Pelbagai Hidangan Enak dan Menarik dari Chef Lyn's Pastry & Cafe
Pelbagai Hidangan Enak dan Menarik dari Chef Lyn's Pastry & Cafe- Hidangan yang hebat lagi memikat! Itulah yang saya dapat gambarkan ketika menerima pelbagai jenis juadah daripada Chef Lyn's Pastry & Cafe. Apa yang penting hidangan yang disediakan semuanya adalahh 'homemade' dan menggunakan bahan-bahan premium. Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan juga memang sangat berpatutan.
Kenali Pengasas Chef Lyn's Pastry & Cafe
Chef Lyn. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan - Jurusan Sumber Manusia dan berpengalaman luas selama 20 tahun dalam bidang berkaitan.Minat yang mendalam dalam bidang seni kulinari, Chef Lyn tidak menyangka beliau akan meninggalkan dunia pendidikan dan memiliki perniagaan sendiri pada tahun 2020 dengan tertubuhnya Chef Lyn’s Pastry & Cafe.
Pernah berkhidmat sebagai Dekan Fakulti satu masa dulu, tidak hairanlah mengapa beliau begitu mengambil berat serta teliti dalam memastikan setiap hidangan yang disediakan hendaklah menggunakan barang yang berkualiti dan perlu dijual pada harga berpatutan.
Informasi Mengenai Chef Lyn's Pastry & Cafe
Namun tidak dinafikan pembukaan kafe ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana pada tahun yang sama dunia dan Malaysia secara amnya terkesan dari virus Covid -19. Berbekalkan keazaman dan dorongan keluarga, Chef Lyn tetap meneruskan perniagaan yang baru bermula ini. Matlamat Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah memastikan setiap hidangan yang disediakan hendaklah menepati citarasa setiap pelanggan yang mengunjungi kafe beliau. Berdasarkan prinsip tersebut dan berbekalkan pengalaman yang luas, setiap hidangan yang disediakan hendaklah memenuhi SOP yang tersedia.
Kelebihan utama di Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah dalam penyediaan pastri, kek dan masakan barat yang dibuat sendiri dari dapur. Bagi menjaga kualiti, setiap pastri dan kek yang disediakan hendaklah segar dan lembut. Oh ya! Chef Lyn’s Pastry & Cafe sentiasa menerima tempahan untuk keraian pada bila-bila masa sahaja.
Antara pilihan pastri dan kek adalah 40 jenis cream-puff, burnt cheese cake serta biskut-biskut enak yang sesuai untuk sebarang jenis keraian dan perayaan. Boleh lihat sendiri hidangan dari Chef Lyn's Pastry & Cafe di bawah. Dari hidangan berat sehinggalah ringgan semuanyanya nampak menggiurkan :-)
Selain itu juga, Chef Lyn’s Pastry & Cafe juga menerima pelajar untuk penempatan latihan industri sebagai pekerja. Bagi Chef Lyn, walaupun beliau sudah meninggalkan bidang pendidikan tetapi beliau tetap menyumbang ilmu buat mereka yang memerlukan. Setiap pelajaran diajarkan cara pembuatan makanan dan juga menjalankan perniagaan secara amnya.
Visi dan misi Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah untuk menjadi pusat sehenti bagi bidang kulinari
dan perkhidmatan makanan. Selain menyediakan pelbagai jenis makan yang enak, Chef Lyn’s Pastry & Cafe untuk berhasrat untuk menyediakan kelas masakan yang berkaitan serta penempatan pelajar latihan industri.
Review Saya Tentang Hidangan Yang Telah Dicuba Dari Chef Lyn's Pastry & Cafe
https://www.instagram.com/cheflynspastrycafe/
dan perkhidmatan makanan. Selain menyediakan pelbagai jenis makan yang enak, Chef Lyn’s Pastry & Cafe untuk berhasrat untuk menyediakan kelas masakan yang berkaitan serta penempatan pelajar latihan industri.
Review Saya Tentang Hidangan Yang Telah Dicuba Dari Chef Lyn's Pastry & Cafe
Didatangkan dalam pembungkusan yang cantik dengan dekorasi daripada D Red Studio pastinya memberi keseronokan penerima seperti saya. Sememangnya gaya pembungkusan esklusif seperti ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah korporat ataupun buah tangan buat yang tersayang.
Pelbagai hidangan hebat yang telah saya cuba dan pastinya juga telah dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Semuanya memang sedap! Ibarat kita menikmati air tangan bonda sendiri yang rasanya begitu dekat di hati.
Antara hidangan yang saya rasa dan rekomen untuk korang mencuba sama adalah:-
Lamb Pasta
Pasta agak pedas tetapi disebabkan ianya digabungkan bersama hirisan kambing bakar yang lembut dan berjus, menjadikan ianya satu hidangan yang hebat. Serius! Memang sedap dan pastinya memenuhi citarasa masyarakat malaysia yang memang sukakan rasa pedas dalam setiap juadah hidangan makanan mereka.
