Ruang Tamu Rumah Berpenampilan Baru
Ruang Tamu Rumah Berpenampilan Baru- Akhir tahun lepas saya macam ada memasang impian untuk menukar dekorasi rumah terutama di bahagian ruang tamu dan juga dapur. Namun ketika itu lebih kepada impian semata-mata. Gigih memikirkan cara nak menang voucher Harvey Norman dan IKEA hahahahaha.
Nak kata set sofa lama tu dah buruk. Tidaklah juga. Rasanya 3 seater warna ungu Dedet baru sahaja beli 3 tahun lepas. Cuma mungkin sebab saya banyak menghabiskan masa di rumah. Setiap hari saya akan menyapu, membersihkan rumah, memasak dan lakukan pelbagai tugasan yang sama. Tiba-tiba rasa 'dull' dan saya inginkan kelainan. Kebetulan kerusi ala arm chair tu koyak sikit lagilah membara perasaan nak buat ubahsuai sedikit dekorasi di bahagian ruang tamu.
Tanpa perancangan membeli sebenarnya. Walaupun pernahlah Dedet pelawa saya masuk kedai menjual perabut di seksyen 7 Shah Alam, katanya "Jomlah cuci-cuci mata". Tapi saya malas. Sebab masa tu saya memang rasa bukannya nak beli sekarang. Dipendekkan cerita pada hari Sabtu lepas, pagi-pagi Dedet dan Anaqi dah keluar hantar kereta Anaqi ke bengkel. Memang dah bajet baiki kereta Anaqi tu mesti cecah 2K. Sebab dah lama tak tukar spare part (kereta lama).
Tiba-tiba dalam pukul 10 pagi Dedet telefon. Katanya kereta kena tinggal bengkel dan minta tolong amik dia serta Anaqi di kedai perabut berdekatan bengkel. Kedai perabot ni memang feveret kitaorang. Sebab tauke dia jenis peramah, bayangkan semua katil dan kerusi sebelum ini pun beli dari kedai ini. Lagi satu perabut kedai ini dari kilang sendiri jadi harga murah sikitlah.
Sampai kedai perabut tu, tauke tu dah melambai-lambai saya untuk masuk kedai. Nampak Dedet dan Anaqi kat situ tengah pusing-pusing tengok barang. Dedet apa lagi terus tunjut sofa-sofa yang baru sampai suruh saya pilih. Masa tu saya macam kompius juga. Ni nak survey ke? Atau nak beli terus?
Saya pun pilihlah sofa warna coklat ni. Sebenarnya kalau nak tukar warna lain pun boleh. Dia ada beberapa warna yang boleh pilih. Tapi saya suka warna earth seperti coklat. Anak tengah lasak memang kena pilih warna selamat.
Rasa serba-salah juga. Dedet kata "Takpe, hadiah awak sempena jadi surirumah 2 tahun".
Happy me,
Ruang Tamu Rumah Berpenampilan Baru
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 09, 2021
Rating:
Alhamdulillah terasa berbunga hati bila suami menghargai sebegitukan? Nampak kemas dan selesa deko baru ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah 🙏🙏
Deletebestnya!!! i pun nak beli sofa, nak tambah yg ada sekarang sbb cuma ada 3 seater sofa jer kat ruang tamu, so ingat nak beli satu lg yg 2 seater...cuma tu lah..ongkosnya lom ada hahahha
ReplyDeleteHehehe.. i beli murah-murah jer suzz
Delete