Alahan Teruk : Muka, Bibir dan Badan Bengkak
Sebenarnya dah lima hari aku ada masalah badan naik macam bengkak-bengkak. Nampak badan kena gegata pun ya jugak. Serius! gatal teruk seluruh badan. Masalahnya lepas menggaru badan jadi pedih. Sebenarnya memang menahan diri dari menggaru tapi dia punya gatal tuu.. Aduh! memang tak boleh nak control.
Bayangkan menggaru sampai meninggalkan kesan luka di atas badan. Gatal tu satu hal, bengkak juga menjadi masalah juga. Ada satu masa tu, kedua belah tangan membengkak. Kira nak genggam pun tak boleh. Terlalu gatal, sampai cincin dekat jari kena buka. Kebetulan jari pun membengkak jadi rasa macam pakai cincin kecil sebab rasa sendat.
Apa itu ALAHAN?
Alahan adalah tahap sensitif teruk terhadap bahan asing (dikenali sebagai alergen) yang menyebabkan sistem pertahanan tubuh bertindak balas secara melampau bagi melindungi diri anda.
Biasanya, sistem imun hanya akan bertindak balas ke atas bahan yang boleh mengancam kesihatan seperti bakteria daripada menyerang tubuh.
Bagaiaman ALAHAN berlaku?
Alahan juga boleh disebabkan oleh sistem imun yang bercelaru sejak dalam kandungan. Sebenarnya ada banyak jenis alahan, ada yang sampai boleh menyebabkan kita rasa sesak nafas.
Namun untuk alahan biasa, kesannya antara seperti ruam, bengkak, sakit kepala, bersin, selsema, loya dan cirit-birit.
Antara punca alahan biasa berlaku disebabkan oleh:-
Antara punca alahan biasa berlaku disebabkan oleh:-
- Tumbuh-tumbuhan
- Makanan
- Ubat-ubatan
Rawatan kepada ALAHAN?
Biasanya doktor akan bekalkan ubat berhentikan bengkak dan tahan gatal. Untuk gatal di badan, ubat yang selalu disyorkan adalah calamine losyen (ini biasanya digunakan oleh mereka yang menghidapi demam campak).
Mujurlah saya hanya mengalami alahan biasa. Mungkin disebabkan habuk/debu sebab mengemas rumah di bahagian stor baru-baru ini. Kesannya lepas mengambil ubat tahan bengkak dan gatal di klinik, masalah alahan yang dialami semakin kurang. Tetapi masalahnya setiap kali lepas makan ubat memang mata menjadi sangat mengantuk.
Bertabahlah...
Alahan Teruk : Muka, Bibir dan Badan Bengkak
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 04, 2021
Rating:
haha...kan..ubat alahan memang buatkan mengantuk... saya takde alahan apa2...tp anak anak selalu kena gegata
ReplyDeleteSaya satu family ni memang jenis alah. Debu, sabun, mandi, ubat, nyamuk, semua lah. Kalau tak kena terus react. Dah biasa dengan alahan. Sebab tu kitorang makan coconut oil untuk boost sistem imun. Sayur segar pun ambil juga
ReplyDeletei always get skin allergy too, i dont even know how i get it or where ive gotten it from. need to try out treatments like you did!
ReplyDeleteSaya pernah kena alahan lepas pergi bercuti di Tioman. Sejak balik dari situ, hari2 kulit jadi bengkak2 selepas makan. Lama jugak la, dlm bbrp minggu saya tahan. Pergi klinik, doktor suruh ambik antihistamine secara berkala. Baru la baik.
ReplyDeleteMaybe darah kot sis. Kalau I, sampai kena cucuk kot hahaha
ReplyDeleteBengkak muka dan badan sebab seafood hehehe
Allahu... Faham sangat perit seksa nya bila kena gatal-gatal, bengkak gitu. Ubat dia memang mengantuk sebab nak kita kurangkan menggaru. Kurang garu, kurang stress nanti cepat baik. Take care ayu
ReplyDeleteSalah makan kot Ayu.. tapi kalau makan ubat semua tak jalan, better pi check darah, takut lain pulak nanti jadinya... moga cepat sembuh Ayu..
ReplyDeleteSaya masih ingat masa kena alahan gatal-gatal badan selepas kena gigit serangga. tak sangka boleh efek kepada seluruh badan. Kemudian alahan bengkak bibir. adoiii dapat ubat tu memang kena tidur. sebab kita akan sibuk usik tempat gatal tu. hahaha.
ReplyDeleteAlahan ni boleh bawa maut kalau tak bertindak dgn cepat. Kalau alah habuk tu oklah lagi. Tapi masih perlu jumpa doktor untuk ambil ubat. Apapun alhamdulillah dah okay.
ReplyDeleteSaua pernah alah yg teruk masa sek dulu.. Duk hostel jauh dr mak ayah...sedih sgt.. Bila teruk sgt jd mak kena amik dekat hostel n balik.. Bila kerap jdi.. Last3 doctor suggestkn sruh amik injection.. Lpas tu da ok dah
ReplyDeletebab alahan nie, alhamdulillah lah badan xde beri alahan apa2. kadang kesian org yg ada alahan nie, banyak benda kena pantang. silap makan, habislah
ReplyDeletePakai face mask semasa nak kemas rumah tau, kurang alahan dengan habuk. Jika face mask dah basah, tukar je yang baru punya yang dalam keadaan bersih dan kering tau. Harap2 membantu ya.
ReplyDelete