Kesilapan Dalam Berkomunikasi Berbahasa Inggeris | Tak Perlu Malu Tapi Perlu Perbaiki
Kebelakangan hari ini memang panas tentang isu kesilapan dalam melontarkan perkataan Bahasa Inggeris. Daripada personaliti pembaca berita, cikgu sehinggalah menteri sendiri. Persoalannya, adakah satu kesalahan yang teruk jika kita silap dalam menyebut perkataan yang bukannya bahasa ibunda sendiri.
Andaipun adakala dalam bahasa ibunda, kita ada lakukan kesilapan dalam menyebut. Adakah ianya satu kesalahan untuk bahasa yang kedua seperti Bahasa Inggeris.
Yerp. Ianya memang salah tapi bukan kesilapan yang besar. Boleh diperbaiki dan jangan malu untuk memperbetulkan semula. Cuma apabila ada yang memperbetulkan dengan cara menghanjing (ketawakan) itu adalah tidak ada adab.
Saya masih ingat lagi dengan bekas Rektor UIA Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan dalam satu ucapannya tentang isu Bahasa Inggeris. Beliau memang menekankan tentang cara berbahasa yang betul. Belajar menyebut dengan betul. Biarpun kita ada gaya dialek masing-masing tapi sebutan kena betul. Jika kita tahu ada silap. Kita perlu perbaiki.
Sama seperti isu, bila kita mendengar gaya Mariam influencer dari DurianKimchi yang melontarkan Bahasa Melayu adakalanya menjadi bahan lawak dikalangan masyarakat kita. Memang kelakar. Namun saya ada baca beberapa komen tentang perkara yang menjadi lawak itu. Salah satu komen yang saya masih ingat. "Memang bila Mariam bercakap Bahasa Melayu, kita semua akan gelakkan dia. Tapi tidakkah korang perasaan yang korang sebenarnya sedang gelakkan bahasa ibunda sendiri. Suami Mariam perlu mengambil peranan dalam memperbetulkan sebutan isterinya. Tapi memang ambil masa. Kita faham tentang itu".
Ada poin juga apa yang dikomen. Betul tak?
Saya nak kongsikan lagi satu kisah tentang seorang pelajar saya semasa di UIA. Foreigner, pelajar lelaki dari Myanmar. Cerita beliau masa mula-mula sampai UIA Malaysia, beliau sangat struggle untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Sebab beliau memang lemah dalam berbahasa. Tapi yang memotivasikan beliau adalah diri sendiri untuk terus berani untuk berkomunikasi menggunakan kedua bahasa itu. Walaupun salah penggunaan perkataan, tatabahasa berterabur, sebutan pelik tapi dia cuba berbahasa. Sebab bagi beliau sendiri, tak perlu malu jika silap dalam lontaran menyebut. Ianya bukannya bahasa ibunda negara asal beliau, iaitu Myanmar. Tapi kita perlu berani dan belajar perbaiki. Alasannya kenapa perlu lakukan kesilapan berkali-kali jika memang kita tahu ianya salah.
Ketawakan orang sebab salah gaya berbahasa, berterabur tatabahasa?
Satu jer nak cakap untuk orang spesis macam ini. Ambil cermin. Tengok muka sendiri. Adakah anda betul-betul bagus dalam kehidupan yang anda lalui.
Saya tidak marah bagi mereka yang ingin membantu memperbetulkan kesilapan. Tapi saya agak terkilan orang yang suka merendah-rendahkan orang lain. Sekurangnya orang yang cuba berbahasa selain daripada bahasa ibunda sendiri, mereka berani bertutur dan juga mencuba. Mungkin korang rasa hebat sebab dapat berbahasa Inggeris dengan tatabahasa yang cemerlang. Tapi cuba pula korang bercakap bahasa Arab, bahasa Jepun, mandarin.. Agak-agaknya boleh sama atau tidak dengan gaya dan lontaran bahasa yang betul. Mesti ada silap dan mungkin pelat juga.
Tapi. Kalau kita tahu silap, kita kena belajar dan ubahlah.
Iskh
Kesilapan Dalam Berkomunikasi Berbahasa Inggeris | Tak Perlu Malu Tapi Perlu Perbaiki
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 20, 2021
Rating:
So true......salah pronounce, sala grammar memang boley dibaiki. In fact, wajib pun diperbaiki. Saya pun masih byk nak perbetulkan English and Bahasa melayu saya. Thank for sharing.
