Lulu Hypermarket kini Dibuka di Setia City Mall, Bandar Setia Alam

Lulu Hypermarket kini Dibuka di Setia City Mall, Bandar Setia Alam- Yes! Yes! Teruja betul apabila Lulu Hypermarket & Department Store kini telah dibuka di Setia City Mall, Setia Alam Selangor. Ianya terletak di kawasan kejiranan yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan awam, kedai makan dan parkir kereta yang luas.

Ini adalah Lulu Hypermarket & Department Store yang ketiga dibuka di Malaysia, agak luas (kira-kira 150,000 kaki persegi) dan mempunyai 3 tingkat yang menawarkan pelbagai produk kegunaan harian dan keperluan masyarakat setempat.

Luas dan selesa!

Apa yang menarik bersempena dengan pembukaan Lulu Hypermarket yang ke-3 ini, pelbagai tawaran harga hebat bermula dari 31 March 2021 sehingga 4 April 2021.


Banyak sebenarnya produk yang ditawarkan pada harga istimewa. Antaranya seperti Milo 1kg RM11.95. Maggi (5 pek) RM1.88, Mister Potato RM1.95, Beras Barasmathi harga asal RM60 tetapi untuk harga istimewa selama 4 hari ditawarkan pada harga RM29.00 dan pelbagai lagi.


Untuk barangan promosi memang kita akan lihat ianya disusun teratur dan mudah dilihat oleh pelanggannya. Terletak di laluan utama dari pintu masuk Lulu Hypermarket.


Jika ke bahagian makanan di pasaraya saya memang suka tuju ke sini. Terdapat pelbagai pilihan kegemaran anak-anak seperti nuggets, hotdog dan pelbagai lagi.


Untuk bahagian pastri, roti croissant (fresh from oven), pandan muffin 99 sen, pelbagai jenis Bun 99 setiap satu, butter cake RM1.50, Nasi Ayam Briyani RM3.75 per 250kg, Set Chicken Shawarma dan air tin Coke RM2.99, French Loaf  99 sen dan  Pandan Chiffon RM2.99.


Oh ya! Roti Tortilla, Pita dan Khubus hanyalah RM1.99 sahaja tetapi ianya terhad pada siapa cepat dia dapat (early bird).


Air kegemaran saya hanya RM8.89 sahaja untuk 2 botol, harga promosi bersempena dengan pembukaan Lulu Hypermarket di Setia Alam.


Minuman Sunkist 3 botol, RM8.89 sahaja. Betul-betul murah bukan?


Danish Shredded Mozarella Cheese harga asal RM23.50 per 500g, untuk promosi pembukaan hanya RM12.50 sahaja untuk 500g. Haruslah saya borong sampai 2 bekas untuk memasak pizza di rumah.


Bahagian yang menjual pelbagai jenis pickles, acar buah dan sebagainya. Ada promosi istimewa tau!


Kalau datang ke sini sebelum 4.4.2021, jangan lupa untuk dapatkan ayam. Harga sekilo adalah RM3.99 sahaja. Ikan siakap RM10.99 sekilo, ikan bawal emas RM19.99 sekilo dan juga Indian Buffalo Cube Frozen RM17.99 sekilo. Telur segar saiz C RM5.99 sahaja.


Nak dapatkan sayuran segar. Ahah! Lulu Hypermarket jawapannya. Semua jenis sayuran ada ditawarkan di sini. Harga kobis bunga RM4.49 sekilo, kentang RM1.50 sekilo, jagung 95 sen setongkol, tomato sekilo RM1.89, lobak merah RM1.99 dan timun 99 sen. Murahkan!


Saya juga tidak lepaskan peluang mendapatkan buah-buahan yang dijual pada harga istimewa.


Valencia Orange (Egypt) RM3.99 perkg, epal Fuji RM3.99 perkg dan pelbagai lagi.


Saya juga membeli stok kudapan seperti kacang darijenama Lulu sendiri. Lebih murah!


Selain daripada jenama luar, turut ditawarkan produk dari usahawan sederhana kecil di Malaysia.


Ibu-ibu boleh dapatkan Drypers Drypantz pada harga RM25.90 sahaja. Tawaran ini adalah untuk saiz diaper M60, L48, XL42 dan XXL36.


Sabun Joy 500ml hanya RM3.75 sahaja daripada harga asal RM8.45, manakala Softlan RM4.45, sabun Fab 2.2kg RM8.75, L'Oreal Shampu 330ml/360ml Perapi 325ml/330ml RM8.99 dan Pantene 750ml RM19.99.

