Memang Sakit Hati Bila Lagu Sakit Tidak Ke Final AJL

Memang Sakit Hati Bila Lagu Sakit Tidak Ke Final AJL- Wadehek. Hari ni saja nak luahkan, kenapalah lagu SAKIT ni tak layak ke final AJL eh. Lirik best setiap bait-bait memang sangat 'deep' dan melodi memang terbaik. Rasanya ramai yang frust. Dato' Vida, Dato' Hattan antara mereka yang meluahkan tentang lagu-lagu hebat yang tidak sepatutnya terkeluar dari percalonan peringkat final.

Tapi menurut Azmeer berkata (selaku ketua juri), (Sumber Berita Harian Online)

Lagu Sembah dan Sakit bukanlah tidak bagus. Seperti lagu Sakit, saya sukakan lagu itu. Tetapi bagi saya, Sakit lebih kepada lagu yang popular, bukannya lagu untuk pertandingan. Banyak lagi lagu bagus, contohnya Canggung nyanyian Wany Hasrita dan Sebentar nyanyian Dayang Nurfaizah serta lagu duet Ernie Zakri dan Syamel, Takkan Terlerai.

Menurut Azmeer lagi juri perlu memilih 12 lagu dengan meneliti pelbagai kriteria seperti teknikal, lirik, nyanyian, melodi dan sebagainya.

Dan aku rasa ada poin juga masa semi final hari itu memang ada slack sikit, nyanyian YannyBoii tu ada sikit kurang menyengat. Huhuhu. Tapi still sedap juga didengar. 


Lirik Lagu Sakit (Yonnyboii, Zynakal)

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan hidup ini tak sempurna
Jangan selalu bersedih ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi rama-rama

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti

Mengerti
Kuterpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan

Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa

Percayalah
Ku yang berikan tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan
Kalau kau rasa tak dihargai…

Lagu ini memang popular dikalangan anak-anak muda. Bukan sahaja muziknya yang agak slow dan sentimental tapi bait lagu ini memang makan dalam.

Biasalah acara penganugerahan tidak semua benda yang kita predict akan jadi kenyataan. Kalah dalam mana-mana jua pertandingan adalah lumrah kehidupan. Cuma jangan penat dan berhenti untuk menghasilkan karya-karya yang terbaik. 

Memang Sakit Hati Bila Lagu Sakit Tidak Ke Final AJL Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 18, 2020 Rating: 5

3 comments:

  1. ini antara lagu zaman ini yg ammi suka. suka sebab suara yg husky tu dan lirik dia best

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...antara yg feveret..mcm akk org lama jarang suka muzik org muda tapi lagu ni mmg best

      Delete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.