Kedai Bless Menawarkan Pakaian Pre-Loved Bagi Menyokong Projek Komuniti Membantu Mereka Yang Memerlukan
OOTD : Skirt dari Kedai BLESS RM16.90
Hah! Kenalkan Kedai Bless yang ada menawarkan pelbagai jenis pakaian pre-loved (kebanyakannya masih baru dan ada juga yang terpakai). Kedai BLESS, juga dikenali sebagai BLESS Shop, adalah
projek di bawah SIBKL Community Berhad. Ia adalah organisasi yang bukan mencari keuntungan sepenuhnya tetapi juga terlibat dalam menyalurkan kepada komuniti kebajikan yang memerlukan bantuan.
projek di bawah SIBKL Community Berhad. Ia adalah organisasi yang bukan mencari keuntungan sepenuhnya tetapi juga terlibat dalam menyalurkan kepada komuniti kebajikan yang memerlukan bantuan.
Kedai BLESS mempunyai 5 outlet yang menjual barangan pre-loved seperti pakaian, buku. perabot, beg, kasut dan permainan. Antara lokasi Kedai Bless adalah Midvalley Megamall, D’Aman Crimson, Citta Mall, SMCC dan One Utama. Adapun tujuan pengenalan Kedai BLESS adalah untuk memberi peluang kepada komuniti berpendapatan rendah membeli-belah barang berharga rendah tetapi berkualiti.
Rambang mata Yana dan Akid memilih pakaian di Kedai Bless cawangan SMCC
Keuntungan bersih yang diperolehi oleh Kedai Bless juga sebahagiannya akan disalurkan kepada dua kumpulan utama iaitu Myanmar Refugee Children dan Pusat Pemulihan Dadah, Sumbangan kepada Myanmar Refugee Children adalah berbentuk kewangan dengan menyediakan makanan, elaun harian dan bahan pendidikan.
Terdapat 12 pusat pembelajaran kanak-kanak pelarian Myanmar di Lembah Klang iaitu aren Learning Centre, Sunway Mentari Learning Centre, Zomi Learning Centre, Zophei Learning Centre dan pelbagai lagi.
Yara minat betul dengan pakaian dari penyanyi Gangnam Style
Untuk pengetahuan semua BLESS juga bekerjasama dengan Shuang Fu (Dual Blessings) dengan memberikan sekurang-kurangnya satu tan pakaian dan kasut setiap minggu. Manakala sebanyak 10% sumbangan yang diberikan oleh orang ramai tidak dijual bahkan dihantar untuk dikitar semula melalui Shuang Fu.
Pada tahun 2015, Kedai Bless telah bekerjasama dengan GoGet.my untuk mengumpulkan dana hasil dari orang ramai. Selain itu BLESS juga bekerjasama dengan The Edge Media Company pada bulan Disember 2015 untuk mengumpulkan sumbangan dari kakitangannya.
BLESS juga mempunyai kerjasama lama dengan media China tempatan, Sin Chew Jit Poh yang mana pada tahun 2016, Gerakan derma Sin Chew BLESS dapat mengumpulkan sumbangan bernilai 14 tan satu rekod terbaik yang pernah dilakukan.
Rambang Mata Memilih Baju di The Bless
Lama ketika saya dan anak-anak berada di salah satu Kedai Bless untuk memilih pakaian. Memang kebanyakan pakaian yang dijual masih lagi cantik. Seperti baju bunga ini didatangkan bersama set luar, harga sepasang RM36 plus. Memang masih baru dan saya belikan untuk Amani.
Banyak sebenar baju dan seluar yang ada di Kedai BLESS. Disusun mengikut jenis pakaian samada seluar, gaun, kemeja, skirt dan sebagainya. Mudah untuk kita membuat carian pilihan barangan.
Kedai BLESS memang sentiasa mengalukan sumbangan daripada pihak korporat dalam mengumpul dana untuk membantu mereka yang memerlukan.
Boleh follow FB/IG Kedai BLESS untuk lebih informasi:
Kedai Bless Menawarkan Pakaian Pre-Loved Bagi Menyokong Projek Komuniti Membantu Mereka Yang Memerlukan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 29, 2021
Rating:
No comments:
Sharing is caring...