Manisnya Syawal 2021 Bersama Bahari Asyek
Harap harap kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Harap pada tuan dan puan
Tidak tuan puan siapa lagi.
Tidak puan kelapa bali
Harap pada tuan dan puan
Tidak tuan puan siapa lagi.
Bahari Asyek sekali lagi mengetengahkan koleksi busana tradisional melayu bagi diperagakan untuk perayaan syawal 2021. Memandangkan dengan situasi pandemik yang sedang berlaku di negara, Bahari Asyek tampil mengetengahkan peragaan dan penampilan fesyen koleksi syawal terbaru dalam norma baru secara santai dan kecil kecilan. Tiada acara dalam dewan, tiada jemputan ramai, tiada acara berkumpulan malah tiada juga aneka persembahan selingan yang memeriahkan acara seperti sebelum ini, demi mematuhi S.O.P.
Namun begitu, peragaan koleksi syawal koleksi BAhari Asyek tetap dijalankan. Biarpun dalam skala kecil, sedikit sentuhan kreativiti diperlukan bagi merealisasikan hasrat meneruskan kesinambungan Bahari Asyek dalam menampilkan busana tradisional bagi tiap kali syawal menjelang.
Peragaan fesyen kali ini dijalankan didalam premis butik BAhari Asyek tanpa sebarang pembuatan
set serta hiasan 'backrop'. Sekadar mengubah susun atur rak dan barangan sedia ada untuk dijadikan latar hiasan yang releven dan sinonim dengan koleksi fesyen yang ditampilkan pada kali ini.
Buat pertama kalinya Bahari Asyek membuat siaran LIVE menggunakan aplikasi Instagram dan
Facebook. Tindakan serampang dua mata sessi peragaan melalui aplikasi ini, Bahari Asyek dapat
mendekatkan peminat dan pengikut Bahari Asyek kepada sessi peragaan, seterusnya mengikuti
aktiviti serta tawaran yang Bahari Asyek sediakan. Peminat yang ingin menyorot dan menikmati
paparan koleksi syawal Bahari Asyek juga boleh menontonnya di saluran Youtube yang akan dimuat
naikkan selepas sessi peragaan selesai.
Koleksi BA pada tahun ini memberi sedikit penumpuan dalam menghasilkan busana yang lebih mampu milik, namun masih tetap mengekalkan mutu fabrik dan kemasannya, berpadanan dengan jurang dan tingkat harga yang ditawarkan.
Peminat dan pengikut BA tak perlu risau akan fabrik yang kami ketengahkan kerana fabrik
busana Bahari Asyek adalah fabrik pilihan BA sendiri yang dipilih serta diimport dari luar negara. Ia
tetap eksklusif dan berlainan dari yang ada dipasaran. Pengikut setia Bahari Asyek telah sedia maklum yang fabrik di sini adalah dicari, dipilih dan diimport sendiri secara terus dari luar negara tanpa melalui orang tengah. Justeru, semua jenis, warna, corak, sulaman fabrik disini lebih dekat dihati dan diterima ramai oleh kaum melayu, sesuai dan bertepatan dengan konsep busana yang bercirikan tradisional melayu. Seiring dan selangkah dengan jenama butik Bahari Asyek itu sendiri yang membawa maksud 'Jatuh Cinta Kepada Warisan Tradisi Bangsa'.
Rekaan dan potongan busana Bahari Asyek ini ada kelainan dan imejnya sendiri meskipun ada yang mengatakan baju baju bahari Asyek ini sama saja dengan yang banyak berada dipasaran. Busana tradisional BA bukan saja untuk keraian syawal, ianya juga sesuai dikenakan untuk sebarang acara keraian, kenduri kendara malah sesuai untuk ke pejabat.
Syawal showcase BA yang bertemakan MANISNYA SYAWAL 2021 ini, menampilkan 15 rekaan
baru selain dari rekaan yang telah sedia ada di butik.
Antara koleksi busana MANISNYA SYAWAL 2021 - BAHARI ASYEK.
8 - Kurung Riau
9 – Kurung Sultana 1
10 – Kurung Achipalago
11- Kurung Kelasi
14 – Kurung Dandea
15 – Kebaya Cik Siti Wan Kembang
Bahari Asyek sedia melayani pembelian / pertanyaan untuk busana dan fabrik di aplikasi dalam talian (On Line) akaun Instagram: bahariasyek.co

1 - Kurung Moden Melati
Kurung moden dgn sentuhan “puff” di pangkal lengan, mengingatkan kembali fesyen era 80an ini yang mana menjadi trend kembali manakala di hujung lengan ada zip untuk menyenangkan pemakai menyinsing lengan untuk berwuduk . Menggunakan fabrik swiss printed cotton yang mana sangat selesa dipakai untuk semua aktiviti harian dan perayaan.
Kurung Kedah yg diolah untuk menberi kelainan dgn bahan printed cotton design
yang unik. Ia juga ada kelainan dengan tampalan fabrik atasan & bawahan.