Dan terdapat pelbagai lagi produk penjagaan diri yang dijual pada harga promosi yang sangat berbaloi (untuk 5 hari sehingga 4.4.2021).


Peti ais Sharp 2 pintu, 280L RM849 daripada harga asal RM1399. 


Mesin basuh Samsung Top Load 7kg RM549 sahaja. Begitu juga Sharp Microwave Oven 20L RM189 dan Mistral Electric Oven 45L RM229. Ramai juga yang memborong pengisar Phillips yang ditawarkan pada harga RM69 daripada harga asal RM131.



Ingin memiliki televisyen baru  dengan ciri android TV, boleh dapatkan di Lulu Hypermarket Setia Alam bersempena dengan promosi pembukaan. Untuk Sony 65" 4K RM2999 (harga asal RM4299). Untuk jenama Haier 65" Ultra HD RM2400 (harga asal RM3999).


Manakala Samsung 55" Ultra HD Smart TV RM1699 (harga asal RM2399). Phillips 58" Ultra HD berharga RM1799 (harga asal RM2899).



Yerp! Terus diborong sorang satu televisyen bersaiz 55" oleh sahabat yang tebal poketnya Kifly dan Khai. Sebenarnya bila berada di sini, memang ramai yang membeli TV. Ini kerana harga yang ditawarkan bersempena pembukaan Lulu Hypermarket Setia Alam jauh lebih murah berbanding dengan harga yang ada ditawarkan di  pasaran hari ini. Rugi kalau tak rebut peluang!


Nak mencari saree, churidar jangan lupa singgah di bahagian Lulu Celebration. Promosi kali ini untuk Saree Cj SMS harga tawaran sehingga 4.4.2021 adalah RM99 sahaja daripada harga asal RM169.


Manakala churidar ada yang ditawarkan pada harga RM29 dan juga RM119. Banyak pilihan warna dan corak begitu juga dengan material fabrik. Diskaun agak berbaloi bersempena dengan promosi pembukaan Lulu.


Seluar jeans RM59 sahaja! Yerp, memang murah dan berbaloi. Bahagian pakaian kanak-kanak, dewasa lelaki dan perempuan ada pelbagai jenis rekaan dan juga promosi yang berbeza-beza mengikut jenama.






Disebabkan semua jenis bahagian diletakkan pada aras yang sama jadi memudahkan saya untuk mencari dan mendapatkan pakaian buat semua ahli keluarga.


Bahagian kelengkapan rumah terdapat jualan karpet pada harga best buy, cadar jenama Arrya Design yang memberi potongan harga pada setiap saiz cadar yang ditawarkan.


Comelkan 😘 RM10.20 sahaja, potongan lebih daripada 50%.


Hipolo Cabin Hand Trolley RM79 setiap unit (harga asal RM159). Variasi warna beg ada ditawarkan. 



Bahagian kasut juga ada potongan harga sehingga 25% untuk jenama yang terpilih.


Hotwheels beli 2 PERCUMA 1. Harga setiap unit RM9.90.


Jadilah pengguna bijak, jimatnya memang banyak. Terutama membeli ketika ada promosi memang jauh lebih murah harga yang kita boleh dapatkan. Apatah lagi di Lulu Hypermarket ibarat syurga membeli-belah yang menawarkan begitu banyak barangan keperluan harian pada harga berpatutan.


Jangan lupa korang, untuk datang ke Lulu Hypermarket Bandar Setia Alam. Ini kerana untuk tempoh 5 hari bermula dari 31.3.2021 sehingga 4.4.2021 terdapat pelbagai tawaran menarik sempena pembukaan Lulu yang ke-3. Serentak dengan promosi pembukaan terdapat juga tawaran Ahlan Ramadan bersempena dengan kedatangan bulan ramadhan tidak lama lagi (*Promosi Ahlan Ramadan adalah di semua cawangan Lulu Hypermarket di Malaysia).

Psst: Seronok hari ini. Selain daripada dapat membeli-belah dengan beria. Saya juga antara 1000 pelanggan pertama yang berbelanja RM50 ke atas dan berpeluang membawa balik goodies bag esklusif daripada Lulu Hypermarket Bandar Setia Alam.

Untuk info dan keterangan lanjut boleh layari:-


Lulu Hypermarket kini Dibuka di Setia City Mall, Bandar Setia Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 31, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. Berbaloi datang kan, bila ada harga promosi macam nie..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.