Noir Melancarkan Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga

“9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan". Sememangnya tidak dinafikan melalui perniagaan kita boleh memperolehi pendapatan yang juga menjadi rezeki bukan untuk diri sendiri bahkan keluarga juga. Wanita hari ini bukan hanya boleh menjaga dan menguruskan rumahtangga bahkan pada masa yang sama mampu bersama-sama membantu suami/keluarga mendapatkan pendapatan sampingan. 

Saya bersama dengan Madammu

Antara perniagaan yang boleh disertai adalah bisnes produk kecantikan Noir. Untuk pengetahuan semua NOIR Health & Beauty Sdn Bhd sebuah syarikat yang telah berjaya mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Noir  merupakan jenama tempatan yang telah bertapak sejak tahun 2017 lagi. Dan kini jenama Noir telahpun berjaya menembusi industri kecantikan di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. 

Formulasi produk Noir adalah daripada tumbuh-tumbuhan. Setiap produk yang dihasilkan sentiasa dipastikan mencapai kualititi yang ditetapkan, ini kerana  Noir sentiasa mehu memberikan yang terbaik buat penggunanya. 

Madammu bersama Tuan Azri (suami yang sentiasa menjadi penasihat beliau dalam bisnes)
Sumber foto: FB Noir

Pengasas MADAMMU Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu, mempunyai minat yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit. Beliau sentiasa bersemangat dan konsisten dalam berkongsi tips kecantikan telah membawanya ke dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan ini. Dalam jangka masa yang berpanjangan, perkongsian gaya hidup dan rutin kecantikan Madammu di media sosial telah mewujudkan fenomena dalam industri kecantikan tempatan. Keterampilan dan pengetahuan Madammu dalam menyampaikan tip-tip tentang kecantikan, terutamanya penjagaan kulit telah memberikan ilham kepada para pengikutnya untuk tampil cantik dengan mengambil kira jenis kulit yang berbeza dan cabaran individu dalam memperoleh kesan yang diinginkan untuk mencapai kulit wajah yang sihat dan berseri. 

Selari dengan kesedaran kecantikan secara alami, Madammu mengambil keputusan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang halal dan premium yang paling ideal untuk setiap wanita. Oleh itu wujudlah Noir. Jika dilihat dari bahasa Perancis Noir bermaksud HITAM dan ini merupakan warna kegemaran Madammu. Namun begitu untuk jenama Noir, warna unggu merupakan warna korporat.

Pencapaian Syarikat Madammu bersungguh-sungguh menerapkan betapa pentingnya memanfaatkan elemen alami dan botanikal yang digabungkan secara alkimia untuk rangkaian produk kecantikan premium halalnya. Hasilnya, syarikat ini berjaya merangkul anugerah "Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik" dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019. Lebih membanggakan lagi, Madammu turut tersenarai sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020. Sekaligus membuktikan bahawa gandingan kerjasama sepasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil. Madammu telah diiktiraf antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka dan dipaparkan dalam majalah Nona penerbitan Januari 2020.

Dengan penglibatan wanita bersama Noir bukan sahaja dapat menaikkan keyakinan diri serta jaminan produk melalui program keusahawanan oleh syarikat, bahkan usahawan jenama Noir juga berpeluang menjana aliran pendapatan tetap mereka sendiri. Memegang pada prinsip sentiasa melangkah ke hadapan tidak hairanlah jenama Noir tetap kekal relevan dan sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada penggunanya.

Noir merupakan penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam "Kategori Kesihatan & Kecantikan. Pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri. Noir juga telah dianugerahkan sebagai The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution” pada Oktober 2020. Satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri. 

Kekuatan Team Noir bermula sejak penubuhan pada 4 tahun yang lepas yang mana Noir telah membantu lebih 15,000 wanita dalam mengubah dan menambah baik kehidupan masing-masing. Begitu ramai di kalangan team Noir yang telah berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka merupakan suri rumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan. Berkat daya usaha mereka sendiri untuk bangkit untuk ubah hidup serta bimbingan daripada pengasas Noir Madammu yang sentiasa memberikan sokongan dan strategi pemasaran Noir yang menyeluruh samada dalam talian mahupun luar talian. Lebih membanggakan Noir juga telah melahirkan beautypreneurs yang berjaya menjana pendapatan antara 5-6 angka secara konsisten setiap bulan. Setelah menyertai Noir, ramai yang telah merealisasikan impian masing-masing dalam membantu keluarga dari kesusahan dan kesempitan, sehingga ada yang mampu memiliki kereta dan rumah idaman. 

