LengQuas Memperkenalkan 7 Menu Baru Yang Sedap | Kita Hanya Perlu Panaskan Sahaja

Sesibuk manapun sebagai ibu memang kita akan berusaha untuk sediakan yang terbaik untuk keluarga terutama dalam menyediakan hidangan makanan. Baik sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Pilihan tentulah yang berkualiti terutama dari segi rasa, ramuan yang digunakan dan hidangan yang ditawarkan perlulah memenuhi citarasa seisi keluarga.

Daging Masak Hitam

LengQuas, jenama makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2019. Untuk pengetahuan semua, LengQuas menawarkan 17 hidangan lauk-pauk tradisional iaitu Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang. Terdapat juga makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus.

7 Hidangan Terbaru dari LengQuas


Terkini LengQuas telah memperkenalkan tujuh menu makanan terbaru. Ke semua hidangan terbaru ini adalah inspirasi hidangan kegemaran masyarakat Malaysia hari ini. Antaranya seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging Berkentang, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng. Selain itu LengQuas turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa iaitu Beef Stew dan Chicken Herb Glaze.

Kuah Kacang

Asam Pedas Daging

Kari Daging

Daging Dendeng

Daging Lemak Kuning

Beef Stew

Chicken Glaze

Semuanya nampak menarik dan sedap. Apa yang penting menu baru yang diperkenalkan sesuai untuk dinikmati samada dengan makanan ruji utama iaitu nasi, roti dan sabagainya.


Produk LengQuas (RTE) Mudah Disediakan

Melihat kepada pembungkusan LengQuas memang agak menarik. Diletakkan dalam bentuk bekas empat segi sama yang comel dan bekasnya memang sesuai untuk dipanaskan samada didalam ketuhar mahupun oven.
Di bahagian hadapan pembungkusan memang jelas bahan ramuan yang digunakan beserta cara penyediaan hidangan produk LengQuas ini. Juga kelihatan logo/cop pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan trademarik produk Buatan Malaysia. 

Kelihatan juga tarik pembuatan dan tamat tempoh di bahagian atas di hadapan pembungkusan. Ini bagi memudahkan pengguna memastikan tarikh luput produk yang dibeli. Jelas dan telus.

Cara Panaskan Produk LengQuas Yang Sangat Mudah dan Praktikal

Saya menggunakan ketuhar gelombang mikro bagi memanaskan hidangan LengQuas yang dikehendaki. Boleh rujuk pada cara penyediaan (jika perlu)

Masa yang diambil menggunakan ketuhar gelombang mikro saya hanyalah di dalam 2 minit sahaja. Memang sangat mudah dan praktikal.

Bayangkan di waktu pagi yang kelam kabut. Tetapi perut masih inginkan sarapan gaya orang Malaysia.

Saya hanya panaskan Kari Daging LengQuas dan nikmati bersama roti canai segera. Memang sedap dan berbaloi. Apa yang lebih penting, kami puas makan seisi keluarga.

Begitu juga ketika waktu makan malam. Suami teringin nak makan yang agak berat dan istimewa. Maklumlah saya jenis suka masak yang 'simple-simple'. Saya hanya pilih sahaja hidangan RTE LengQuas yang menjadi feveret suami. Contohnya seperti Asam Pedas Daging jika dinikmati bersama nasi panas memang sedap!

Tiba-tiba teringin menikmati menu raya. Bolehlah mencuba Daging Dendeng LengQuas. Sebenarnya untuk Daging Dendeng ini bukan sahaja boleh dinikmati bersama ketupat bahkan makan bersama nasi dan roti juga sangat sesuai.

Memang sedap Daging Dendeng LengQuas. Bagi saya sendiri secara peribadi, hidangan ini cukup rasa dengan bahan ramuan dendeng apatah lagi dagingnya yang dipotong nilis memang lembut.


Bagi saya sendiri produk LengQuas ini merupakan solusi terbaik terutama buat mereka yang sentiasa mengejar masa ataupun yang mahukan kehidupan yang lebih teratur setiap hari. Contohnya seperti saya, sekiranya saya keluar bekerja dan tidak sempat untuk memasak hidangan tengahari. Saya hanya beritahu kepada anak remaja saya yang berada di rumah untuk pilih hidangan apa yang mereka mahu nikmati dan panaskan sahaja di dalam ketuhar. Ini kerana saya sudah siap sedia memasak nasi bagi memudahkan mereka menikmati hidangan makanan tengahari. Tidak nafikan anak-anak saya memang menggemari ke semua hidangan LengQuas, komen daripada mereka "Sedap mummy!"


