Rozita Che Wan Kini DIlantik Menjadi Duta Jenama Mylea
Rozita Che Wan Kini DIlantik Menjadi Duta Jenama Mylea- Pastinya semua cukup mengenali dengan Puan Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che'Ta, antara barisan selebriti Malaysia yang popular hari ini. Figura yang memiliki wajah yang cukup cantik dan awet muda ini sememangnya sangat dikagumi ramai wanita di luar sana. Dan untuk tahun 2021, rezeki Puan Rozita Che Wan dilantik menjadi duta untuk produk penjagaan diri dan kecantikan Mylea untuk kontrak selama setahun.
Persetujuan dicapai setelah Puan Rozita Che Wan melihat kebaikannya apabila ibunya sendiri mencuba produk ini dan kesannya dapat dilihat depan mata - jeragat semakin berkurang! Ini kerana menurut Che'Ta beliau tidak akan mudah menerima tawaran jika tidak mencuba dan melihat sendiri produk terutama dari segi kelebihan dan manfaatnya.
Mylea Produk Tempatan Kualiti Setanding Antarabangsa
Jenama Mylea sudah berada di pasaran selama 8 tahun lamanya. Bermula pada tahun 2012, produk ini telah membantu ramai wanita di luar sana untuk mendapatkan kulit wajah seperti yang mereka idamkan. Jenama Mylea telah mendapat pelbagai pengiktirafan samada peringkat tempatan mahupun Asia Pasifik. Antaranya Super Health Brand Asia Pacific Award 2018/19 dan yang terbaru adalah SME100 Awards 2020. Formulasinya diyakini halal dan telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan.
Sehingga kini terdapat 6 produk yang dikeluarkan dibawah jenama Mylea iaitu Mylea Freckles Serum dengan Moist24 Essence & Centella Asiarica Extract, Mylea Honey Soap, Mylea Treatment Foundation dan yang terkini adalah Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Pore Invisible Primer serta Mylea Lip Scrub. Diantara produk yang dikeluarkan Mylea Freckles Serum New Formulation adalah antara produk yang mendapat permintaan yang tinggi.
Produk Mylea sesuai untuk semua jenis kulit muka tetapi memberi lebih penekanan kepada mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Ini kerana pada usia ini, kulit wajah akan lebih terdedah dengan masalah seperti jeragat, kusam dan penuaan. Dengan menggunakan produk Mylea masalah yang dihadapi tersebut boleh diatasi dan dirawat secara semulajadi.
Pengasas jenama Mylea adalah Puan Amylia Farhana yang mendapat sokongan sepenuhnya dari suaminya sendiri iaitu Encik Mohd Fakhrul Razi Bin Jamaluddin (CEO) untuk memulakan bisnes ini. Atas minat dan juga pengalaman beliau yang pernah bekerja didalam bidang pemasaran di hotel sangat membantu dalam mengusahakan bisnes yang dijalankan. Jualan produk Mylea dilakukan diatas platform atas talian sahaja terutama melalui sosial media seperti instagram, facebook dan tik tok. Ke semuanya dilakukan oleh pasukan Mylea yang sama-sama mempromosikan di medium sosial media masing-masing.
Pengasas Jenama Mylea
Siapa sangka untuk tahun 2020 sahaja, pembayaran zakat yang telah dikeluarkan oleh syarikat Mylea hampir mencecah RM400,000 melalui keuntungan bersih yang berjaya dicapai oleh syarikat.
Bak kata pengasas Puan Amylia, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip:-
"Sentiasa letakkan hak DIA atas keutamaan, InsyaAllah DIA akan letakkan hak sebaik-baiknya kepada kita kembali".
Bekas graduan Diploma Industri pelancongan dari UiTM Dungun Terengganu ini juga merupakan anak didikan Datuk Dr.Azizan yang cukup terkenal dalam dunia perniagaan hari ini. Dengan menghadiri seminar dan kelas yang dianjurkan sangat membantu Puan Amylea untuk menjadi lebih yakin, optimis dan positif untuk pergi lebih jauh dalam industri produk kecantikan.
