Menyimpan dan Mencari Rezeki Lebih Di Tahun 2021

Rasanya saya perlu mulakan dengan entri personal untuk tahun 2021 tentang azam tahun baru. Menjadi kebiasaan setiap tahun baru kita akan menggariskan beberapa visi atau matlamat hidup yang ingin dicapai untuk selama 365 hari akan datang. Tahun baru azam baru.



Carian paling popular tentang azam baru kebanyakannya adalah misi untuk menurunkan berat badan, menjadi lebih kurus, dari saiz XL ke M dan banyak lagi. Tidak kurang juga pada mereka yang mengidamkan benda yang berbentuk material seperti kereta baru, telefon baru, pendek kata semuanya benda baru.


Berbalik pada diri sendiri kalau ikutkan banyak perkara saya ingin capai sebelum memasuki sekian-sekian usia. Tapi pada yang sama ianya perlu seiring dengan tanggungjawab yang sedang galas terutama terhadap keluarga Antara yang menjadi impian:-

  • Start join dalam team penyelidikan (research). Antara profesion yang memang saya looking forward selain mengajar. Pernah ada pengalaman menjadi RO dan RA. Kemudian lecturer. Sekarang saya dah tinggalkan dunia ini 2 tahun. Cuma sekarang saya lebih suka pada kerja separuh masa atau bekerja dari rumah memandangkan komitmen pada anak yang sedang membesar dan sudah mula bersekolah. *Ramai kawan saya yang mengesyorkan untuk kembali menjadi pelajar Phd. Snagkut 4 kali macam tak serik, kahkah.
  • Bercita-cita memiliki buku sendiri. Penulisan buku novel kanak/remaja. 
  • Berniaga atas talian. Tapi mungkin saya cuba buat dropship terlebih dahulu.
  • Belajar teknik dalam menghasilkan kualiti video yang terbaik.
  • Target untuk simpanan tahun 2021 10K!

Bercerita tentang simpanan, suka saya nak kongsikan satu tips yang sangat hebat dari seorang anak muda yang cukup popular di platform instagram iaitu tentang bagaimana kita boleh menyimpan atau membuat tabungan.



Menurut beliau, ramai yang bertanya tentang tips menyimpan. Apakah cara ataupun teknik yang boleh kita lakukan supaya ada simpanan. Ramai yang guna konsep tabung bunian (saya suka dengan konsep ini), simpanan duit (contoh dapat duit merah simpan, jangan pernah guna), agihan simpanan seperti ada tabungan khas untuk bercuti dan pelbagai lagi.

Tambah beliau lagi, sebenarnya kita boleh menyimpan jika kita punyai banyak punca pendapatan dan juga bergantung juga jumlah pendapatan yang kita perolehi untuk sebulan. Katalah gaji kita dalam 2K, keperluan makanan, hutang rumah, bayaran fasiliti dan pelbagai lagi. Hanya berbaki beberapa sen dalam akaun. Takkanlah sebab kita nak menyimpan kita perlu ikat perut, tak perlu tukar baju, jangan pergi bercuti dan sebagainya.


Solusinya kita kena ada banyak sumber pendapatan. Bukan hanya dari satu sahaja. Ibarat kerusi jika kakinya empat lebih utuh berbanding dengan kaki satu ataupun dua. Jika ada lebih banyak kaki, lagi stabil sebenarnya.

Dan untuk tahun 2021 saya akan memikirkan cara yang baik untuk menambah sumber pendapatan selain daripada sumber pendapatan dari sosial media. Mungkin juga saya akan lebih serius untuk melibatkan diri dalam perniagaan atas talian. Moga juga saya ada rezeki untuk mengajar separuh masa untuk tahun 2021. Tak kisahlah walaupun hanya untuk satu sem. *Dem!! Rinduu giler dunia pendidikan.

Boleh jadi juga saya akan lebih serius untuk menjadi ghost writer

InsyaAllah doakan ya. Btw. Matlamat besar saya untuk menyokong sepenuhnya anak-anak saya yang terlibat dalam peperiksaan besar tahun ini Yana SPM (22 Feb) dan Akid IGSCE (akhir tahun).

