Pakej Aqiqah dan Qurban Online 2021 dari AqiqahCentre.com

Pakej Aqiqah Qurban Online 2021 dari AqiqahCentre.com- Ibadah Aqiqah merupakan tanggungjawab wali iaitu ibu bapa pada anak mereka. Namun sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia dan belum sempat melaksanakan aqiqah anaknya, maka samada datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut harus bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi yang berkemampuan.

Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.

Di musim pandemik memang akan menyebabkan kita sukar mencari tempat yang boleh kita lakukan aqigah. Apatah lagi dengan pergerakan perjalanan yang perlu dihadkan. Bukan sahaja sukar bahkan kos yang dikenakan juga agak tinggi. Begitu juga dengan tempat pemilihan tempat aqiqah  adakalanya memang tidak sesuai ataupun memenuhi keinginan yang seperti kita mahukan.

4 masalah yang sering dihadapi oleh orang Islam untuk menjalankan ibadah aqiqah

Terdapat 4 masalah atau isu yang sering dihadapi oleh orang Islam secara amnya dalam menjalankan ibadah aqiqah. Antaranya seperti:-
  • Kos yang agak mahal
Kos dan caj yang dikenakan terlalu tinggi dan membebankan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor supplier yang agak tinggi dan juga bergantung kepada lokasi yang dipilih.

  • Kesukaran memilih tempat melaksanakan aqiqah
Berdepan dengan masalah tempat membuat aqiqah yang betul-betul kita percayai. Terutama dari aspek orang yang terlibat, peralatan yang digunakan dan pelbagai lagi.

  • Kekangan masa
Antara masalah utama untuk penjaga bagi mendapatkan tempat aqiqah, keyakinan tempat sembelih dan juga memasak untuk dijamukan hidangan hasil ternakan yang diaqiqahkan.

  • Ibu dan anak mempunyai masalah disebabkan komplikasi dan sebagainya.
Sebenarnya tempoh yang sangat disyorkan untuk melaksanakan ibadah aqiqah adalah selepas 7 hari anak dilahirkan,jika tidak berkelampangan 14 hari kemudiaannya. Begitulah seterusnya. Namun tidak dinafikan adakalanya ibu terpaksa berhadapan dengan masalah komplikasi selepas melahirkan. Begitu juga bayi yang ada juga mengalami masalah jaundice dan sebagainya. Ini menyukarkan untuk ibubapa menguruskan ibadah aqiqah anak mereka.


AqiqahCentre.com membantu dalam menguruskan ibadah aqiqah


Apabila semuanya boleh dilaksanakan hujung jari, pastinya sangat memudahkan urusan. Apa yang menarik segala urusan AqiqahCentre.com seratus peratus (100%) dilaksanakan secara atas talian. Jadi kita tidak perlu keluar dari rumah/premis dan hanya berurusan didepan skrin sahaja.

Selain itu harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan dan mampu milik. Biarpun urusan dilakukan di atas talian, kita dapat melihat sendiri bukti sembelihan yang dilakukan melalui perkongsian video yang akan dipaparkan. Penyembelihan aqiqah ini akan dilakukan di tanah suci mekah dan dagingnya akan diagihkan kepada fakir miskin di sana. Setiap lafaz dan sebutan nama anak sepanjang proses dilakukan akan direkod dan dikongsikan bersama ibubapa yang melaksanakan program aqiqah.


AqiqahCentre telah bermula program sembelihan sejak tahun 2014. Untuk rekod sehingga kini sebanyak 21,000 sembelihan telah dijalankan. Dan ini ternyata AqiqahCentre.com platform yang dipercayai sejak dulu lagi. Boleh lihat sahaja pada respon dan maklum balas peserta sebelumnya di alman web sememangnya ramai yang berpuas hati.


Setiap penyertaan peserta program ibadah aqiqah akan diberikan sijil dalam bentuk ukuran kayu yang sangat unik. Ianya sangat simbolik :-)

Sekarang ini ada promosi pakej aqiqah dan qurban 2021 di AqiqahCentre.com, iaitu RM499 sahaja.
Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut boleh layari  : https://aqiqahcentre.yzza.io/kl84m/
Pakej Aqiqah dan Qurban Online 2021 dari AqiqahCentre.com Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 23, 2021 Rating: 5

14 comments:

  1. Cantik betul sijil ukiran kayu tu. Unik sangat kan?. Sis dah buat akikah anak sis masa dia 3 bulan Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  2. nice sharing..cantik ukiran sijil kayu tu. siapa nak buat aqiqah dengan qurban tak perlu risau lagi.sekarang boleh online je kan

    ReplyDelete
  3. Sekrang nak aqiqah pun dah mudah... seiring dengan peredaran zaman ,Islam tu kan mudah.

    ReplyDelete
  4. Good to know that you can still do your part this Ramadhan online without the need to go out, right? Wow! The wood-carved certificate looks absolutely stunning too if you ask me.

    ReplyDelete
  5. senang dah nak qiqah ke qurban ke, simpan duit je hehe, lebih mudah aqiqah online camni, tak pening nak pikir, bayar je

    ReplyDelete
  6. mudah sangat kalau pusat aqiqah macam ni. Order, lafaz lepastu pihaak dia akan sembelihkan dan sedekah.

    ReplyDelete
  7. Kite pun pernah buat online. Join adik-beradik buat aqiqah dan korban. Skrang mudah kan. Harap urusan kita diberkati.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya sijil ukiran kayu tu! Dulu masa anak-anak Aqiqah, Ruby buat majlis. Zaman sekarang, elok lah buat Aqiqah di lokasi yang boleh kita bantu sesama umat Islam. Belanja pun tak semahal masa buat majlis. Qurban untuk Raya Haji pun saya join yang di Tanah Suci. Semoga amal ibadat kita diberkati. Amin.

    ReplyDelete
  9. Mudah sangat buat aqiqah secara online macam ni. sekarang memang tak sesuai la nak buat, mujur ada online macam ni..

    ReplyDelete
  10. Yup betul tu, servis Aqiqahcentre ni ramai mempercayainya.. Sis sendiri pun ada guna klhidmat dia.. nasiblah sekarang ni mudah kan, janji kita tunaikan tanggungjawab kita..

    ReplyDelete
  11. Menarik ye sijil dia untuk semua peserta walaupun buat online jer.. jarang2 tengok sijil dalam bentuk kayu macam ni (Y)

    ReplyDelete
  12. wowo...bravo for this meaningful initiative, thanks for sharing about it & the word craved cert so unique & nicely prepared. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Senang dah sekarang ni adanya pakej online. Sangat mudah dna membantu kita. Jimat pun ya jugak

    ReplyDelete
  14. Best ada servis yang menyenangkan macam ni. Anak airah nanti pun rasa nak ambil servis diaorang nanti

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.