SNP Prep Cicaronic Solusi Penjagaan Wajah Saya Untuk Kelihatan Muda
SNP Prep Cicaronic Solusi Penjagaan Wajah Saya Untuk Kelihatan Muda- Rutin penjagaan wajah harian haruslah kita memilih yang terbaik dan bersesuaian dengan kulit wajah. Apa yang penting kita perlu tahu kandungan ramuan dalam produk tersebut.Adakah ianya benar-benar selamat digunakan dan pilihan tepat untuk kegunaan kita sebagai pengguna.
Untuk pengetahuan semua juga CICA + RONIC adalah ringkasan daripada dua perkataan iaitu Centella asiatica dan Hyaluronic acid. Seperti yang kita maklum Centella Asiatica dalam dunia perubatan sememangnya sangat popular dalam merawat kerosakan kulit. Manakala dengan 3 jenis ’Hyaluronic Acid’ mampu memberi kelembapan kepada kulit lebih 1000 kali lebih hebat. Produk ini sememangnya bagus terutama bagi mereka yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan sesuai untuk semua jenis kulit muka.
Terdapat 5 produk SNP Prep CICARONIC yang boleh korang cuba, iaitu:-
- Cicaronic Daily Mask
- Cicaronic Cleansing Foam
- Cicaronic Toning Essence
- Cicaronic Soothing Cream
- Cicaronic SOS Ampoule
Siri penjagaan wajah terbaik sebagai solusi untuk kita menenangkan (soothe) dan memulihkan (restore). Dengan 6 jenis peptida dan juga vitaliti untuk kulit lebih cerah dan muda.
Cicaronic Cleansing Foam
Gabungan hebat trio Cica Trio dan Triple Hyaluronic Acid yang sangat membantu melegakan (soothing) dan melembapkan kulit. Ianya dapat membersihkan sehingga dalam (deep cleansing) dan apa yang menarik kita akan rasa lebih segar setiap kali menggunakannya.
Suka sangat dengan buih sabunnya! Sangat lembut. Efek selepas mencuci memang kita akan rasa kulit bersih dan best :-)
Cicaronic Toning Essence
Saya memiliki kulit jenis kombinasi. Pada zaman remaja kulit wajah saya memang berjerawat. Jadi saya memang suka amalkan pemakaian toner. Dan kini saya beralih kepada "toning essence" yang boleh bertindak sebagai hydrating toner. Didatangkan didalam botol bersaiz 220 ml berwarna hijau transparent dengan penutup berbentuk flip. Jadi mudah untuk mengawal amaun yang dihendaki setiap kali penggunaannya. Cara penggunaannya, saya hanya 'tap' 'tap' di ke seluruhan bahagian wajah. Samada menggunakan tisu muka ataupun hujung jari yang bersih.
Teksturnya cecair dan jernih. Saya menggunakannya selepas pemakaian toner. Boleh digunakan keseluruhan wajah ataupun hanya di bahagian yang bermasalah seperti jerawat, parut dan sebagainya. Teksturnya sangat ringan cepat menyerap. Sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja kerana saiznya kecil dan ampoule didalam pembungkusan tiub plastik yang tahan lasak.
Cicaronic SOS Ampoule
Suka dengan kemasan ampoule yang bersaiz 1.5ml ini. Dengan formulasi Centella Asiaticabagus untuk melegakan kulit sensitif dan mampu merawat kulit berjerawat. Sekain itu, kandungan Hyaluronic Acid juga dapat melembapkan kulit.
Serius best lepas gunakannya!
Saya memang teruja dengan mask sheetnya yang seperti serat kain agak nipis tapi sangat kuat teksturnya. Didatangkan bersama aroma seperti dedaun wangi yang cukup menenangkan.
Pakai setelah wajah dibersihkan dan diletakkan toner. Tempoh penggunaan dari 15 sehingga 20 minit. Relaks! Memang rasa beza selepas menanggalkan mask dari muka. Cecair dari mask masih bersisa di muka membuatkan terasa lembap dan lembut. Secara personal terasa wajah memakai serum selepas penggunaan sheet mask ini.
Teksturnya seperti krim, hanya picit sedikit mengikut amaun yang diperlukan.
Boleh lihat perbezaan bahagian yang berparut selepas penggunaan krim ini hampir seminggu. Memang semakin berkurang kawasan kesan parut. Tapi yang pastinya kulit wajah saya juga semakin cerah.
Cicaronic Daily Mask
NP Prep Cicaronic Daily Mask ini adalah masker atau sheet mask yang berfungsi untuk melembabkan dan merawat kulit yang mempunyai masalah iritasi. Lebih menarik SNP Prep Cicaronic Daily mask ini boleh digunakan setiap hari.
Cicaronic Soothing Cream
Sepertimana yang kita ketahui kekuatan siri SNP Prep Civaronic adalah dari segi formulasi bahannya yang mengandungi Centella Asiantica yang boleh melegakan, melembapkan dan memperbaiki tekstur kulit yang bermasalah.
Untuk SNP Prep Cicaronic Soothing Cream saya gunakan untuk bahagian kulit wajah yang bermasalah. Contohnya anak saya Yana yang mempunyai jerawat di muka beliau akan meletakkan di kawasan tersebut. Manakala saya yang mempunyai bekas jerawat yang meninggalkan parut, jadi saya hanya fokus untuk bahagaian tersebut.
