Menikmati Hidangan Udang Galah Istimewa Di D’Empangan Udang Galah Putrajaya

Udang galah yang segar memberi kenikmatan sebenar. Apatah lagi dinikmati bersama hidangan yang menjaid kegemaran seperi mi kari, nasi goreng dan apa sahaja. Antara tempat makan yang korang boleh dapat rasai sendiri keenakan sajian berasaskan udang galah adalah di D'Empangan Udang Galah Precint 5 Putrajaya.


Setiap kali saya ke Putrajaya pastinya saya akan ke D'Empangan Udang Galah. Port menikmati  udang galah segar di bandar Putrajaya. 

Pemandangan waktu siang, lokasi D' Empangan Udang Galah Putrajaya

Pemandangan waktu malam, lokasi D' Empangan Udang Galah Putrajaya

Bandar Putrajaya yang berkeluasan 4,931 hektar ini sememangnya sangat cantik  dengan infrastruktur yang  sistematik, dilatari bangunan yang unik memperson, dikelilingi kehijauan taman dan kebiruan tasik membentuk mercu tanda kebanggaan Malaysia. Selain beberapa lokasi yang menjadi tarikan pelancong seperti Istana Kehakiman, Kompleks Pejabat Perdana Menteri, Masjid Besi, Monument Millenium, Masjid Putra, Morrocan Pavilion dan Taman Botani, Putrajaya juga dikenali sebagai “lubuk” udang galah. 

Yerp! Lubuk udang galah di D'Empangan Udang Galah Putrajaya yang beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 11.30 malam setiap hari.  Selain udang galah, terdapat juga masakan hidupan laut yang lain seperi udang goreng tepung, ikan siakap 3 rasa dan pelbagai lagi.


Pemilik premis, Datin Zurinah Mohd berkata, kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada pengusaha restoran memberi semangat baharu untuknya menghangatkan semula lokasi berkenaan, sekali gus membantu peniaga-peniaga gerai di situ menjana kembali pendapatan yang terjejas. 

Impian saya untuk menjadikan D’Empangan Udang Galah sebagai pusat komersil udang galah. Dalam Putrajaya ini, hanya kita sahaja yang menawarkan makanan beradaskan udang galah.  Jadi selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) banyak perniagaan yang terjejas, sebagai pemilik premis menjadi tanggung jawab saya menaikkan D’Empangan Udang Galah semula. Membawa objektif yang lebih besar, kami mahu menjadikan D’Empagan Udang Galah, sebagai salah satu tarikan pelancongan di Putrajaya.
Menyediakan aneka hidangan berasaskan udang galah, pengunjung berpeluang menikmati
hidangan yang lazat dengan harga berpatutan, sambil menyaksikan panorama indah Tasik Putrajaya terutamanya di waktu malam. 

Harga masakan setiap hidangan udang galah adalah bergantung kepada harga pasaran. Antara hidangan udang galah yang ditawarkan seperti:-

Mi Kari Udang Galah

Udang Galah Masak Masam Manis

Nasi Goreng Udang Galah

Bukan itu sahaja, D’Empangan Udang Galah juga satu-satunya lokasi di Putrajaya yang berkonsepkan makan sambil berhibur. Dimana pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan hiburan dari  artis residen tetap antaranya Hail Amir, Razis Ismail, Shidee dan Isma AF.

Isma AF dan Hail Amir

Hail Amir

Shidee
Namun begitu persembahan hiburan adalah untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Tidak terbatas pada hidangan berasaskan udang galah, D’Empangan juga menyediakan hampir sembilan buah gerai kecil ala kiosk dengan masing-masing menjual aneka menu yang tidak menghampakan selera anda.

Laksa

Popiah Basah

Sate

Pengunjung juga boleh mencuba hidangan seperti Char Kue Tiaw, Yong Tau Foo, Roti John, Nasi Arab, Nasi Lemak Pandan, Nasi Dagang, makanan barat serta gorengan seperti pisang, ubi, baby crab atau colek ala rojak.

Bagi mereka yang ingin membasahkan tekak dan sukakan pemanis mulut, boleh cuba sendiri hidangan di  gerai manisan dan ais krim Sangkaya dengan pelbagai pilihan perisa menarik.

Bersama rakan media yang turut hadir memeriahkan acara di D'Empangan Udang Galah Putrajaya. Turut didalam gambar adalah Datin Zurinah Mohd, pemilik premis.

Lokasi D'Empangan Udang Galah juga sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk sebarang acara majlis seperti majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, majlis makan malam, pelancaran produk dan pelbagai lagi. Fasiliti seperti tandas memang ada disediakan. Apatah lagi ruang parkir memang sangat luas dan boleh menampung banyak kenderaan pelanggan yang berkunjung ke sini.

D'Empangan Udang Galah juga bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan pelbagai pakej istimewa.  Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut  mengenai D'Empangan Udang Galah, boleh hubungi Encik Zul di 012-2704304.

Sosial media:

Menikmati Hidangan Udang Galah Istimewa Di D’Empangan Udang Galah Putrajaya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 09, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Dah pernah makan kat sini tapi masa tu tak semeriah macam ni ada persembahan. Lokasi ni sebenarnya sangat cantik. Permandangan sangat indah waktu malam. I nak pi la kalau dah boleh ke sini. Nak makan udang galah. Nampak menyelerakan la you.

    ReplyDelete
  2. Aduhai udang galah sahaja ker menunya ? saya ni elergik dengan seafood tapi kadang belasah jer makan , gatal2 tolak tepi yang penting makan. Nanti nak cubalah jugak makan menu udang galah masak masam manis , betul2 nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. alaaa kalau tau aritu pergi juga! dah lah kita suka udang. lepas ni kalau ke sna nak makan puas-puas. ada pakej family tak sis/

    ReplyDelete
  4. Ala sedapnya udang galahhh. Buat sis Bella terliur la. Ada rezki nak try la menu kat sini.

    ReplyDelete
  5. Fuhhh sedapnya nasi goreng udang galah

    ReplyDelete
  6. Kalau di beri pilihan, nak mee kari udang galah.. aduh lama tak makan udang galah.. nak kena pi Pontian ni.. santai betul tempatnya tu..

    ReplyDelete
  7. terbaiklah menu berasaskan udang galah.. kegemaran saya ni.. cuma tak boleh dah makan banyak.. kolestrol..
    bagus tempat ni.. makan sambil berhibur..

    ReplyDelete
  8. Harga dia ok tak kak ayu, tgk udang galah dia menarik pulak besar.. Terliurrr haaa..

    ReplyDelete
  9. Perghh.. Kita memang peminat udang galah. Masak laaa apa pun menu, semua kita suka. Nanti nam ajak Geng makan kat sini laaa

    ReplyDelete
  10. Ayu sampai sana tak hajak pun kita hehehe sedapnya udang galah besar dan menu banyak pilihan hehehe kita pernah makan sana juga suasana malam menarik tepi tasik Putrajaya hehehe ada hiburan artis pulak tu bestnya...

    ReplyDelete
  11. pehh bole tahan besar jugak udang galah tu kan, confirm puas hati makan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.