LengQuas di Pasaran Tempatan dan Luar Negara

KOPETRO Food kini sedang dalam rundingan bersama beberapa pengeksport dalam usaha membawa produk sejuk beku LengQuas menembusi pasaran antarabangsa seawal suku kedua tahun 2021 nanti. Mereka juga dalam usaha untuk mendapatkan sijil Veterinary Health Mark (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan veterinar bagi membolehkan produk keluaran dapat dieksport ke luar negara. 
Mudah, hanya simpan di tempat beku (freezer)

Selain memasarkan sendiri produk sejuk beku dengan jenama LengQuas, KOPETRO Food turut menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran makanan dan membuka peluang perniagaan kepada Pengusaha industri kecil dan sederhana untuk bekerjasama dengan KOPETRO Food. 

Oh ya! KOPETRO Food juga telah melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia.

Khas untuk pemillik perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjasama bersama KOPETRO Food dalam membangunkan produk makanan mereka atau ingin menjadi ejen LengQuas boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn. Bhd. di talian 017-3195764.

Korang boleh gunakan kod promo LENGQUAS10 untuk mendapatkan diskaun 10% dengan pembelian 3 pek ke atas.

Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui promosi-promosi terkini daripada LengQuas, korang boleh layari:-
Layari laman web : http://www.kopetrofood.com.my  
Facebook:  https://www.facebook.com/KopetroBerhad 
Instagram:  https://www.instagram.com/kopetroberhad/?hl=e

LengQuas Memperkenalkan 7 Menu Baru Yang Sedap | Kita Hanya Perlu Panaskan Sahaja Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 28, 2020 Rating: 5

19 comments:

  1. Wow! So easy to prepare. I mean all you have to do is to heat it to start enjoying your meals. Brilliant innovations by LengQuas indeed. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni boleh beli and standby kat rumah. Bila tak sempat masak kita boleh ambil je dan reheat guna microwave hee nampak sedap pulak Daging Dendeng LengQuas tu boleh makan dengan nasi himpit hehe ok boleh masuk list nyumss

    ReplyDelete
  3. ni boleh jugak buat stok kat rumah ataupun boleh bawa pergi travel..senang kan dah save budge kat situ..menu-menu pun semua sedap2 nmpknya..

    ReplyDelete
  4. Sedap nyer nampak daging hitam nie. Tringin pula nak try. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  5. wah,..senang utk disediakan. ni kalau bagi org bujang boleh la beli..kalau malas nk msk atau makan kat luar..boleh panaskan je terus makan

    ReplyDelete
  6. Kdg kat opis ni tk sempat nak keluar mmg beli food pack mcm ni je.nanti Bella try jenama ni pula sb variasi nye pun lain dr yg biasa bell beli.

    ReplyDelete
  7. Menarik nie. Benda sebegini adalah teman sejati seorang bujang yang tak pandai masak seperti Rawlins! Nak cari and stok dalam fridge!

    ReplyDelete
  8. Kebelakangan ni suka sangat makanan segera. Cepat mudah jimat. Makanan pun sedap macam produl lengquas ni. Terbaiklah

    ReplyDelete
  9. Ayu kita dah cuba produk LengQuas yang kari daging tu sangat sedap yer habis makan seorang jer tak boleh kongsi hehehehe.. Tanya Rawlins dah cuba juga kat rumah kita wakakakkaka.... nak kena beli stock untuk sebulan ni hurmmmm...

    ReplyDelete
  10. Komersial betul nama dia bila di tukar dari Lengkuas ke Lengquas..
    Mesti sedap ni, tengok pakaging dia pun macam banyak isinya.. boleh cuba ni nanti, senang nak bawa travel..

    ReplyDelete
  11. so easy and such convenient pack they have there and easy to just heat it up and eat it on

    ReplyDelete
  12. what a fun product for convenient and easy dining. it comes in so many lovely flavours too!

    ReplyDelete
  13. Banyaknya choice Lengquas ni.. boleh la Nell try nanti.. prepare pun senang jer, if terpaksa skip lunch sebab tak sempat masak, boleh makan ni jer..

    ReplyDelete
  14. Menariknye menu dia. Mudah nak bawa ke mana-mana. Rasa nak makan panaskan aje. Sedap sungguh tengok daging dendeng dia

    ReplyDelete
  15. Woww semua menu ada.. Senang sangat. Malanan frozen macam ni mmeg kene standby kat rumah. Kadang tak sempat, penat tapi perut lapar.. Hah panaskna je kan.. Boleh terus mkan

    ReplyDelete
  16. Bestnya produk LengQuas ni. Semua masakan kampung pulak tu. Boleh bawak travel atau camping.

    ReplyDelete
  17. Senangnya kak bila ada produk macam ni. Mudah keje hahahha x yah renyah memasak daaaa

    ReplyDelete
  18. Oh yumss! i think i need to try this also coz sometimes too busy with work and no time to cook.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah cuba lagi tapi member kata sedap terutamanya Asam Pedas ...dengar pun dah rasa sedap apatah laginkalau dah cuba sendiri nanti. Pastu paling nak try juga Daging Dendeng dengan Chicken Glaze yang katanya sesuai untuk kanak2...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.