Review dan Pendapat Peribadi
Jujurnya sejak memasuki usia 40 tahun saya memang kurang ambil berat tentang penjagaan muka. Mungkin sebab faktor usia yang saya rasakan agak malas ambil kisah dengan wajah sendiri. Tetapi apabila saya diperkenalkan dengan produk SNP Prep CICARONIC yang bagi saya formulasinya yang sangat menyakinkan apatah lagi dengan pembungkusan yang tampil esklusif memang membuatkan saya betul-betul ingin mencubanya sendiri.
Apatah di zaman pandemik, kita memang stress berkurung di rumah. Jadi biarpun tidak keluar saya harus pastikan wajah saya sentiasa ceria dan tidak kusam. Apatah lagi kita memang tidak perlukan mekap jika berada di dalam rumah.
Produk SNP Prep CICARONIC sebenarnya sangat hebat efek pada mereka yang memiliki masalah jerawat di wajah. Tapi saya ada masalah jeragat dan juga faktor penuaan. Dan formualsi Hyaluronic acid dan Centella Asiatica sendiri sudah mempunyai kebaikan dalam merawat kulit, melembap dan mencantikkan. Jadi 'why not' kita cuba, siapa yang tidak mahu kelihatan muda benarkan?
Nah! Ternayata siri penjagaan kulit ini memang sesuai dengan kulit saya. Lihat sahaja 3 perbezaan gambar sebelum menjadi pengguna, sedang menggunakan produk dan hasilnya selepas seminggu. Kelihatan wajah saya nampak lebih bersih dan nampak muda, hahaha
Sebarang info mengenai produk dan pembelian boleh layari:-
https://www.instagram.com/snpmalaysia/
SNP Prep Cicaronic Solusi Penjagaan Wajah Saya Untuk Kelihatan Muda
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 15, 2020
Rating:
nampak jugak sikit beza die..wah menarik ni. packaging die lawa la warna hijau mcm tu
ReplyDelete1st time Sal dengar produk SNP Prep Cicaronic. Teruja pulak nak try ampoule tu. Sal bukan boleh tengok produk ni. Sure nak test..hehehe
ReplyDeletebaru 7 hari dah nampak makin glowing lah. Ampoule tu macam best sebab sesuai untuk kulit sensitif.
ReplyDeleteWoww bagusnya produk ni siap ada ampoule lagi haaa complete set. Fafa memang suka kalau lengkap macam ni . Lagi satu kalau ada ampoule ni kita tahu mesti hasil dia power
ReplyDeletePertama kali dengar produk ni. Saya kulit berminyak, memang perlu cari skincare yang sesuai dengan kulit ☺️
ReplyDeletetak pernah tau lagi brand ni. kalau dari Korea mesti elok kan biasanya. makin berseri la kulit akak pasni
ReplyDeleteWah cun kak! Nampak bersih kulit akak dan berseri. Hehehehe. Nanti nak cek produk ni. Selalu SNP mask je Ruby pakai.
ReplyDeleteAlamak ayu pun dah banyak guna produk macam ni hehehee habislah anak dara luar sana semua kalah dengan mak orang sekarang hehehehe.. Tapi orang perempuan banyak produk penjagaan macam ni kan...
ReplyDeleteEh, nampak ketara la perbezaan sebelum dan selepas tu. Bagus la produk ni sebab selalunya produk lain amik masa lama nak nampak kesannya kan. Yg ni agak cepat juga
ReplyDeleteNampak ketara perbezaan parut/jeragat sebelum dan selepas tu. Saya memang suka kalau produk yang mengandungi hyaluronic acid ni sebab kuasa melembab dia memang power.
ReplyDeleteSekalai pakai dah nampak beza memang terbukti bagus produknya.. boleh cuba ni sebab kulit muka Sis pun dah berusia 44thn ni hehehehe.. tadi ingat SNP tu Siti Nurhaliza Production hehehehe
ReplyDeleteWuuu nice! Muka akak makin flawless. Macam best je produk ni. Dalam dia ada dua dua fav ingredient Iza, Cintella Asitica dengan Hyaluronic Acid. Mesti kulit muka soft je pakai ni.
ReplyDeletethis looks like such a useful product. the packaging also makes this a cute christmas gift idea for friends!
ReplyDeleteYou looking so youthful, nice SNP Prep CICARONIC skincare set! I am also trying it now
ReplyDeleteFirst time dengar nama produk ni tapi nampak best sangat! Yaya tertarik nak cuba Cicaronic SOS Ampoule tu hee boleh hilangkan parut jerawat juga kan
ReplyDeleteNampak makin remaja gitu.. Bagus juga produk ini ya ada hyaluronic acid dlm mencerahkan kulit juga... Yg penting sesuai utk kulit yg sensitif..
ReplyDeleteMemang nampak perbezaanya kak.. liez pun skrg tengah fikir nak.cari produk yang sesuaiboleh digunakan since dah beranak pinak ni kulit memang kering teruk sangat. Lagi nak nampak muda
ReplyDelete