Bufet Ramadan Bertemakan Citarasa Kampung Menjadi Tarikan Di Okad Event Space Bukit Jelutong Shah Alam
Tahun ini sekali lagi kita berbuka puasa dengan norma baru. Kita perlu mengikut segala prosedur mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Penjarakkan sosial, pemeriksaan suhu badan, mengimbas My Sejahtera, memakai 'mask' dan pelbagai lagi. Namun begitu kemeriahannya tetap terasa terutama di waktu berbuka. Cuma bagi mereka yang sudah biasa merasai hidangan air tangan bonda di kampung pasti merindui terutama di bulan yang mulia ini. Lauk pauk tradisi citarasa kampung yang sememangnya menjadi pilihan dan paling diinginkan. Ini kerana ianya mengimbas kenangan lama sewaktu kecil ketika berbuka puasa.
Salah satu lokasi yang korang boleh rasai juadah hebat citarasa kampung adalah di Bufet Ramadan OKOD Event Space Bukit Jelutong Shah Alam. Sememangnya saya teruja betul bila berada di sini. Melihat sahaja di pintu masuk dewan, dekorasi ala scallop berona putih diserikan dengan bunga-bunga berwarna pastel menaikkan seri dewan seperti berada didalam taman yang indah. Selain daripada dekorasi dewannya yang cantik. Di sini juga disediakan kemudahan surau dan bilik air yang sangat selesa untuk lelaki mahupun perempuan.
Bufet ramadan di Okad Event Space menawarkan lebih kurang 50 juadah hidangan. Uniknya setiap juadah ditampilkan mengikut konsep gerai yang mempunyai nama yang begitu catchy. Antaranya seperti Stall Mak Cik Bawang, Stall Nana Ranggi, Stall Salehaku Sayang dan pelbagai lagi.
Bila berada di sini jangan lupa untuk mencuba signature dish seperti Nasi Serai Cik Bunga, Daging Masak Lemak Cili PADI Cik Bunga dan Lamb Grill .
Ayam Masak Merah
Daging Masak Lemak Cili Padi
Rendang Ayam
Ayam Blackpepper
Ikan Keli Berlado
Ayam Goreng Berempah
Sayur Campur
Sambal dan sayur ulaman
Nasi Goreng
Spaghetti Olio
Bihun goreng
Kue teow goreng
Lamb Grill, Balck Pepper Sauce dan Coleslaw
Unik!
Kuih muih tradisi seperti kuih talam
Onde-onde, popiah sira dan pelbagai lagi.
Pelbagai jenis kek
Bubur
ABC
Minuman sejuk
Minuman panas
Citarasa kampung menjadi tarikan,
Memori lauk berbuka sentiasa dalam ingatan.
Korang boleh dapatkan juga Biskut Raya Bonda Manis di sini. Antaranya seperti tart nenas, Florentine DoubleNuts, Semperit Dahlialicious, Dodol 3 Dara dan Serunding Daging.
Harga Istimewa Pakej Bufet Ramadan
Dewasa : RM65
Kanak-kanak/Warga Emas : RM39
Pakej Famili
- Beli 2 Dewasa PERCUMA 1 Kanak-kanak yang bernilai RM130
- Beli 9 Dewasa PERCUMA 1 Dewasa yang bernilai RM585
Pakej Korporat
- Beli 10 Meja PERCUMA 1 Meja dan DISKAUN 10% untuk pembelian seterusnya.
Google Maps : https://goo.gl/maps/5gYMMZVSmBgUR1SZ9
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi:-
Cik Az - 012-6864515
Pn Majidah - 017-6503436
Pn Hamidah - 012-7350117
#bufetramadan
#ramadanbuffet
#bufetramadanshahalam
#okadeventspaceshahalam
#ramadan2021
Bufet Ramadan Bertemakan Citarasa Kampung Menjadi Tarikan Di Okad Event Space Bukit Jelutong Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 18, 2021
Rating:
No comments:
Sharing is caring...