Untuk dunia compering. Memandangkan semakin hari semakin ramai mereka yang berada di dunia peraduan. Harapan saya hanya satu jer "Moga saya terus relevan dan tidak patah semangat menyertai mana-mana peraduan. Menang atau kalah belakang cerita. Paling penting mencuba!".

Sekian coretan tentang harapan tahun 2021
Menyimpan dan Mencari Rezeki Lebih Di Tahun 2021 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 06, 2021 Rating: 5

18 comments:

  1. i love this entry! may all ur plan will be accomplished, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq suzz.. i doakan juga u berjaya capai apa yang u idamkan tahun 2021

      Delete
  2. Azam tahun baru utk tahun 2021 ni sememangnya perlu kita upgrade. Sama ada ia masih azam yang sama atau ada yang baru, jangan putus asa. Ini kelebihan sebagai ibu bapa, kita tidak stuck dengan azam yang sama. Perjalanan anak-anak memberi kita lebih bersemangat utk beri yang terbaik. Walaupun anak sudah boleh berdikari, boleh bantu jaga adik-adik. Jangan lupa untuk luangkan masa heart to heart bersama mereka. Crucial moment bila kita dah selesa. Tp bahaya sebab poket kempis. Semoga segala urusan akak dipermudahkan. All the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ruby.. as parent mmg kita akan upgrade tahun ke tahun. Untuk menjadi lebih baik

      Delete
  3. Semoga Sis dapat capai semua azam tahun 2021 sis

    ReplyDelete
  4. tak mampu dah nak tambah lagi sumber pendapatan. Nak jaga 2 pun dah penat dah. Semoga tercapai impian kak ayu tahun ni. All the best!

    ReplyDelete
  5. Good luck, Ayu 😃 Seronok betul baca azam orang ni..hehe..semoga dapat tercapai ye azam 2021, Aminnn ☺️☺️

    ReplyDelete
  6. All the best you..moga tercapai semua impian. and good luck to Yana and akid

    ReplyDelete
  7. K.Yu, nak jadikan ni sebagai my guideline juga for 2021 la..love the part yang simpanan tue.. i think i need that la.. dan rajin cari side income dengan masa yang ada.. :) Plus, Kit suka last part tue for peraduan, betul tue menang atau kalah lain cerita, yang pasti kalau tak join, tue dah 100% kalah... :)

    ReplyDelete
  8. Menarik. Kita tak gariskan apa2 azam pun. Teruk betul kan Bella ni. Tp jauh disudut hati pastinya nak kehidupan yg lebih baik dalam segala aspek.

    ReplyDelete
  9. Agak mencabar kan tahun ni nak pasang azam, tapi kena juga kita fikir apa yang lebih baik untuk kita.. Sis sekarang azam nak lebihkan masa bersama family je, sebab sekarang ni macam sekelip mata orang sekeliling kita atau yang tersayang pergi huhuhu..

    ReplyDelete
  10. semoga murah rezeki ayu. Huda pun rindu nak buat research akademik macam zaman muda kerja2 dulu. skrg dah jadi ibu sepenuh masa , fokus pada anak2 jer lah membesar

    ReplyDelete
  11. Azam tahun baru ni bagi saya memang penting, dan kalau boleh kita cuba setkan azam yang measurable, supaya nanti senang untuk kita nilai semula pencapaian kita setakat mana. Semoga kak Ayu berjaya mencapai apa jua impian untuk tahun ni.

    ReplyDelete
  12. This is indeed an interesting article with so many useful tips. learned a lot from you today about making more money :)

    ReplyDelete
  13. Kak Ayu .. maila buat kelas online ajar anak Sal . hehehe.. kata rindu nak mengajarkan. Kadang anak sendiri kita susah nak ajar tapi anak orang boleh ...huhuhu

    ReplyDelete
  14. Pray for you & your family ! I believe you can do it well! It may be challenges but you will do good!

    ReplyDelete
  15. Insha Allah rezeki tahun 2021 lebih daripada apa yang kita jangkakan yang penting kita bersyukur dengan apa yang ada dan tak dengki pada rezeki orang lain sebab rezeki tu tak pernah salah alamat...

    ReplyDelete
  16. Azam baru dan jugak bersemangat, moga2 ayu dapat capainya satu demi satu.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.