"Semarak Rasa Ramadhan" di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Menawarkan Lebih 200 Sajian Tradisi

Rindu pada air tangan bonda tidak kurang juga rindu pada hidangan yang biasa kita nikmati ketika berada di kampung halaman. Nostalgia berbuka puasa menikmati lauk pauk tradisi yang penuh diatas meja pastinya meninggalkan 1001 kenangan. Biarpun sekarang ini musim PKP, menghalang untuk kita merentas negeri bagi tujuan balik ke kampung halaman tetapi kita masih berpeluang untuk merasai sajian citarasa kampung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Untuk tahun 2021 WTCKL telah membawakan tema "Semarak Rasa Ramadhan" yang menghidangkan lebih 200 juadah sajian tradisi melayu.


Bufet Ramadhan WTCKL berlangsung di Aras 2 Ruang Legar Putra yang akan bermula dari 15 April 2021. Apa yang menarik untuk tahun ini, WTCKL akan berkolaborasi bersama dengan Chef Anis Nabilah, chef selebriti yang cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Chef Anis Nabilah akan menampilkan beberapa resepi menarik air tangannya antaranya seperti Murtabak Lasagna, Morroccan Styled Braised Lamb with Dates and Cous Cous serta Rendang Rusuk Lembu.


Tawaran promosi pada harga menarik untuk pembelian terawal (early bird) sebelum 15 April 2021 yang mana harga voucher yang ditawarkan adalah RM70 setiap satu. Dan voucher ini boleh digunakan sehingga akhir bufet Ramadhan iaitu pada 10 Mei 2021.

Selepas 15 April 2021, harga bufet adalah serendah RM80 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak yang berumur dari 7-12 tahun. Warga emas harga bufet hanya RM45 sahaja yang dikenakan. Selain kemudahan surau disediakan, turut diadakan solat maghrib, isyak dan terawih secara berjemaah di Aras 3 WTCKL. Segala kelengkapan seperti telengkung dan sejadah ada disediakan. Oh ya! Untuk parkir caj RM5 (flat rate) dikenakan bermula dari jam 6 petang. Memang murah!

Makan-makan meriah bersama keluarga mahupun rakan rapat

Untuk bufet Ramadhan tahun ini disediakan oleh chef WTCKL yang cukup berpengalaman yang diketuai oleh Eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih yang akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung. Antara menu yang boleh dicuba ketika berada di sini seperti Ikan Kerisi Goreng Sambal Hijau, Kambing Rendang Minang, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Tempoyak Daun Kesom, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Kicap Pedas dengan So Hoon. Terdapat juga bubur lambuk., masakan asam pedas dan juga kambing goreng berempah.

Antara hidangan utama yang bakal mencuri perhatian.

Gulai lemak udang


Kari ayam

Kambing Goreng Berempah yang mesti dicuba!

Ketam bercili

Nasi beriani kambing


Terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan pelbagai hidangan yang menarik. Memang rambang mata hendak memilih.

Gerai Nasi Ayam

Gerai Masak Lemak

Daging salai masak lemak yang memang terbaik!

Gerai Pasta

Gerai Kambing Golek

Craving station yang menyediakan kambing golek setiap hari. Daging kambing dipanggang yang cukup berjus dan lembut ini dihidangkan bersama sos lada hitam dan juga sos cendawan.

Gerai Sup/Lambuk

Gerai Aneka Mee

Gerai minuman

Juga disediakan minuman sejuk dan panas seperti air tebu, air cincau, air barli, air mata kucing, air bandung, kopi tarik dan pelbagai lagi.

Pastinya hidangan seperti ulaman, pelbagai keropok, jeruk-jeruk,  3 jenis ikan masin, 7 jenis sambal dan dressing serta 10 jenis kerabu yang pasti memikat hati selera.

Pelbagai jenis kerabu

Kerabu paru.

Kerabu betik

Terdapat juga kaunter buffet yang menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut  seperti aneka kuih muih tradisi, jeli, bubur manis, 'mousse & pudding' dan pelbagai lagi.

Bread puding. Disediakan juga kastad sos dan strawberi sos.

Pelbagai jenis kek

Buah-buahan


Port yang menjadi kegemaran saya. Hidangan ketupat palas, lemang, pulut kuning, ketupat nasi bersama rendang.

Thank you WTCKL for having me!

Untuk sebarang pembelian dan tempahan voucher Ramadhan WTCKL boleh dibuat di Aras 2 Restoran Riverside yang akan dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Boleh juga hubungi di talian 03-26146701/6702 atau mesej terus ke talian +6019-2678960.

IG: @worldtradecentrekualalumpur
FB: @WorldTradeCentreKualaLumpur

"Semarak Rasa Ramadhan" di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Menawarkan Lebih 200 Sajian Tradisi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 26, 2021 Rating: 5

10 comments:

  1. Sedihnya tak dapat merasa air tangan bonda dah. Bonda pun dah pergi mengadap ilahi. Bagus juga promosi ni kata macam air tangan bonda. Nak kena grab voucher ni kalau nak penjimatan.

    ReplyDelete
  2. Rindu dah nak berbuka puasa di hotel mcm biasa, masakan kpg mmg sedap

    ReplyDelete
  3. Meriahnya buffet Ramadhan kalini. Baru perasa, ni macam first time je Chef Anis Nabilah collab untuk buat special menu berbuka kat hotel kan.

    ReplyDelete
  4. wah.. memang bestlah makanan tu semua.. chef anis anatara chef selebriti yang saya suka.. menu semua nampak sedap..

    ReplyDelete
  5. Kalau banyak gitu menu dengan harga segitu, memang murah berbaloi laaa.. kalau dah boleh merentas memang daku singgah semua yang ko share Ayu hehehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya buka puasa dekat sini. Boleh terus solat terawih. Takdelah kelam kabut makan utk kejar solat terawih. Btw, gulai lemak udang dia tuuuu ermmmm mengancam!!!

    ReplyDelete
  7. Murah kak! Kte x berkesempatan nak gi aritu. Kalo tau akak gi leh tumpang hehe

    ReplyDelete
  8. Oh sekarang memang dah jadi WTCKL eh? Last weekend lalu depan building ni baru gtaw my mom adui... kenapa mereka tak repair "P" tue terjatuh... tengok blog Kak Yu baru taw the reason.. btw, ni bufet Ramadan paling murah so far kan.. sangat berpatutan harga dia..

    ReplyDelete
  9. Makanan dekat sini memang sedap kan. Harga pun ok jugak nih sesuai dengan makanan yang ditawarkan. Time nilah nak pulun makan makanan yang jarang jumpa. Tertarik dengan gerai masak lemak tu , harap2 itik salai masak lemak pun adalah jugak. Peberet tu...

    ReplyDelete
  10. semua juadah menyelerakan! selesa juga tengok tempat WTCKL buat. nanti nak beli lah baucar berbuka puasa tu. gantung kuali!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.