ReplyDeleteyang suka ejek dan ketawakan orang berbahasa lain tu macam biadap lah. Kes DJ Hitzfm tu hopefully boleh jadi pengajaran buat semua. Bergurau biar berpada
ReplyDeleteBahasa digunakan untuk berkomunikasi. Dan komunikasi adalah berkenaan tercapainya maksud yang ingin disampaikan - bukannya berkenaan kesalahan bahasa. Even non-verbal communication pun kita boleh faham walaupun gerak badan pelbagai bangsa adalah berlainan, dah kenapa kalau bahasa silap kita kecoh kan?
ReplyDeleteNak menegur dan membetulkan ada caranya. Jika betul caranya ramai yang akan belajar, tapi jika secara tak betul - kan dah memalukan orang lain?
Setuju sangat dengan entry ni , saya suka nak belajar pelbagai bahasa, selain bahasa english saya juga suka belajar bahasa korea dan arab. Memang pernah kena gelak then ada kawan cakap kau cakap tu tak betul , salah ..tak belajar ker ? tapi lepas tu saya tak akan cakap lagi. Tapi bila pergi luar negara sya ok jer cakap bahasa english sebab diorang kat sana pun dua kali lima saya juga tak fluent so tak adalah rasa malu dan rasa bodoh....
ReplyDeleteBetu kak Ayu. Iza setuju dengan akak. Cara kita nak improve bahasa kita dengan cara kita berlatih bercakap walaupun salah. Bila salah ada orang tegur so kita tau. Tapi tergur biarla berpada dan bukan memalukan orang tu.
ReplyDeleteBetul! memang ada species yang selalu look down or laugh at others kalau BI grammar salah, konon lah diri diapandai sangat.
ReplyDeleteBetul sangat.. bab speaking ni Sis memang tak berapa fasih, kadang bila orang cakap omputih, Sis balas bahasa Melayu.. Sis faham orang cakap tapi nak cakap balik tu tak berapa fasih, takut salah sebut.. ingat nak belajar juga laa fasih bahasa englishnya..
ReplyDeleteVery true! yang jenis menganjing tue terlalu over la sepatutnya tegur dengan cara baik dan bukannya memalukan orang itu dengan cara gong gong gong gong dia tue.. kalau dah fasih sangat tue, why not guide orang yang memerlukann guidance kan..
ReplyDeletesebenarnya tak perlu malu sebab english bukan bahasa ibunda. tapi stigma orang melayu ni la buat kita tak confident.
ReplyDeleteBaru semalam tonton video viral tu. Kadang2 sesetengah org bagus dlm writing tp komunikasi lemah. Jadi perlu baiki dan cuba sebab bila practice will make perfect. Apa pun tak baikla rendah2 kan org..
ReplyDeleteBetul. Salah boleh diperbaiki. Belajar dari kesilapan.kalau tak bercakap kita pon tak tau kita ada buat silap
ReplyDeletemasa jadi cikgu dulu, kita selalu cakap dengan students jangan sesekali malu cakap dlm bi. kalau ada yang nak cakap gn kita pun kita suruh speak in english. kalau salah takpe kita ajarkan. mula didik dari bawah, suruh diorang dengar lagu2 english, cari kamus then translate. insyallah lama2 nanti boleh cakap tu
ReplyDeletea little goes a long way. be patient, speak more, and dont shy away from coversations. totally agree with your article :)
ReplyDeleteRasanya kita sebagai rakyat Malaysia tak wajar lemah berbahasa Inggeris, kerana semua rakyat Malaysia yang bersekolah memang diajar bahasa tersebut daripada darjah satu sehingga tingkatan lima. Sebelas tahun tempoh pembelajaran. Kalau tak pandai juga, itu memang terang2an kesilapan diri sendiri yg malas mempraktikkan. Apatah lagi sebagai warga pendidik atau pemimpin. Memang perlu tingkatkan prestasi.
ReplyDeleteBangsa negara ni memang suka gelakkan orang kalau ada salah sikit, bukannya nak tolong memperbaiki. Negara luar, okay je
ReplyDelete