Inovasi Laman Web Myra Membantu Proses Pemilikan Hartanah (Rumah) Dengan Mudah dan Efisien
Inovasi Laman Web Myra Membantu Proses Pemilikan Hartanah (Rumah) Dengan Mudah dan Efisien- Memiliki hartanah (rumah) sememangnya menjadi impian setiap orang. Samada untuk diduduki sendiri mahupun disewakan ianya adalah satu pelaburan yang bagus untuk jangka masa yang panjang. Antara faktor yang diambil kira selain daripada lokasi, rekabentuk bangunan, fasiliti dan harga rumah, proses pembelian juga memainkan peranan dalam penentuan pembelian.
Pembeli rumah juga akan mempertimbangkan kadar (interest) yang bakal dikenakan.
Kaedah konvensional pembelian rumah memerlukan bakal pembeli mengumpulkan dokumen bagi tujuan permohonan pinjaman. Proses manual ini memerlukan ramai pihak yang terlibat. Adakalanya pembeli perlu membuat lawatan peribadi ke pejabat pemaju bagi penghantaran dokumen seperti penyata KWSP, borang EA, cukai pendapatan dan banyak lagi.
Bagi pembeli rumah pertama kali pasti terasa beban dengan perlu menghadap begitu banyak dokumen yang perlu disediakan. Jadi dengan adanya Myra, memudahkan kedua-dua pihak melalui penyelarasan secara digital. Ini termasuklah pemberian resit rasmi semasa pembayaran dibuat secara atas talian.
Myra's Homebuying Hub telah dilancarkan pada Januari 2021 bagi tujuan mengumpul, menyimpan dan mengendalikan peribadi maklumat individu mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") dan turut memperolehi Sijil SSL bagi tujuan memastikan keselamatan privasi setiap pengguna aplikasi. Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawati laman web www.myra.com.my.
Dan tidak tidak dinafikan industri hartanah sehingga hari ini masih melalui proses yang agak kompleks dalam pembelian hartanah. Ini menyukarkan pembeli terutama bagi mereka yang pertama kali membeli dalam menguruskan dokumen, membuat penilaian dan pentaksiran serta paling ketara masa yang perlu diperuntukkan agak lama.
Laman Web Myra (Myra's Homebuying Hub )
Atas kesedaran tentang masalah ini, platform digital baru - aplikasi web tempahan rumah, Myra's Homebuying Hub diperkenalkan. Pengenalan aplikasi ini adalah untuk membantu 2 masalah utama iaitu the lack of concenience (kekurangan kemudahan) dan membantu menambah pengetahuan serta info tentang pembelian hartanah. Melalui Myra's Homebuying Hub pembeli akan membuat keputusan yang terbaik serta melalui proses yang lancar. Selain itu, informasi didalam aplikasi juga dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pembeli itu sendiri. Ini juga sangat memudahkan proses membuat tempahan hartanah (rumah).
Pengenalan laman web Myra adalah sebenarnya untuk membantu bakal pembeli dalam urusan membuat pemilikan kediaman lebih jelas, mudah dan menyeronokkan. Untuk pengetahuan semua, sehingga kini di bawah laman web Myra terdapat 8 projek dan akan bertambah lagi pada masa akan datang.
Myra Alam di Puncak Alam
Myra Garden di Kundang
Myra's 4 Step Approach diperkenalkan bagi membantu pembeli dari segi pengetahuan sekaligus memberi pemahaman tentang prosedur serta proses mendapat pemilikan dan pembelian hartanah.
- Menerima perkongsian informasi pra-pembelian sebelum keputusan pemilihan hartanah dibuat.Contoh dokumen yang perlu diserahkan dan sebagainya.
- Dijelaskan tentang kebolehan kewangan dan bayaran pinjaman mengikut kesesuaian serta kelayakan.
- Mendapat nasihat tentang perjanjian secara sah (legal) dan menandatangani kontrak.
- Diberitahu perkara yang apa perlu dilakukan setelah permohonan pembeli berjaya.
Menurut Wendy Lim,Pengurus Besar Myra,
We started with what we could with the website, a simplified fun 4-step journey that summarizes the entire homeownership journey into layman terms. After receiving positive responses, we began to think more about how we could improve the entire experience for a young homebuyer.
Bagaimana Myra Membantu Pembeli Membeli Hartanah (Rumah)
Tidak dinafikan proses pembelian hartanah adalah agak rumit dan kompleks terutama buat mereka yang pertama kali membeli rumah. Apatah lagi dengan terma-terma perundangan yang digunakan seperti JMB (Joint Management Body), DLP (Defects Liability Period) dan pelbagai lagi adalah sesuatu yang agak baru. Begitu juga dengan dokumen yang perlu diserahkan dan disediakan sememangnya agak banyak.
