Rasa Viet Menawarkan Pelbagai Hidangan Vietnam Halal
Rasa Viet Menawarkan Pelbagai Hidangan Vietnam Halal- Melihat kepada bangunan yang menampilkan warna terang dan berani ini sememangnya mampu menarik minat terutama pengunjung Sphere Bangsar South. Dekorasi samada di bahagian luar mahupun di bahagian dalam memang sangat cantik. Port yini juga menjadi tarikan untuk mereka yang suka berOOTD.
Inilah Rasa Viet yang menjadi bualan orang ramai tentang kehebatan Chef mereka menyediakan kepelbagaian hidangan Vietnam yang memenuhi citarasa. Apatah lagi ke semua bahan yang digunakan memang halal. Jadi apabila berkesempatan ke sini memang saya tidak melepaskan peluang untuk mencuba makanan Vietnan di sini.
Dekorasi dalaman yang cantik dipandang
Rasanya ada lebih 50 menu hidangan Vietnam yang ditawarkan. Kalau ikutkan hati memang nak cuba semua tapi memandangkan perut hanya satu maka kita cuba hidangan yang sememangnya menjadi feveret setiap kali berkunjung ke Vietnam. Hiks.
Antara menu yang telah dicuba adalah seperti:-
1. Summer Roll2. Fried Roll
3. (DIY) Sizzling Pan Cake
4. Classic Beef Pho
5. Grilled Chicken Vermicelli
6. Caramel Pudding
7. Assorted Fried Fritters
8. (Milk) Drip Coffee
9. Chocolate Smoothies
Summer Roll dan Fried Roll
Fried Roll
Isi didalamnya memang padat. Saya suka keranggupan di bahagian luar. Cicah dengan sos yang disediakan memang sedap :-)
Summer Roll
Kalau korang tak suka yang bergoreng. Boleh cuba Summer Roll. Hidangan ini memang popular di Vietnam. Apa yang menarik di Rasa Viet memang menggunakan bahan-bahan yang segar. Lihat sahaja pada saiz udang yang diletakkan didalamnya memang besar dan puas makan. Uniknya Summer Roll di Rasa Viet dihidangkan besama sos kacang. Agak 'rare' tapi siapa sangka gabungan rasa Summer Roll dan kuah kacang ini sememangnya sangat mantap.
(DIY) Sizzling Pan Cake
Grilled Chicken Vermicelli
Jika korang suka jenis hidangan yang ada campuran mi, dimasak secara kering dengan sedikit percikan rasa pedas dan masam. Korang kena cuba hidangan ini. Apatah lagi sayuran yang didatangkan bersama memang segar dan terasa keranggupannya.
Classic Beef Pho
Sebab itulah rasanya begitu padu. Dinikmati pula bersama kue teow halus dan hirisan daging nipis. Pergh! Memang terbaik.
Penutup hidangan kita kena cuba dengan manisan dan pencuci mulut dari Vietnam yang popular. Antaranya seperti keladi dan keledek goreng. Begitu juga dengan nangka dan durian goreng. Dan gorengan ini bukan menggunakan tepung biasa semata ya. Ianya disaluti breadcombs. Ranggupnya alahai!
Memang puas hati. Terbaik serba-serbi. Dari segi layanan, dekorasi yang cantik, selesa dan paling penting kualiti dari segi rasa memang hebat dan terbaik. Jika dulu kalau kita teringin nak makan hidangan Vietnam autentik, kita perlu merancang untuk mencuba sendiri di negara Vietnam. Namun sekarang dengan hanya berkunjung ke Rasa Viet, kita boleh dapat memenuhi keinginan pada hidanagn lokal Vietnam yang sememangnya sangat unik.
Assorted Fried Fritters
Caramel Pudding
Antara puding karamel yang sedap pernah saya cuba. Lembut dan cair elok didalam mulut. Nikmati ketika sejuk-sejuk memang ohsem.
(Milk) Drip Coffee dan Chocolate Smoothies
Kalau ke Rasa Viet jangan lupa untuk mencuba sendiri Drip Coffee mereka. Boleh dinikmati secara sejuk ataupun panas. Serius! Kopi yang digunakan memang kaw. Puas menikmatinya biarpun hanya secangkir cawan sahaja. Untuk anak saya dia memilih Chocolate Smoothies. Pun sedap katanya. Siap berbisik kalau datang lagi nak order air yang sama, hiks.
