Bengkel Memasak Bersama Abang Brian dan Mission Mini Wraps

Bengkel Memasak Bersama Abang Brian dan Mission Mini Wraps- Mission Mini Wraps Perfect For Little Fingers! Yup saya cukup teruja dengan roti tortilla terbaru dari Missions Food yang cukup comel saiznya. Dan apabila berpeluang menyertai Bengkel Memasak Bersama Abang Brian dan Mission Mini Wraps, haruslah tidak saya lepaskan peluang. Apatah lagi dapat membawa sekali Amani untuk sertai sama :-) *My Amani memang suka memasak 😍


Sebelum bengkel memasak bermula, ucapan daripada Mr Constantino Flores (Vice President of Operations, Mission Foods Asia) dengan memperkenalkan 3 produk Mission Foods iaitu Mission Mini Wraps Original, Wholemeal dan juga tomato.

Bengkel ini turut dihadiri 10 pemenang cilik bersama ibu atau bapa masing-masing. Ke semua peserta dipilih berdasarkan gambar monster paling kreatif menerusi peraduan di Facebook dan juga Instagram.

Abang Brian, Chef Selebriti yang cukup dikenali terutama kanak-kanak di Malaysia. Perwatakannya yang cerita dan bersahaja, menjadikan kita lebih selesa untuk belajar memasak bersamanya. Apatah lagi sepanjang tempoh memasak, pelbagai tips yang diberikan sekaligus memberikan kita idea dalam penyediaan hidangan yang hebat buat anak-anak.

Saya dan Amani yang memang dah bersedia untuk belajar satu resepi yang tak pernah kami cuba dari Chef Abang Brian. Ke semua peserta bengkel diberikan setiap satu work station bagi kemudahan dan keselesaan.

Inilah bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan hidangan Catterpillar Chicken Wrap.

Bahan:
2 Mission Tomato Mini Wraps
1. Chicken Breast, minced
1 Garlic Glove, minced
1/2 cup Pumpkin, diced
1/2 cup Lettuce, shredded
1/2 cup Mayonnaise
A squeeze of lemon juice
1tbsp Olive Oil
Salt and Pepper to taste

Decoration:
Tomato 
Seaweed


Abang Chef Brian membuat demo memasak di hadapan peserta bengkel. Ternyata masing-masing begitu teruja hendak mencuba sendiri memasak sepertimana yang telah diajarkan oleh Abang Brian.

Cukup menarik! Setiap kali Abang Brian sebut Mission, kami semua kena berhenti dan tepuk tangan sebanyak dua kali menandakan kami faham dan dengar arahan dari Chef serta tidak boleh membuat apa-apa.

Cara penyediaan sangat mudah:

Mula-mula masukkan Olive Oil. Apabila minyak sudah panas, boleh masukkan isi ayam yang telah dicincang halus.

Apabila ayam sudah masak, masukkan labu yang telah dipotong dadu. Masukkan sedikit air jika perlu. Rasa sedikit, jika labu sudah cukup lembut boleh perasakan bersama lada hitam dan juga garam.

Rehatkan sekejap hidangan di tepi. Apabila tidak terlalu panas, boleh campurkan dengan mayonis dan juga lettuce. Gaul rata.

Sekarang boleh letakkan bahan yang telah digaul - filling (rasa macam hidangan salad) di atas Mission Tomato Mini Wraps.

Letak sedikit sahaja filling tersebut bagi memudahkan untuk kita rol. Potong dalam saiz 1 inchi.

Seterusnya kita akan deko hidangan dengan menggunakan buah tomato.

Buat bentul L bagi membentukkan seperti kaki yang comel.

Tada!! Dah siap! Mata 'caterpillar' ini kita boleh bentukkan dari seaweed.

Terjadilah bento yang comel untuk anak bawa ke sekolah :-)

Terima kasih Abang Brian atas tunjuk ajar yang diberikan. Pertama kali saya mencuba resepi yang menggunakan labu bersama ayam dan salad. Agak menarik bukan sahaja ianya hidangan sihat bahkan rasanya cukup enak. Di tambah pula dengan roti tortilla bersaiz comel dengan rasa tomato yang sedap sememangnya boleh mengenyangkan.

Untuk setiap pek ada 8 roti mini tortilla yang bersaiz 5.75 inchi sahaja memang sesuai untuk saiz tangan kanak-kanak. Just nice!

Semua peserta membawa balik goodies bag yang disediakan istimewa oleh pihak penganjur. Semestinya dengan adanya Mission Mini Wraps membolehkan kita sebagai ibu menjadi lebih kreatif dalam menyediakan hidangan yang sihat dan menarik untuk anak-anak yang tersayang.

Jangan lupa dapatkan Mission Mini Wraps di pasaraya yang berdekatan ya!
Bengkel Memasak Bersama Abang Brian dan Mission Mini Wraps Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 01, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. Amani dah nak tinggi you? Dari tepi i ingat Yana tadi sebab muka ada iras. Ye lah adik beradik kan?. Best event macam ni sebab ada penglibatan ibu dan anak.

    ReplyDelete
  2. Wow masak bersama chef sado abang brian hehehe lama tak jumpa dia wakakaka bestnya masak pun syok jer seronok tengok happy dan sedap mudah lak tu.... Kena cuba ni..

    ReplyDelete
  3. kite kalau nak diet memang makan ni cey! hahahaha sedap dan berkhasiat. choice pun banyak so memang tak rugi!

    ReplyDelete
  4. waaaa bestnya dapat main masak2 dengan chef brian. seronok tengok gelagat kak ayu dgn anak memasak

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.