5 Sebab Kenapa Saya Memilih KWC Fashion Wholesale Untuk Berbelanja Bagi Persiapan Raya
5 Sebab Kenapa Saya Memilih KWC Fashion Wholesale Untuk Berbelanja Bagi Persiapan Raya- Sepanjang bulan ramadan ini, selain daripada berpuasa dan berterawih saya juga begitu teruja dalam membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya. Memandangkan ahli keluarga saya agak ramai, anak 7 orang jadi saya perlu menjadi pembeli yang bijak dalam mendapatkan barangan keperluan yang agak banyak terutamanya baju baru untuk digayakan pada hari raya nanti.
Saya memang suka membuat persiapan awal, jadinya saya dan suami telah merancang untuk memilih pusat membeli-belah yang dapat menawarkan pelbagai barangan dan paling penting harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Maklumlah mempunyai ahli keluarga yang besar, kami perlu berbelanja dengan bijak terutama dalam menguruskan kewangan keluarga dengan baik. Pilihan paling tepat untuk berbelanja sebagai persediaan sambutan hari raya adalah di KWC Fashion Wholesale!
Ada 5 Sebab Kenapa Saya Memilih KWC Fashion Wholesale Untuk Berbelanja
Sebenarnya kalau ditanya kepada saya kenapa memilih KWC Fashion Wholesale? Ahah! Memang panjang senarai jawapannya. Ini kerana sejak 3 tahun dahulu apabila mula mengenali pusat membeli belah ini, saya memang akan sentiasa ke sini untuk mencari barangan rumah mahupun persiapan perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Raya Haji. Sebagai konklusi saya sertakan 5 sebab kenapa saya memilih KWC Fashion Wholesale.
#1 KWC Fashion Wholesale Menawarkan Pelbagai Barangan Di Bawah Satu Bumbung
Saya sendiri suka berbelanja di sini setiap kali membuat persiapan raya. Sememangnya di KWC Fashion Wholesale ada pelbagai barangan yang dapat memenuhi keperluan seisi rumah. Daripada pakaian tradisi, kasual untuk dewasa dan kanak-kanak, barangan dekorasi, permainan kanak-kanak, aksesori dan pelbagai lagi. Pendek kata dibawah satu bumbung macam-macam ada.
Pelbagai rekaan baju muslimah ditawarkan.
Baju raya untuk kanak-kanak
Rekaan terkini yang cantik sekali.
Baju batik yang pelbagai corak.
Mencari baju sedondon sangat mudah di sini.
Cantik dan murah. Sepasang blouse ini hanya RM20 sahaja.
Barangan keperluan mengerjakan umrah dan haji
Jom dekorasi rumah
Kasut dan selipar
Cantik!
Beg tangan dan aksesori
Rambang mata :-)
Barangan mainan kanak-kanak
Ada kedai permainan Dr. Diy & Toys yang mana kebanyakan produk ditawarkan di sini hanya RM7.90 sahaja.
#2 Menawarkan Harga Borong
KWC Fashion Wholesale merupakan pusat borong fesyen muslimah terbesar di Malaysia. Pusat membeli-belah yang menawarkan koleksi terbesar ini sering kali menjadi tumpuan pengunjung bukan sahaja di musim perayaan bahkan juga pada hari kebiasaan. Ini kerana barangan yang ditawarkan di sini kita boleh dapatkan pada harga borong yang lebih untung.
Koleksi pakaian lelaki dan perempuan, dijual pada harga borong.
Sepasang RM10, memang murah!
Ditawarkan pelbagai promosi.
RM5 sahaja?? Wow!!
Sesuai dengan tagline "I Love Fashion Pada Harga Borong". Lebih banyak anda beli, lebih banyak jimat yang anda perolehi.
#3 Pelbagai Kemudahan Disediakan Untuk Pengunjung
Terdapat lebih 800 lot dengan 500,000 kaki persegi ruang niaga yang boleh didapati di KWC Fashion Wholesale. Di sini bukan hanya ada kedai jualan semata bahkan kemudahan lain seperti restoran, surau, dewan acara, perbankan dan perkhimatan perniagaan lain turut disediakan.
