Rakyat Malaysia Prihatin dan Guardian Malaysia Sumbang Cecair BAsmi Kuman Ke 22 Rumah Kebajikan

Rakyat Malaysia sangat prihatin dan baik hati. Meskipun dibelenggu kekangan Pergerakan Kawalan Pergerakan dan pelbagai cabaran pandemik COVID-19, ribuan orang telah memberikan respon yang baik kepada kempen Guardian Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan untuk kekal selamat melalui sumbangan cecair pembasmi kuman ke rumah-rumah kebajikan.


Sejumlah 9,500 botol termasuk 4,477 botol cecair pembasmi kuman telah didermakan oleh para pelanggan menerusi sebuah kempen Guardian, ke 22 buah rumah-rumah dan organisasi amal.
Kempen yang telah berlangsung beberapa bulan lalu, dimana pelanggan Guardian yang berbelanja sebanyak RM40 dan ke atas telah menerima sebotol cecair pembasmi kuman percuma, yang mereka boleh dermakan ke rumah-rumah atau organisasi kebajikan di beberapa negeri, yang telah dipilih oleh Guardian. Malah, ramai yang telah membeli lebih banyak cecair pembasmi kuman untuk didermakan ke rumah-rumah kebajikan tersebut.


Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara berkata:
Kemurahan hati para pelanggan kami terhadap rakyat Malaysia lain jelas kelihatan dalam
kempen ini. Walaupun ia berlangsung hanya satu minggu, namun respon yang diterima cukup luar biasa. Sokongan yang murni untuk golongan yang memerlukan ini benar-benar menyentuh hati, terutamanya pada masa-masa mencabar ini dimana gelombang ketiga pandemik telah menuntut keselamatan yang lebih tinggi.


Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa kita harus menjadi LEBIH bersungguh-sungguh dan berdisiplin dalam mematuhi semua SOP termasuk memastikan kebersihan diri yang baik. Untuk ini, adalah penting untuk memastikan tangan kita kekal bersih setiap masa jelas Anna lagi.

Selain daripada para pelanggan setia kami, tiada yang lebih rentan daripada golongan yang
kurang bernasib baik, seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah kebajikan. Kempen ini adalah salah satu cara untuk membantu memastikan agar kedua-dua golongan ini mendapat cecair pembasmi kuman yang berkesan untuk membersihkan tangan mereka dan mengekalkan kebersihan.

Rumah-rumah dan organisasi amal, dari seluruh Malaysia, yang telah menerima manfaat daripada kempen ini adalah:

Bukit Harapan, Kota Kinabalu, Sabah.
Calvary Victory Centre – Skudai, Johor
Green Pasture Senior Life, Kuala Lumpur
Hope Place, Kuching, Sarawak
House of Joy, Kuala Lumpur
Lighthouse Children Welfare Home Association, Kuala Lumpur
My Father’s Home, Kuala Lumpur
Persatuan Kebajikan Vinashini, Seremban, Negeri Sembilan.
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Arau, Perlis.
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Ipoh, Perak.
Pusat Jagaan Kanak-kanak WP, Kepong, Kuala Lumpur
Pusat Jagaan Orang Tua dan OKU D’Zenith Homes - Sungai Petani Kedah.
Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah, Kemaman, Terengganu.
Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Tawau, Sabah
Rumah Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Sungai Udang, Melaka.
Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa (Lilbanat) Siti Aminah, Tumpat, Kelantan.
Rumah Puteri Anak Yatim & Fakir Miskin Baitul Husna, Kuantan Pahang.
Rumah Warga Tua, Tawau, Sabah
SHELTER Home for Children, Petaling Jaya, Selangor.
Silver Jubilee Home For The Aged, Pulau Pinang.
The Salvation Army Children's Home, Kuching, Sarawak.
Trinity Community Children Home Society, Kuala Lumpur
Rakyat Malaysia Prihatin dan Guardian Malaysia Sumbang Cecair BAsmi Kuman Ke 22 Rumah Kebajikan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 18, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.