Garci Pro Gel Membantu Saya Mengatasi Masalah Kebas dan Kekejangan Otot Kaki
Garci Pro Gel Membantu Saya Mengatasi Masalah Kebas dan Kekejangan Otot Kaki- Bulan ramadan sememangnya bulan yang sangat dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Bulan yang mana kita boleh raih sebanyak-banyak pahala menerusi amalan yang dilakukan. Selain daripada berpuasa dan perbanyakkan bersedekah, saya juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solah terawih setiap hari.
Garci Pro Gel juga bagus untuk kita buangkan angin didalam badan. Selepas guna memang akan rasa ingin buang angin (kentut) dan badan akan rasa ringan selepas itu. Untuk saya yang selalu alami kekejangan dan kebas di bahagian betis dan kaki. Memang saya akan gunakan setiap hari 3 kali sehari iaitu di waktu pagi, tengahari dan juga malam sebelum tidur atau bila perlu.
Website : garciprohq.com
IG: garcipromalaysia
FB: Garci Pro Malaysia - AppleFit
Samada solat terawih yang dilakukan di rumah ataupun di masjid berdekatan. Namun begitu, pada hari kedua ramadhan ketika saya berada didalam sujud terakhir sewaktu solat witir. Otot kaki saya terasa kejang dan tidak boleh bergerak. Keadaan ini menyukarkan saya untuk bangun nak menghabiskan solat ketika itu.
Yup! Saya memang sering mengalami kekejangan otot (cramp) atau orang lama memanggilnya sebagai 'simpul biawak'. Ini disebabkan tabiat pemakanan harian saya yang kurang mengambil minuman susu. Jadi saya memang mengalami masalah kurang kalsium didalam badan. Jika dulu ketika kehamilan dari anak pertama sehingga ketujuh saya kerap mengalami masalah ini terutamanya di bahagian betis dan kaki.
Biasanya apabila berlakunya kaki kebas dan kekejangan otot, saya akan mengurut dengan perlahan. Kalau kesakitannya agak kuat adakalanya saya tuam dengan ais batu ataupun dengan kain yang telah direndam sekejap dengan air panas di kawasan yang mengalami masalah kekejangan. Cuma keadaannya tidak praktikal apabila ianya terjadi di luar kawasan rumah seperti di masjid, didalam kereta dan sebagainya.
Apabila saya direkomenkan dengan Graci Pro Gel keluaran syarikat bumiputera MISG Global, saya terus tidak teragak-agak untuk mencubanya sendiri. Apatah lagi setelah saya membaca respons daripada testimoni pengguna produk ini menambah keyakinan untuk mencubanya tanpa rasa was-was. Ini kerana gel ini ternyata sangat berkesan untuk mereka yang menghadapi masalah seperti saya iaitu sering rasa kebas dan kekejangan otot di bahagian kaki.
Produk Garci Pro Gel menggunakan bahan 100% dari alam semulajadi yang selamat dan telah mendapat pengiktirafan daripada pihak KKM. Antara bahan semulajadi didalam formulasi adalah seperti Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil) , Minyak Argan, Daun Pudina, Epal Hijau, Aloe Vera dan Menthol Crystals.
Seperti yang kita maklum Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil) mempunyai banyak manfaat antaranya ianya dapat melancarkan peredaran darah ke salurah darah dan saraf. Selain itu minyak ini mudah meresap ke dalam kulit kerana formulasinya telah dihasilkan menggunakan teknologi nano.
Antara manfaat Garci Pro Gel adalah seperti:-
- Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan
- Melancarkan pengaliran darah dan merawat darah yang tersumbat.
- Melegakan kekejangan otot dan sendi.
- Melegakan urat saraf dan lutut.
- Membantu mengelak risiko strok dan serangan jantung secara mengejut.
- Melegakan rasa selsema dan pening kepala.
- Melegakan sakit senggugut dan perut.
- Membuang angin dalam badan.
