Body Wash Lucky King Wood Diformulasi Dari Kayu Raja Yang Kaya Dengan Manfaat Semulajadi
Body Wash Lucky King Wood Diformulasi Dari Kayu Raja Yang Kaya Dengan Manfaat Semulajadi- Body Wash Lucky King Wood merupakan produk mandian keluaran Bare Miracle Sdn Bhd yang telah mula dipasarkan sejak 3 tahun lepas lagi. Ianya adalah salah satu produk di bawah Bare Miracle Collection by Edutify. Apa yang menarik produk ini diformulasikan daripada sumber semulajadi iaitu Kayu Raja (Agathis borneensis Warb) sebagai bahan utama, Kayu Kemuning, tumbuhan dan herba organik.
Gambar dari Google
Ini adalah pokok Kayu Raja. Pokok ini kebanyakannya ditemui di negari Sarawak, kawasan Borneo dan Sumatera. Ianya digelar sebagai raja segala kayu, mempunyai khasiat dan manfaatnya yang tersendiri. Disebabkan kehebatannya tiada tumbuhan lain yang mampu tumbuh di sekeliling pokok ini.
Gambar dari Google
Jika kita suluhkan cahaya kepada Kayu Raja, cahaya merah akan muncul.
Kaya Raja dikatakan banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Ianya dapat membantu mengatasi masalah sakit kepala, sakit sendi, melancarkan peredaran darah, demam, diabetis, darah tinggi dan cirit birit. Kayu Raja juga bagus untuk kegunaan luaran dan mempunyai manfaat seperti mencantikkan kulit. Contohnya jika dapat mengalami luka atau digigit serangga boleh balut bersama dengan serbuk kayu raja. Selain itu Kayu Raja juga dapat memberi kekuatan dalaman. Ada sumber yang menyatakan orang asli suka membawa Kayu Raja jika mereka masuk hutan bagi mengelakkan serangan haiwan dan juga sihir atau benda-benda halus.
Untuk pembelian dan lebih infomasi mengenai produk, boleh layari:-
Teksturnya seperti cecair agak likat dan jernih. Ianya tidak mempunyai bau. Untuk menghasilkan Body Wash Lucky King Wood sememangnya melalui pelbagai prosedur yang sangat terperinci. Bayangkan daripada kayu, menjadi serbuk seterusnya diformulasi menjadi salah satu produk penjagaan diri.
Body Wash Lucky King Wood boleh digunakan dalam dua cara mandian. Samada melalui Dry Clean (cucian kering) ataupun Normal Wash (mandian biasa)
Dry Clean -Hanya letakkan amaun Body Wash Lucky King Wood yang dikehendaki di atas kain basah atau span. Seterusnya gosokkan ke seluruh badan. Semua manfaat dan kebaikan akan serap terus ke dalam badan
Normal Wash- Gunakan Body Wash Lucky King Wood sebagai gel mandian seperti biasa. Sapu dan bersihkan badan seperti biasa. Biarkan seketika. Seterusnya bilas sahaja dengan air.
Review Dari Saya Sebagai Pengguna
Saya telah menggunakan produk Body Wash Lucky King Wood beberapa kali. Memang rasa kulit lembut dan lebih selesa. Biasanya kalau kita menggunakan gel mandian biasa, kita memerlukan pembilasan banyak kali untuk menghilangkan rasa melekit. Tetapi dengan Body Wash Lucky King Wood kita tidak akan rasa melekit. Untuk mandian biasa, hanya bila sekali sahaja.
Kulit badan juga rasa lebih licin dan lembut. Produk Body Wash Lucky King Wood ini juga sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari 3 tahun dan ke atas. Sangat disyorkan terutama bagi mereka yang sering mengalami masalah sendi atau lenguh-lenguh badan sebab ianya sangat membantu peredaran darah.
Laman web: https://shop.edutify.co/
Boleh buat pembelian di https://shop.edutify.co/ayu
* Jangan lupa masukkan KOD AYU0247 untuk diskaun sebanyak 10% (tawaran sehingga 18.2.2021)
Body Wash Lucky King Wood Diformulasi Dari Kayu Raja Yang Kaya Dengan Manfaat Semulajadi
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 11, 2021
Rating:
baru tahu tentang manfaat kayu raja ni.banyak manfaat yer. thanks sharing diskaun code ayu, boleh la try nnt
ReplyDeleteDidn't know that there are so many benefits of this unique kaya raja. This is actually my first time hearing this. Thanks for sharing.
ReplyDeleteWaaa di buat sabun ke? Sis tau bagusnya King Wood ni tau, ada yang buat untuk ubatan.. tak tau plak dah ada untuk sabun mandi.. nak cari laaaa
ReplyDeleteWah! Pertama kali baca tentang manfaat kayu raja... bagus juga ya apabila ia dah dikomersialkan dengan penghasilan sabun ini... makin mudah untuk kita mendapatkan khasiatnya...
ReplyDeleteBaru tau ada produk dari poko kayu raja. Banyak manfaat juga ye. Boleh mandi dua cara tu..menarik
ReplyDeleteSaya ada raja kayu tu, ada org bagi sebagai buah tangan. Tapi body wash ni baru first time saya dengar.
ReplyDeleteEh. I pun baru tahu pasal kayu raja nie. Mesti lama dan panjang proses menjadikannya mandian kan. And siap boleh dry clean dan normal wash tu.
ReplyDeletei love a good product that is made using natural, loving ingredients. need to try this out soon!
ReplyDeleteFirst time dengar orang buat jadi mandian. Macam-macam kegunaan rupanya kayu raja nih. Boleh dicuba juga nanti, terima kasih sharing.
ReplyDeleteEmi first time ni tahu tentang kewujudan pokok kayu raja. Menarik jugak ni. Pokok2 macam ni memang biasanya ada banyak khasiat & manfaat.
ReplyDeleteBaru jer tau tentang kayu raja ni, nanti nak check out about this Body Wash Lucky King Wood juga.
ReplyDeleteTeruja nak cuba sebab bagus untuk peredaran darah. Faktor usia ni kekadang badan rasa lenguh jer..
ReplyDeleteKalau dari produk semulajadi alam ni memang kita percaya bagus dan juga berkualiti hehehe kita nak cuba juga tapi nampak macam kecil jer botol tu kita kalau mandi cepat sangat habis body wash ni hehehehe mesti wangikan..
ReplyDeleteBaru tau pasal kayu raja ni.. Mesti bau best ni.. Kita suka bau2 kayuan ni❤️
ReplyDeleteTak pernah tahu pun pasal kayu raja ni. ini baru pertama kali. terimakasih untuk entry bermanfaat ini :)
ReplyDelete