Review My Husband In Law (Drama Bersiri Thai 2020)
Sebenarnya dah lama giler tak layan cerita bersiri Thai. Sebab malas nak komited tengok. Cerita macam ini biasanya berhantu. Susah nak stop tengok.
Tapi kebetulan masa tu cerita My Husband in Law antara yang top 10 di Netflix, so terlayanlah pulak. Diterajui oleh 2 bintang drama yang agak popular di Thailand iaitu Prin Suparat dan Nittha Jirayungyurn. Terutama pelakon Prin Suparat atau dikenali sebagai Mark memang ramai peminat sebab rupanya agak handsome lah jugak. Hahaha (Tapi dia memang dah ada makwe in real life, Kimmy namanya. pelakon juga).
Kisahnya Muey (Nittha) ni memang suka dekat Thian (Prin) sejak zaman sekolah lagi. Tapi Muey ni macam nerd sikit rupa dan perangai dia. Jadi memanglah Thian tak pandang. Dipendekkan cerita kedua mak Muey dan Thian ni memang berkawan baik. Jadi mak Thian ni amik Muey untuk tinggal bersama dijadikan sebagai anak angkat.
Muey memang banyak membantu kerja-kerja rumah, kemas dan masak. Memang mak dan abang Thian sukalah dengan kehadiran Muey. Tapi Thian memang seorang yang macam playboy jenis tak pandanglah Muey tu.
Sampailah satu hari Thian ini dia terjebak dengan masalah iaitu tidur dengan isteri ketua gengstar. Sebenarnya Thian tak tahu girlfriend dia tu isteri orang. So bermula masalah yang mana ketua gengstar ugut nak bunuh beliau dan Thian dengan yakinnya kata nak kahwin. Jadinya tak akan ada lagi hubungan dengan isteri ketua gengstar tersebut.
Mak Thian tahu ugutan tersebut dan meminta Muey untuk berkahwin dengan anaknya. Muey tentulah suka tapi Thian memang tak nak. Jadi Thian kahwin dengan syarat akan ceraikan Muey selepas tempoh tertentu. Banyaklah insiden kelakar berlaku sepanjang tempoh perkahwinan.
Siapa sangka syarikat Muey bangkrap dan semua staff kena serap ke syarikat Thian. Jika kita lihat pada wajah polos Muey sebenarnya disebaliknya itu beliau adalah perempuan yang sangat cantik dan berkeyakinan. Tidak hairanlah ada juga rakan sekerja Muey yang tergilakan beliau.
Sebenarnya ada banyak rahsia pengorbanan Muey yang tersimpan tapi. Begitu juga dengan Thian. Mula-mula masa tengok drama ini rasa macam Muey bodohlah sangat, suka kat mamat yang tak pernah suka dekat dia dan menyakitkan hati. Terbawa-bawa sampai kena keje dekat 'site' (luar negara). Dan banyak momen yang manis kat sini sehinggalah diaorang terpaksa berpisah. Atas sebab tertentu. Suprisingly, Muey yang beria tak nak dekat Thian. Hmmmm.
Cerita ni satu jer dari episod 1 sampai 7 nampak Muey sangat terhegeh dekat Thian. Cuma dah dekat-dekat akhir episod baru nampak si Thian pula yang gila dekat Muey. Standardlah cerita kan.. Dia berbalas ke-tegeh-tegeh ni hahahaha.
Tapi cerita ini best sebab dia banyak plot twist. Kita ingat dia ni jahat tapi sebaliknya tak. Lebih kurang macam tu lah. Dan sebab kengkawan baik Prin dan Muey memang jenis selamba dan kelakar. Selain itu kedua mak Prin dan Muey memang sangat baik. Suka tengok konsep kekeluargaan yang harmoni macam tu.
Jahat cuma orang luar, itupun tak ramai. Ada jugalah babak last yang tak berapa kemas nampak macam tak logik. Contoh dalam adengan tembak menembak, kejar mengejar. Aishhh. Macam tak kemas nak matikan watak orang jahat macam tu. Tak best langsung.
Overall, memang sangat disyorkan bagi mereka yang sukakan cerita yang santai-santai. Jalan cerita tidak berat tapi tetap menghiburkan. Cerita dia bukan sahaja kelakar, serius dan ada juga part sedih sangat, Ada 15 episod semuanya yerp!
Barisan pelakon drama ini semua best, antaranya:
Prin Suparat as Thianwat / "Thian"
Nittha Jirayungyurn as Nateerin / "Muey"
Koy Rachwin Wongviriya as Yada
Nut Devahastin as Pondech
Duangta Toongkamanee as Thian's mother
Pear Pitchapa Phanthumchinda as Kawfang
Jieb Lalana Kongtoranin as Kang
Yong Armchair as Pariwat
Freud Chatphong Natthaphong as Beer
Saimai Maneerat Sricharoon as Mon
Ohm Kanin Stanley as Kob
Witsarut Himmarat as Nut
Bo Thanakorn Chinakul as Toon
Review My Husband In Law (Drama Bersiri Thai 2020)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 04, 2020
Rating:
hero dia not bad eh handsome jugak, pendorong utama nak tengok drama cinta macam tu hahaha
ReplyDeletekan keh keh keh
DeleteYe awak..mmg hensemðŸ¤awak dah tengok citer kleun cheewit atau pon tajuk English, waves of life.. Best giler.. Habis air mata sebaldi🤣😂
Deletedah lama betul tak tengok drama thai. sekarang ni bila dah ade netflix macam macam ada sampai tak tertengok. hahah
ReplyDeletenampak macam best drama thai ni. jarang pulak saya layan drama thai, sekarang saya tengah layan drama british. :)
ReplyDeletesuggestion?
DeleteBest kalau dah Top10 ni kan. Hero tu boleh tahan segak. Sempat mdm stalk IG Prin Suparat. Uniknya nama dia.
ReplyDeleteSeronoknya dah lama tak tengok drama thai sebab asyik focus tengok kdrama je hahaha nanti nak download la cerita ni
ReplyDeleteSama la, saya pun malas sebenarnya nak tengok drama bersiri, sebab kena komited tengok. Lepastu addicted. Tapi cerita ni macam best ya, banyak plot twist.
ReplyDeleteokeh !! jalan cerita cam best, nanti nak try tengok.. hee~ sementara WFH nih kan, redah je lah untuk isi masa terluang..
ReplyDeleteDrama thai ni kak pun dah tgk mmg best cite dia biasa kisah rumahtanga dan keluarga
ReplyDeleteKita pun dah masuk list gak ni, now tengah layan The Guest Korean tu, adeiii bikin jantung ku tercopot-copt hahahahaha... Yang ni romantik ekkkk.. nanti nak tengoklah...
ReplyDeleteJalan cerita menarik. Takde netflix makanya tak terjebak lagi melayan. Hihi
ReplyDeleteWahh boleh la tengok drama ni... Dah final episode kah? Hehe punya stress tengok satu cite "The Devil Punisher" every week kena standby depan TV.. Hehehe...
ReplyDeletelama dah tak tengok cerita Korea ni.. bila terbaca tentang ceirta ni macam tertarik je nak tengok.. jalan cerita dia best.. pelakon pun handsome.. heheheh
ReplyDeleteThank you for sharing a bunch of this quality contents, I have bookmarked your blog. Please also explore advice from my site. I will be back for more quality contents. หนัง hd
ReplyDeleteGreat post, and great website. Thanks for the information! เว็บดูหนังà¸à¸à¸™à¹„ลน์
ReplyDeleteKorang tengok kat mana drama ni?
ReplyDelete