Apakah 10 Ribu Wanita Berniaga? 
10 Ribu Wanita Berniaga adalah salah satu program dari Noir untuk membantu wanita untuk lebih yakin dan bertindak lebih berani dalam mengubah taraf kehidupan sedia ada. Konvensyen ini menampilkan pengasas Noir, Madammu yang akan berkongsi perjalanan beliau bermula dengan perniagaan dalam bisnes kecantikan. 

Pelancaran konvensyen yang dihoskan secara bersama Fiza dan Fahrin, sememangnya sangat meriah

Dari Wanita, Kepada Wanita! Seperti mana yang ramai sedia maklum apabila negara kita bahkan seluruh dunia dilanda wabak pandemik, begitu ramai yang terjejas dari segi perjalanan kehidupan seharian. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan, ada keluarga yang terjejas teruk tiada pendapatan dan ada juga yang kehilangan tempat bergantung. Situasi ini telah menyebabkan begitu yang terkesan akibat PKP. 


Noir prihatin dan mengambil berat di atas situasi yang telah berlaku. Melalui pengalaman Noir lepas yang mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda untuk bangkit pastinya Noir dapat membantu kali ini untuk mereka yang mengalami masalah untuk hadapi cabaran dan melalui halangan yang menghimpit mereka. Satu program kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dianjurkan iaitu Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga. 

Konvensyen ini disokong penuh oleh YBhg Datuk Seri Rina Mohd Harun atas objektif program yang selaras dengan tema Hari Wanita 2021 iaitu, “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”.



Konvensyen yang disertai begitu ramai agen Noir secara atas alam maya ini turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga dari penyanyi Hael Hussaini.



Sepanjang acara tersebut Hael menyampaikan dua lagu hits beliau iaitu Hati dan Hajat.

Turut berlangsung di acara kemuncak selain daripada pelancaran Konvensyen 10 Ribu Wanita, majlis penyampaian Anugerah kepada agen dan stokis cemerlang Noir. Penghargaan yang boleh dijadikan inspirasi sekaligus menaikkan semangat berbisnes hebat bersama Noir. (Sumber foto : FB Noir)



Masing-masing mempunyai jalan cerita sendiri. Namun dengan semangat kental kerana ingin mengubah nasib keluarga akhirnya mereka berjaya.


 Kenapa Noir menmperkenalkan 10 Ribu Wanita Berniaga? 

  • MEMBANTU lebih ramai wanita untuk berani berniaga Kejayaan yang TERBUKTI! Noir telah berjaya melahirkan ramai wanita termasuk jutawan di kalangan stokis dan agent. 

  • MEMBERI PELUANG kepada wanita untuk meningkatkan taraf ekonomi secara berniaga Wanita yang inginkan masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Wanita yang inginkan gaya hidup yang diimpikan. #KamiWanitaNoir 

  • MEMBIMBING WANITA menambah dan mencari sumber pendapatan bagi membantu diri dan keluarga Noir bersedia untuk membantu wanita memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik! Kita sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang dan berikan kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak-anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbannya. #KamiWanitaNoir 

  • MEMBERI KESEDARAN kepada wanita, mereka juga mampu berjaya dalam perniagaan Sudah tiba masanya untuk wanita mencorakkan kehidupan sendiri, bak kata pepatah be your own boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah kerana inilah masanya untuk #KamiWanitaNoir 

  • MEMBENTUK WANITA yang mampu membina kerjaya dengan adanya ilmu Dengan ilmu, akan meningkatkan keyakinan diri. Ilmu yang disediakan akan dapat membantu para wanita untuk mula berniaga dengan betul. Noir terdiri daripada team leader yang bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang berniaga dengan Noir. #KamiWanitaNoir 


Matlamat Program 10 Ribu Wanita Berniaga Noir adalah untuk menawarkan tajaan bimbingan perniagaan bernilai RM10 juta untuk 10,000 wanita mula berniaga. Noir mahu membimbing 10,000 wanita untuk mulakan perniagaan tanpa modal dari kosong sehingga capai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.

Melalui kempen ini, Noir akan menawarkan bimbingan perniagaan sehingga RM1,000 seorang untuk 10,000 wanita yang mendaftar sepanjang kempen berlangsung. Selain itu, Noir memperkenalkan Starter Pack, pek permulaan sebagai agen (Noir Entrepreneur) dengan modal hanya RM378, yang terdiri daripada 4 kotak miniset. 