Jangan lupa untuk mencuba sendiri ya korang!
RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH
UNIT NO. G-3A, LEVEL GROUND,
THE SPHERE,
59200 KUALA LUMPUR
TEL: 03-2242 1880
Laman Web:
Laman FB:
Laman IG:
Rasa Viet Menawarkan Pelbagai Hidangan Vietnam Halal
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 03, 2021
Rating:
Beef Tho dia nampak menarik..okey kalau terlajak ke area sana boleh singgah
ReplyDeleteterliurnya tengok..nak juga la try makan sana kalau berpeluang nanti..nak summer roll tu..
ReplyDeleteBanyak betul pilihan menu dia ya kak ayu . Ni Kalau Sal pegi tak tentu arah nak order yang mana satu . Nasibla share sini atleast boleh pilih sebelum terjah
ReplyDeletegeram je tengok orang share makan kat rasa vietm tak sabar pkpb nak pi try gak makam sini
ReplyDeleteWah......ramai btul bloggers tulis review sal Rasa Viet. The food looks good, the ambiance looks good. Rindu nak makan Vietnamese spring roll. Thank you for sharing your review.
ReplyDeletememang gambar menu-menu ni berjaya buat saya terliur dan teringin nak cuba. Kalau makanan dari vietnam ni memang sedap kan kak. boleh cuba semua menu ni nanti
ReplyDeletedah dekat dengan office kita! tak tau la kenapa kalau tengok nama viet terus ada tafsiran macam tak halal. tapi bila fikir balik viet tu sebenarnya maksud vietnam baru kita sedar balik. tak pernah lagi makanan dorang nanti nak try lah
ReplyDeleteAduh. That drip coffee memang sangat-sangat aku rindui. Lazatnya menikmati coffee tu dengan rakan-rakan
ReplyDeletewahh boleh buat wrap sendiri dekat sini! Classic Beef Tho tu nampak sedap sangat broth dia. Kalau pergi sini memang nak try menu signature ni
ReplyDeleteMenu vietnam yg penah makan cuma vietnam roll je haha.. Lain2 xpenah pagi tapi nampak sedap2 pula.. Owner dia melayu ke kak
ReplyDeleteSedapnya semuanya tapi Sis suka Beef Pho tu.. masa ada ke Vietnam dulu, ada satu kedai Muslim, kitaorang makan menu tu.. sedap...
ReplyDeleteDrip coffee dia power dan pancake wrap tu sedap and crunchy betul. Serius sedap makanan2 kat rasa viet ni. Duck pho dia pun sedap oii..
ReplyDeleteSedapnya nampak menu2 masakan vietnam ni kak. Tak perlu ke vitenam kan. Kat sini pun boleh rasa
ReplyDeleteSekali cuba restaurant ni susah nak fikir pasal tempat lain untuk makan masakan Vietnamese dah! Setanding makan kat negara asal la Kak Yu.. no joke, i rasa lagi better kot makan kat sini :) macam trip i ke Da Nang couple years back! haha...
ReplyDeleteWahhhhh gambar dia semua bikin terliur ekkkk. Summer roll tu yg kita orang malaysia panggil Vietnamese roll ke? Pekat eh sos dia
ReplyDeleteKalau dari segi makanan, memang Vietnam adalah antara negara favorite saya. Sedap. Dan yg paling penting, kopi tu!
ReplyDeletesedap yer nampak semua makanan kat sini, bagus ada sijil halal, boleh makan sini bila rindu nak travel ke vietnam nanti
ReplyDeletePerghhhh... Terus lapar tengok gambar Ayu tau! Dah lama tak makanan Vietnamese food. Tak dapat travel, dapat pi makan pun dah syok
ReplyDeleteI’ve been surfing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours. It’s pretty worth enough for me. In my opinion, if all webmasters and bloggers made good content as you did, the web will be a lot more useful than ever before. halal bakery price in Singapore
ReplyDelete