Kedai makan disediakan di setiap tingkat
Sebanyak 1500 parkir disediakan dengan 12 lif didalam bangunan. Selain itu untuk berlanja dari satu tingkat ke tingkat yang lain kita boleh menggunakan kemudahan eskalator. Oh ya! Setiap tingkat disediakan kedai makan cuma untuk pilihan lebih banyak adalah di Medan Selera KWC yang terletak di tingkat paling atas sekali.
Kemudahan eskalator
#4 Terdapat Akses Kemudahan Pengangkutan Awam
Saya memang jika datang berbelanja akan membawa kenderaan sendiri memandangkan parkir yang disediakan didalam KWC Fashion Wholesale memang sangat banyak. Namun adakalanya jika saya berada di rumah ibu di TTDI, saya suka menggunakan pengangkutan awam. Bak kata orang "less stress" menghadap kesesakan lalu-lintas.
Disebabkan KWC terletak di pinggir Kuala Lumpur, ianya mengambil masa beberapa minit dari kawasan Segitiga Emas di bandar dan hanya 8 minit dari Jalan Tuah dan Pudu LRT. Untuk pengangkutan awam seperti monorail dan LRT, kadar bayaran yang dikenakan memang kurang daripada RM5. Jadi ianya memang jimat.
#5 Promosi Menarik Sempena Dengan Sambutan Perayaan Aidilfitri
Bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya tidak lama lagi, KWC Fashion Wholesale turut menawarkan pelbagai promosi menarik buat pengunjungnya.
Bertemakan Mekar Di Aidilfitri
Mekar di Aidilfitri merupakan tema kempen jualan bersempena dengan persiapan raya tahun ini di KWC Fashion Wholesale yang bermula dari 1 April sehingga 31 Mei 2021. Tema ini membawa elemen batik dan flora yang sememangnya tidak pernah lapuk ditelan zaman. Biarpun beraya didalam norma baru, namun persiapan masih diteruskan. Rata-rata masyarakat tetap teruja untuk mendapatkan pakaian, barangan rumah dn pelbagai lagi yang ser baru.
Apa yang lebih menarik KWC Fashion Wholesale turut memperkenalkan E-Magazine yang membolehkan pengunjung mendapatkan inspirasi gaya raya terkini dari laman sesawang www.kenangacity.com.my.
Bagi memberi keselesaan buat pengunjung yang datang untuk berbelanja bagi persiapan hari raya, masa operasi KWC Fashion Wholesale dari 24 April sehingga 12 Mei 2021 dibuka bermula dari jam 9 pagi sehingga 8 malam.
Selain itu pihak KWC Fashion Wholesale turut menyediakan pelbagai aktiviti sempena dengan kempen 'Mekar Di Aidilfitri'. Antaranya seperti:
Aktiviti Belanja & Tebus
Pengunjung boleh membuat penebusan dan mendapatkan hadiah menarik setelah berbelanja di sini.
- Belanja RM200, boleh tebus Set Pelangi Penyedut Minuman
- Belanja RM400, boleh tebus Bakul Kuih/Pengisar Buahan Mini/Mini Speaker
Peraduan KWC Style Rayaku OOTD
Bila datang ke sini, jangan lupa untuk mengambil gambar OOTD anda. Dan berpeluang baucer tunai yang sememangnya sangat lumayan.
Cara penyertaan:
- Tangkap gambar di KWC Fashion Wholesale.
- Muat naik di facebook dan tag 3 rakan anda.
- Gunakan hashtag #KWCStyleRayaku #KWCFashionWholesale.
- Pastingkan posting/penyertaan anda adalah untuk tatapan umum (public).
Facebook Live : Promosi Raya Sakan!