Antara paparan maklumat di laman web yang perlu diisi oleh bakal pembeli adalah seperti dibawah. Ini sebenarnya adalah proses pembelian rumah. Namun dengan Myra semuanya dapat disediakan hanya di hujung jari. Sangat mudah, selesa dan praktikal.
Maklumat pembeli
Pembeli dengan mudah dapat memuat naik dokumen ke folder profile peribadi di aplikasi. Ini membolehkan Myra membuat penyemakan sekaligus membantu membuat penyerahan dokumen. Aplikasi ini juga berfungsi sebagai portal untuk mengemas kini maklumat tempahan pembeli.
Muatnaik dokumen yang diperlukan
DSR Tool Tip
DSR (Debt Service Ratio)
Melalui laman web Myra, pembeli dapat menilai status kewangan sedia ada melalui kalkulator dalam talian. Ini terutama bagi mengenalpasti kelayakan pinjaman bank serta membuat kiraan ansuran pembayaran balik bulanan.
Kalkulator Pembayaran Pinjaman
*Jika cara konvensional ianya akan dilakukan secara manual dan ditulis di atas sehelai kertas. Sekiranya pembeli rumah terhilangkan kertas ini maka mereka tidak akan dapat mengingat kembali pengiraan penting ini.
Dokumen Myra
.
Maklumat Pembayaran Lain
Pembeli rumah boleh membuat rujukan dengan mudah untuk sebarang dokumen yang perlu mereka lengkapkan ketika membuat tempahan. Pada masa yang sama, bakal pembeli rumah ini juga akan menerima bantuan dan tunjuk ajar daripada pasukan Myra sehinggalah mereka berjaya memiliki rumah tersebut.
Maklumat Pembayaran Lain
Segala proses pembelian rumah kediaman di Myra, boleh disemak dan dirujuk pada bila-bila masa sahaja. Ini kerana setiap bakal pembeli akan menerima salinan digital untuk semua dokumen yang diperlukan. Samada mereka bersetuju membeli atau tidak, bahkan mereka (pembeli) boleh merujuk kembali sekiranya berminat untuk mempertimbangkan semula pembelian rumah di Myra pada masa hadapan.
Melalui garis panduan yang disediakan oleh Myra, pembeli sendiri dapat belajar dan memahami proses pembelian rumah dengan lebih jelas.
Tambah Wendy;
We want to build an entire Myra-ecosystem that every single individual who wishes to be a homebuyer, to look into anything related to homes or homebuying would come to. The booking app might be one of our first innovations, but it certainly would not be our last.
Sosial media:
Inovasi Laman Web Myra Membantu Proses Pemilikan Hartanah (Rumah) Dengan Mudah dan Efisien
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 23, 2021
Rating:
Dah makin mudah dah now kan. Semuanya dalam talian. Harapnya servis diorang pun laju dan tak perlu tunggu lama macam sesetengah laman web kan
ReplyDeletewah,,bagus la kalau ada kemudahan web macam ni. memudahkan kerja dan urusan jual beli rumah ni kan
ReplyDeleteFirst time tahu pasal developer Myra ni. Cantik jugak design rumah dia. Nak apply pun senang sangat.
ReplyDeleteThis website looks good. I need to check it out as well. Thank you for sharing this information with me. Take care.
ReplyDeletefirst time dengar. menarik ni. memang tengah survey cari rumah- bae roslan
ReplyDeleteFirst time dengar apps ni. Seriously memang masa nak beli rumah macam-macam proses kena hadap. Pembeli pun bukannya mahir sangat lagi-lagi bab undang2 pembelian hartanah. Kalau ada apps yang boleh guide macam nih memang sangat2 memudahkan.
ReplyDeleteOuh I have never come across such an innovative app before. Hopefully real estate matters can be dealt with more efficiently
ReplyDeleteBagus ni, bagi mereka yang baru bercadang nak membeli hartanah boleh baca ni sebagai rujukan, atas talian aje, senang..
ReplyDeleteBagus la ada apps macam ni, lebih user friendly untuk buyer to understand where they stand kan untuk pembelian rumah ni.. tak macam Kit first time beli rumah aritue.. tertanya2 sini sana untuk settlekan segala urusan.. not easy!
ReplyDeleteBagusnya ada aplikasi web sebegini, terutama untuk pembeli rumah kali pertama.
ReplyDeleteIngat Myra ni nama produk untuk orang perempuan rupanya laman web nak cari rumah hehehehe. Kita boleh lah senang nak cari dan proses hartanah secara online senang...
ReplyDeletewhat a great platform. it makes the entire process so much easier for homebuyers in the country!
ReplyDeleteMudah sekarang nak beli rumah terutama bagi yang first time buyer. mudah nak rujuk dengan adanya platform Myra ni. Lengkap dengan semua info.
ReplyDeleteFirst time tahu pasal ni. dengan adanya kemudahan sebegini, lebih memudahkan semua orang la. thanks for sharing this nice.
ReplyDelete