Biscoff Burnt Cheesecake
Peminat Biscoff pasti tahu kehebatan rasa lepaan lemak-lemak berkacang. Ini pertama kali saya merasai Burnt Cheese Cake yang digabungkan bersama Biscoff. Yerp! Kek ini memang menjadi feveret saya dan anak-anak :-)
Almond London
Tart Nenas
Biskut Almond London dan Tart Nenas antara yang menjadi kegemaran terutama di musim-musim perayaan. Memang sedap kedua biskut ini terutamanya tart nenas.
Saya memang sukakan pastri dari Chef Lyn's Pastry & Cafe. Tekstur rotinya yang cukup lembut dan rasanya yang memang sedap.
Butter Croissant | RM3.00
Apple Strudel | RM5.00
Chicken Curry Puff | RM5.00
Pelbagai pilihan hidangan enak dan menarik dari Chef Lyn's Pastry & Cafe pastinya memikat selera anda! Korang kena cuba sendiri tau. Ke semua hidangan boleh didapati terus dari kafe ataupun dengan cara membuat penempahan daripada kafe itu sendiri. (Boleh WA untuk buat tempahan
https://wa.me/60133500638 ).
Alamat Kafe:
Chef Lyn;s Pastry & Cafe,
Ground Floor,
Unit 23, Block B,
Jalan Gerbang Wawasan 1,
Bangi Gateway, Seksyen 15,
43650, Bandar Baru Bangi.
Untuk keterangan lanjut tentang produk dan cara pembelian boleh layari:-
Pelbagai Hidangan Enak dan Menarik dari Chef Lyn's Pastry & Cafe
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 13, 2021
Rating:
cantik akak dengan tudung pink...saya tak in pulak dengan tudung pink
ReplyDeleteHeheh. Belasah jer azian... Agak2 ada muncung x kelepet ok jer.. tapi akk warna pink shoking mmg x sesuai yg ni cam gelap sikit ok kot
Deletesaya tak makan pasta tp suka kambing. jadi tengok lamb pasta tu auto terliur pula. sedapnya 😋
ReplyDeleteHeheh.. tapi lamb pasta tu mmg sedap :-)
DeleteOh-oh-yummy!!!!!!!!!!!!!! sedap-sedap belaka nampak makanan-makanan, kuih-muih yg Chef Lyn nie jual kat cafe dia. Thank you for sharing.
ReplyDeleteDekat betul nie dengan rumah Rawlins. Tak sampai 5 minit pun dari rumah. Kena pergi nie sebab nak dapatkan dessert dia. Nampak lazat sangat tuh.
ReplyDeleteSuka dengan suasana Cafe dia, nampak comel tapi datangkan nafsu nak makan bila nengok..
ReplyDeleteNi kalau Sis pergi, mau lepak makan sampai lebam, semua nampak sedap..
Cantiknya packaging dia.. macam aquarium and sangat unik.. tak lama lagi should be boleh nak travel ke sana la.. boleh cuba try test juga.. tempting tengok gambar makanan2 yang kak.yu share ni..
ReplyDeleteTahniah Chef Lyn Pastry & Cafe. Walaupun baru beroperasi ngam2 musim pandemik Covid-19, masih bertahan utk melakar kejayaan. Lapar terus tengok semua gambar. Dah la peminat pastry
ReplyDeleteSedapnya semua kak, lagi-lagi meat tu.dahla lama tak makan meat..boleh try ni. dessert dia pun semua nampak sedap.
ReplyDeletePart pastry tu memang mneguji sunggulah kak. Sal memang hantu roti bagai ...hurmm memang kena singgah jugak la ni nanti
ReplyDeleteTerliur tengok makanan dia. Semua nampak sedap. Cafe dia pon cantik dan selesa
ReplyDeletefood created with love by chefs look so much more professional than normal restaurants, and i am sure they taste delicious too. cant wait to try it!
ReplyDeleteMenarik pulak tengok gambar gambar makanan dia. Habis PKP nanti boleh la cuba makan dekat sini :)
ReplyDeleteSaya berkenan betul tgk food presentation dia, especially yg ada salmon on mashed potato tu.
ReplyDeletesyok yer dapat sekotak makanan macam2 air tangan chef hebat ni. sure sedap sangat ni kan?
ReplyDeletethanks for sharing about this cosy cafe, will plan a visit as I love to resume my cafe hopping after MCO release then. cheers,siennylovesdrawing
ReplyDeleteThe pasties look delicious and colourful at the same time. Would want to dine in this awesome plaec once pandemic is over.
ReplyDeleteThanks for sharing this! Look so tempting! Feel like coming!
ReplyDeleteComey style laaa cafe dia! Menu menu nya semua menyelerakan. Presentation superb! Semoga terus maju jaya cafe ini
ReplyDelete