Puan Amylia juga sentiasa mengadakan kelas personal branding coaching bersama agen dan penjual produk Mylea yang dikenali sebagai 'jemaah' dan 'fighter' Mylea. Tidak hairanlah jenama Mylea bukan hanya sahaja berjaya dipasarkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bahkan jenama ini juga telah berjaya memasuki pasaran antarabangsa iaitu Arab Saudi.
Target Mylea 2021 Untuk Lebih Sukses Bersama Puan Rozita Che Wan
Harapan untuk tahun 2021 dan seterusnya, dengan adanya Puan Rozita Che Wan sebagai duta produk Mylea dapat mengembangkan lagi jenama ini bukan sahaja seluruh Malaysia bahkan ke peringkat lebih tinggi. Apatah lagi produk yang terbukti mempunyai begitu banyak kebaikan terutama bagi mengatasi masalah wajah seperti jeragat. Pelbagai strategi pemasaran bakal Puan Rozita Che Wan sertai sama dalam usaha mendidik lebih ramai wanita ataupun lelaki yang berusia untuk sentiasa menjaga keterampilan terutama kecantikan wajah dalam meningkatkan keyakinan diri.
Selain itu jenama Mylea juga berharap dapat membantu lebih ramai orang diluar sana untuk menjana pendapatan sampingan dengan menyertai bisnes perniagaan mereka. Sama-sama mencari rezeki, sama-sama megatasi masalah jeragat yang tidak diingini. :-)
Keterangan lanjut mengenai produk dan pembelian boleh layari:-
https://www.instagram.com/mylea_hq/No telefon: 09-6222450
Rozita Che Wan Kini DIlantik Menjadi Duta Jenama Mylea
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 08, 2021
Rating:
Wahh Che Ta jadi duta pula ye. Hebat brand ni
ReplyDeleteCongratulations to her appointment as the brand representative of Mylea. It is good to know that her career is still progressing even though she has already settled down.
ReplyDeletetahniah che ta. sesuai la che ta ni dah la cantik bertambah cantik dengan mylea
ReplyDeleteWow!!!!!!!! Che Ta!!!!!!!! Masih bergetah lagi dia walopun dah masuk angka ke-5. X heran lah kenapa dia dipilih menjadi duta product kecantikan dan kesihatan. Hehehe.
ReplyDeleteBest kann ... semoga mylea terus majuu
ReplyDeleteWahh ! Che'ta tuh jadi duta..anyway, Mylea Freckles Serum tu macam menarik pulak ye.
ReplyDeleteTahniah CheTa jadi duta produk Mylea. Makin cantik la CheTa lepas ni ☺️
ReplyDeleteBanyak juga produk mylea ni erk.. Tahniah cikta dilantik sebgaai duta.. Lawa haishh.. Kalau berkrsan dekat mak sendiri memang elokla lantik jadi duta
ReplyDeleteTahniah buat che ta. Pemilihan duta yang sangat sesuai. Moga mylea terus sukses pada masa depan.
ReplyDeleteCongratulations! Although Jenny tak pandai semua ni, but worth trying out & see what is nice!
ReplyDeleteit's a great move having her as the brand ambassador. perfect fit!
ReplyDeleteSaya kagum betul dgn Che Ta. Dari dulu sampai sekarang tak dimakan usia. Memang sesuai beliau jadi duta produk ni.
ReplyDeleteWalaupun produk brand ni baru lagi less than 1 decade tapi produk ni nampak sangat berjaya kan.. lagi2 dapat lantik CheTa as ambassador.. semoga terus sukses buat brand Mylea ni..
ReplyDeleteBaru first time dengar brand ni tapi tengok cheta yang jadi duta mesti best produk ni nanti kita tengok lebih lanjut mana tau berminat nak beli hihi
ReplyDeleteSapa tak kenal che ta kannn? Masih anggun cantik bergaya awet muda. Produk Mylea banyak juga yaaa... Nak usha yang best best laaa
ReplyDeleteLama gile bertapak biz dia. now CheTa jadi duta, lagi meriahlah kann.. tapi jarang Sis nampak produknya, maybe ada certain tempat yang jual agaknya.. ke dia jual online aje ek?
ReplyDeletewahh!! Puan Rozita Che Wan has been around for quite sometime good to see them doing well.
ReplyDeletecongratulation to Che Ta for being appointed as the brand ambassador. she is so pretty!
ReplyDelete