-kanak kecil.


Untuk pelajar sekolah rendah pula, terdapat pelbagai jenis produk baharu iaitu Wheat Straw Scissors dengan pemegang yang diperbuat daripada jerami gandum yang mesra alam; Apollo Mechanical Pencil dengan laras ergonomik dan hujung pensel yang menyerap tekanan agar selesa digunakan untuk jangka masa yang lama; Click Box Sharpener yang anti-bocor dan juga set cat poster cepat kering yang berwarna ceria. Selain itu, Watercolour Pencils kini terdapat dalam pek isi semula 12 dan 24 batang untuk memudahkan proses penggantian pensel warna.


Turut tampil kini adalah Black Edition SuperSoft Lead Colour Pencils yang menghasilkan warna yang cemerlang di atas kertas hitam atau putih; Textliner 46 Metallic merupakan pen penyerlah unggul dengan kemasan metalik; dan juga pen K-one yang trendy padan dengan pelajar sekolah menengah yang menginginkan produk alat tulis yang tampak lebih sofistikated. Pen RX Gel Colour juga merupakan produk baharu yang sesuai untuk aktiviti peta minda dan mengambil nota secara kreatif kerana pilihan warnanya yang menyerlah dan terang.


Terdapat pelbagai lagi Set Nilai dan Set Hadiah Kembali Ke Sekolah Faber-Castell yang boleh dibeli. Cari sahaja Castle Heroes yang dipamerkan di outlet beli-belah terpilih di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Kembali Ke Sekolah Faber-Castell Malaysia, orang ramai boleh melayari facebook rasmi Faber-Castell Malaysia di https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/

Faber-Castell Melancarkan Pertandingan Mural dan Produk Baharu Yang Inovatif Bersempena Dengan Kempen Kembali Ke Sekolah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 31, 2020 Rating: 5

11 comments:

  1. The tire market has different sizes, styles, and brands, and understanding which tire can work for your vehicle may be confusing. We provide exceptional tire services from tire replacement, tire rotation, and everything your vehicle needs.

    ReplyDelete
  2. He is a well-respected businessman/leader in the community and has received many awards for various competitions in his field. His son Franco continues to follow in his footsteps. In keeping up with business ethics and determination. Franco strives for excellence, perfection and quality.

    ReplyDelete
  3. She finds great satisfaction in bringing focused medicine, health, and wellness, to her patients. Dr. has a personable and intimate rapport with her patients throughout their inner and outer health journey. She has enjoyed counseling patients and has addressed patients beyond the scope of traditional gynecology. In addition, Dr. cares for men in addressing their hormonal imbalances.

    ReplyDelete
  4. Williamson Caterers offers a variety of menus and packages including All-Inclusive Wedding Packages, Station Menus, Cocktail Party Selections, Brunch and Buffet Menus, and Cook-Outs. Williamson Caterers welcomes the opportunity to customize a menu specific to your event budget and needs.

    ReplyDelete
  5. When people of the KPK (Khyber Pakhtunkhwa) want to treat a very special guest, usually the answer is a rich and tender lamb leg roasted in Peshawari style, served with salad, long grain rice and sauce.

    ReplyDelete
  6. Our expert designers are dedicated to producing layouts that ensure your design is distinctive to our clients' liking as well as functional. We warmly invite you to browse our website or visit our freshly remodeled showroom to witness for yourself how Cabinet & Stone City can provide luxury without the cost!

    ReplyDelete
  7. We are a full-service trucking company established worldwide to add convenience and pace in freight transportation for commercial purposes. Maintaining the safest driving records on the road.

    ReplyDelete
  8. Fame Jackets have so far served many of customers and thus we can claim to have customers wearing our jackets throughout the world. To make sure smooth and efficient shipping and delivery solutions Fame Jackets collaborate with the premium courier services working internationally.

    ReplyDelete
  9. World's Smartest email List Cleaning Service, Quick, simple and accurate. Bulk Mail Verifier will not only save you time but tons of money too!

    ReplyDelete
  10. Buildrite has a fine and friendly approach towards its clients. Their main focus remains satisfied and pleased customers that are acquired through reliance, integrity, proficiency, and high-quality services.

    ReplyDelete
  11. Your blog is very informative and great. Is there any way to get premium apps for free? yes, The Appyeet is Safe and convenient way to download many kinds of free apps. The original purpose of the app was to serve as a place for developers to beta test their apps. for more info you can visit our blog about Free Premium Apps.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.