Sepanjang kempen ini juga turut akan diadakan Facebook Live yang mana bertujuan untuk mempromosikan butik-butik di KWC Fashion Wholesale. Penonton bukan sahaja dapat melihat promosi yang ditawarkan bahkan berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik dari pihak penaja. Antara hadiah yang ditawarkan seperti produk butik dan juga bauncer tunai yang bernilai RM50.
Jangan lupa temujanji untuk sama-sama menyertai FB Live pada tarikh dan masa berikut:-
14-16 April 2021 pada 11 pagi - 4 petang
26-28 April 2021 pada 12 petang - 4 petang
Program CSR "Mekar Di Aidilfitri"
Program ini adalah kolaborasi antara KWC Fashion Wholesale bersama Red One & Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Di mana sebanyak 500 bungkus bubur akan diagihkan kepada orang ramai pada 23 April 2021. Selain itu pada 29 Mei 2021 seramai 10 keluarga asnaf akan ditaja dengan diberikan baucer tunai bernilai RM350 untuk berbelanja sebagai persiapan raya dan juadah berbuka.
Keterangan lanjut boleh layari:
Laman web
Facebook KWC Fashion Wholesale
Instagram @kwcfashionwholesale
Saya dah berbelanja di KWC Fashion Wholesale untuk famili,
Baju sedondon pilihan hati untuk digayakan di Aidilfitri,
Dengan RM200 banyak barang boleh dibeli,
Harga borong rugi kalau korang tak pergi :p
5 Sebab Kenapa Saya Memilih KWC Fashion Wholesale Untuk Berbelanja Bagi Persiapan Raya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 20, 2021
Rating:
KWC ni i tak pernah pergi lagi. Harganya berpatutan. Entah2 yang kita beli kat kedai biasa tu dia ambik stok kat sini lepas tu up harga lagi.
ReplyDeleteBiasanya mmg mcm tu ezz hehehe
Deletewahh bagusnya konsep semua bawah satu bumbung macam ni. Segalanya ada dan tak perlu susah-susah ke banyak tempat nak cari barang kan. boleh suggest ni dalam grup famili ni. hehe. selamat berpuasa ya!
ReplyDeletetak pernah tau kwc fashion ni. senang lah kalau semua ada takyah pi cari tempat lain kan.
ReplyDeletereally enjoyed reading your Raya shopping sharing here, the lovely clothes designs absolutely lovely for a festive wear :D cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteKita siap dah bagitau anak suruh ke sini dulu sebelum balik JB, nak kirim barangs epasang dua kurung.. tengok banyak pilihan yang ada.. adeii kalau Omaknya yang pergi, mau emmborong
ReplyDeleteWah. Dah rasmi dah baju dak yara ye. Comel plak warna tu. Macam nak kena gi lagi nie Ayu oiii
ReplyDeleteKit suka shopping kat sini, memang meriah dengan barang2 yang mereka borong kan.. nak pergi KWC la weekend ni..
ReplyDeletethat's a great selection of raya clothes at super affordable prices!
ReplyDeleteIni dugaan ni kalau masuk sini. haha mau berhabis banyak hehe. benda yang takda dalam list pun beli gak
ReplyDeleteLama betul tak shopping Kat kwc ni. Baju plus size Dia byk tak kak ayu? Raya nnt nk pi Beli la kt sini
ReplyDeleteada zaza
DeleteKenanga ni tmpt fav kot. Klu shopping balik boleh kata 1 lorry kot. hahaha. Bnyk baju cantik2 dan penting murahhh. hehehe. Nk kena serbu ni
ReplyDeleteKita dah beli baju kat KWC memang kita yakin dan juga rasa selesa dengan harga yang sangat murah memang akan datang beli kat sini lagi next time lah hehehe puas hati hari tu beli kat sini banyak pilihan...
ReplyDeleteLepasni tak perlu pergi banyak kedai untuk pilih baju raya. Dekat satu tempat dah ada banyak pilihan macam ni, so takde la penat nak berjalan time bulan puasa kan.
ReplyDelete