Teksturnya seperti krim berwarna putih . Sangat lembut dan ringan. Bila disapu di bahagian yang bermasalah memang kita akan rasa ianya cepat serap dan tidak melekit. Didatangkan dalam bentuk tiub bersaiz kompak memang sangat mudah dan praktikal. Boleh disimpan dalam beg tangan untuk dibawa ke mana sahaja setiap hari.
Cara penggunaannya sangat mudah. Hanya picit sedkit mengikut amaun yang kita perlukan. Sapu rata secara perlahan-lahan di kawasan yang mengalami masalah kejang dan kebas. Urut secara perlahan-lahan.
Produk ini sesuai kegunaan untuk lelaki mahupun perempuan yang memang sering ada masalah kekejangan dan kebas, sakit lutut, tumit, penghidap strok dan lain-lain. Sebenarnya bagi saya sendiri, produk ini boleh digunakan seisi keluarga (kecuali bayi). Anak perempuan saya yang sering mengalami masalah senggugut akan menyapu Garci Pro Gel ini di bahagian perutnya diikuti dengan minum secawan air putih suam. Memang dapat kurangkan kesakitan serta melegakan.
Jika demam atau selsema, selain mengambil ubat yang diarahkan doktor. Saya juga suka untuk meletakkan sedikit Garci Pro Gel dibahagian dahi dan ubun-ubun kepala. Ternyata ianya adalah terapi dan dapat melegakan sekaligus mengurangkan rasa sakit kepala.
Jika korang juga mengalami maslaah seperti saya jom dapatkan Garci Pro gel yang dapat membantu melegakan rasa kebas, kekejangan otot dan sakit sendi.
Untuk keterangan lanjut boleh layari :
Website : garciprohq.com
IG: garcipromalaysia
FB: Garci Pro Malaysia - AppleFit
Garci Pro Gel ternyata berkesan,
Mengurangkan rasa kesakitan!
Garci Pro Gel Membantu Saya Mengatasi Masalah Kebas dan Kekejangan Otot Kaki
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 23, 2021
Rating:
Masalah kebas tu i ada. Kalau kejang tu kadang2 ajer tapi sekali kena sakittttt.....kena standby la produk ni.
ReplyDeleteKite pun pakai ni. Menggeletik mcm ulat sejuk dia kan!! Lagipun memang best pakai gel ni especially utk yang ada sengal bagai
ReplyDeleteWow.........this looks like a good product for those who always get muscle crams. Even the packaging looks cute too. Thank you for sharing your review with me.
ReplyDeleteNak cubalah sebab lutut memang tengah injured sebab terlebih melompat. Mana tau dengan izin allah kot berkesan boleh nanti syorkan kat ahli keluarga yang ada masalah yang sama guna.
ReplyDeleteNak try gak boleh? Rawlins pun ada masalah sama time solat, bahagian lutut dan betis. Rasanya faktor usia gak nie hehehe
ReplyDeleteBahan dia minyak kayu putih, minyak argan, daun pudina, menthol..best tu, mesti sejuka je pakai kan. Banyak kelebihan ni, macam2 boleh..kene ada satu la ni dekat rumah
ReplyDeleteThanks for sharing this product. Going to save this. I am sure it will be useful to me when I get older. Ha :D
ReplyDeleteMemang bagus cream ni, kaki kak dan lutut alhamdulillah dah tak sakit lg
ReplyDeleteOk lah macam tu kita pun selalu juga kebas dan kejang otot terutama sewaktu bangun pagi memang kejang sampai tak boleh jalan huhuhu ok lah boleh beli satu simpan kat rumah ni...
ReplyDeleteWahh kekejangan otot pun boleh guna ye gel ni... Nak dptkan satu la..kalau hujan2 sure cramp.. Ataupun bilik terlalu sejuk huhu...
ReplyDeleteSekarang jadi peneman setia kita ke mana-mana.. senang nak bawa dan sapu bila masa perlu..
ReplyDeleteBanyak ya fungsi produk ni. baru tahu pasal produk ni. terimakasih atas perkongsian kak :)
ReplyDelete