Selain itu, Noir juga mensasarkan matlamat yang tinggi menjelang tahun 2021 untk menghasilkan seramai 10,000 agent (Noir Entrepreneur) yang menjana pendapatan RM10,000 ke atas secara bulanan. Untuk para wanita yang berminat untuk berniaga tanpa modal, Noir menawarkan program keusahawan iaitu Noir Mobile. Ianya adalah sebuah program yang melahirkan dropship Noir. Target Noir untuk tahun 2021 adalah untuk melahirkan seramai 50,000 Noir Mobile dengan pendapatan bulanan konsisten RM1,000 ke atas. 


Apa yang lebih menarik! Bagi mereka yang mendaftar program ini berpeluang memenangi hadiah hebat yang ditawarkan melalui cabutan bertuah. Memang terbaik inisiatif yang dibawakan oleh Noir.

Noir juga buat julung kalinya memperkenalkan Noir Academy yang menyediakan modul keusahawanan untuk mereka yang menyertai team Noir. Secara ringkas, Noir Academy merupakan platform dalam talian terdiri daripada modul keusahawanan yang disesuaikan oleh pihak Noir untuk memenuhi keperluan pengetahuan untuk team Noir, khususnya untuk yang baru mula berniaga.

Keterangan lanjut serta pendaftaran boleh layari:
Noir Melancarkan Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 22, 2021 Rating: 5

19 comments:

  1. Bagi mereka yang berminat untuk berniaga, mulakan langkah pertama dengan Noir ni. Madammu tu berkenan pulak baju dia.

    ReplyDelete
  2. Indeed this is truly a good initiative to help women to be empowered and more importantly give the more confidence and self-belief in changing their life.

    ReplyDelete
  3. Wow.......this is so good! Kudos to all the lady entrepreneurs. I should check out opportunities with Noir too. Thank you for sharing this story.

    ReplyDelete
  4. Seriously, siapa yang minat perniagaan kan, mmg bgus utk ikut program2 sebegini sbb dia boleh membakar semangat utk kita terus maju jaya

    ReplyDelete
  5. Bagusnya program sebegini sebab secara asasnya lebih ramai wanita yang berniaga dan program macam ni dapat support each other dan kembangkan perniagaan

    ReplyDelete
  6. firs time dengar produk ni. bagus juga program yg mereka anjurkan ni disamping menambah pendapatan dapat juga memberi semangat kepada wanita utk berniaga.

    ReplyDelete
  7. Bestnya tengok orang berjaya bantu orang lain untuk berjaya. Moga murah rezeki Madammu sebab tak lokek ilmu dan rezeki kan.

    ReplyDelete
  8. Saya tengok team Noir ni mantap. Ramai yang minat berniaga join dengan Noir mampu menjana income. Semangat madammu tu membuatkan team dia juga bersemangat. Best produk ni sebenarnya.

    ReplyDelete
  9. Ilmu perniagaan ni memang penting untuk wanita, khasnya pada zaman pandemik sekarang ni. Tak boleh la bergantung pada suami je.

    ReplyDelete
  10. inisiatif yang bagus dari noir niat nak bantu wanita lebih berjaya

    ReplyDelete
  11. Program 10 Ribu Wanita Berniaga Noir mmg sgt bagus utk wanita2 yg ingin terus berjaya dlm bidang bisness

    ReplyDelete
  12. bagus ada program macam ni. bangkitkan semangat wanita untuk terus mencapai impian dan berusaha lebih tekun lagi

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Famous kan brand ni. Selalu lalu highway nampak signboard dia

    ReplyDelete
  15. Inilah peluang besar untuk mereka yang nak mulakan perniagaan, jadikan mereka ini idola dan mentor.. nak seribu daya, jika usaha pasti akan ada hasilnya... tahniah buat Noir..

    ReplyDelete
  16. Dalam keadaan dunia sekarang, memang ramai yang memerlukan extra income kan. Dan NOIR nie pun dah dipercayai brand maka senang untuk dia membantu ramai, insyaAllah

    ReplyDelete
  17. Suka quote, "Dari Wanita, Kepada Wanita". Such a great quote ya! Bagus ada brand macam ni yang do their best to raise more usahawan dari kaum wanita (Y) Good job!

    ReplyDelete
  18. Disaat semua sedang struggle, Madammu keluar satu program ingin membantu ramai orang. NOIR juga produk berkualiti tinggi. Sambil berniaga, boleh cantik. Tertarik tengok hadiah tu. Semua warna korporat purple Noir. Ruby suka purple!

    ReplyDelete
  19. Wanita bangkit ...peluang yang bagus untuk wanita menjana pendapatan. First time tahu pasal NOIR terus google nak tahu apa....semoga yang terlibat berjaya ...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.