Kurung Kedah yang diolah untuk menberi kelainan dengan bahan printed cotton dengan kombinasi bungaan dan jalur. Ia juga ada kelainan dengan tampalan fabrik atasan & bawahan.
4 - Kurung Kedah Molek
Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dgn bahan printed cotton dengan corak flora yang sangat molek dipakai bagi semua peringkat umur serta sesuai dipakai ke pelbagai acara dan keraian.
Kurung Kuno kali ini menampilkan kelainan dengan menggunakan fabrik kapas dengan teknik “hand block” dengan warna pastel, semestinya manis menawan kepada yang memakainya. Menepati tema kami kali ini “Manisnya Syawal”
7– Kurung Kuno Perada
Kurung Kuno dengan fabrik kapas dan motif yg unik serta dgn sentuhan perada (gold
dust) yang mana tampak tesendiri dan eksklusif, lain dari yang ada.
dust) yang mana tampak tesendiri dan eksklusif, lain dari yang ada.
8 - Kurung Riau
Menampilkan fabrik cotton silk dengan motif bunga tanjung & melur, kali ini
untuk Kurung Riau, fabrik ini diperkenalkan dengan rekaan sulaman khas yakni; inspirasi dari
bungaan tempatan iaitu melur dan tanjung. Kombinasi cutting dan fabrik maka lahir lah busana tradisi yang nampak klasik dan sangat molek bila dipakai di hari raya nanti.

Kurung polos “cutting oversize” ini dibuat dari fabrik cotton silk, sememangnya sangat versatil dan menjadi pujaan ramai sementelah, ia sangat sesuai dipakai dengan cuaca Malaysia.
10 – Kurung Achipalago
Uniknya kurung ini adalah dari rekaan pesak yang mempunyai 6 pesak kiri dan kanan yang mewakili gugusan kepulauan melayu Nusantara. Menggunakan fabrik linen dengan pelbagai warna , membuatkan ia tampak “flamboyant”.
11- Kurung Kelasi
Ilham untuk kurung kelasi adalah tatkala melihat baju kelasi kapal, yang mana mempunyai kolar yang terlindung dari panas matahari. Masih mengekalkan bahan linen untuk kurung ini dengan ada penambahan labuh baju.
Kurung klasik ini mengimbau kembali zaman persekolahan dahulu, yang mana suka sangat melipat tangan baju kurung, BA hadirkan dengan bahan fabrik semi thai silk untuk tampak mewah dan klasik.
14 – Kurung Dandea
Kurung inspirasi dari baju lelaki Gujerat yang diolah dengan pendekatan kurung melayu. Mengunakan fabrik semi thai silk, kurung ini nampak elegan dan mewah.
15 – Kebaya Cik Siti Wan Kembang
Kebaya CSWK yang sangat sinonim dgn BA ini, menggunakan bahan fabrik voile dengan warna2 pastel. Potongannya pula longgar dan lebih praktikal untuk dipakai kemana saja. Kombinasi ini membuatkan CSWK kami kali ini lebih santai dan selesa.
Semua koleksi yang diketengahkan pada sessi peragaan MANISNYA SYAWAL 2021 ini, akan mula dibuka untuk jualan selepas selesai acara yang dijalankan secara tertutup. Peminat dan pengikut yang mengikuti siaran LIVE BA di IG dan FB yang tidak berpeluang berkunjung ke premis butik Bahari Asyek, boleh saja screenshot baju baju yang dipaparkan seterusnya whatsapp di talian 016- 4819831 untuk pertanyaan dan pembelian.
Semua koleksi yang diketengahkan pada sessi peragaan MANISNYA SYAWAL 2021 ini, akan mula dibuka untuk jualan selepas selesai acara yang dijalankan secara tertutup. Peminat dan pengikut yang mengikuti siaran LIVE BA di IG dan FB yang tidak berpeluang berkunjung ke premis butik Bahari Asyek, boleh saja screenshot baju baju yang dipaparkan seterusnya whatsapp di talian 016- 4819831 untuk pertanyaan dan pembelian.
Bahari Asyek sedia melayani pembelian / pertanyaan untuk busana dan fabrik di aplikasi dalam talian (On Line) akaun Instagram: bahariasyek.co
Burung merpati kepak bersilang
Turun ke bendang memakan padi
Simpan di peti takutkan hilang
Baik disimpan didalam hati.
Turun ke bendang memakan padi
Simpan di peti takutkan hilang
Baik disimpan didalam hati.
Manisnya Syawal 2021 Bersama Bahari Asyek
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 20, 2021
Rating:
Kurung Kelasi tu cantik la Ayu,terbekenan plak...
ReplyDeleteCabtikkannn
Deletewalaupun moden tapi masih lagi kekalkan jati diri Melayu tu, kalau tak selalu moden je
ReplyDeletebetul tu sally
DeleteBest la tengok baju Raya for ladies out there.. macam2 design dan sangat cantik pulak tue.. :)
ReplyDelete