Giant Berwajah Baru | Lebih Cantik, Tersusun dengan Promosi Menarik


Pasaraya Giant kini berwajah baru. Dengan memperkenalkan logo yang lebih segar (berwarna hijau), menjanjikan produk-produk lebih segar, berkualiti dan memberi nilai pada setiap pembelian. Perubahan kepada Giant berwajah baru meliputi ke semua 57 pasaraya di seluruh Malaysia.

Pengenalan Giant berwajah baru tepat pada masanya memandangkan jenama ini sudah cukup lama dan utuh bermula dari tahun 1944 lagi. Sehingga kini Giant masih lagi terkenal sebagai sebuah pasaraya yang sentiasa menawarkan produk berkualiti pada harga cukup berpatutan. Sekaligus memberi keseronokan bagi pelanggan yang berbelanja di sini.


Antara yang menarik di Giant terkini seperti:-

  • Melancarkan lebih 2000 produk baru. Ini termasuklah bahan segar seperti makanan, barangan dapur dan barangan keperluan rumah.
  • Dunia Makanan. Lebih banyak pilihan makanan.
  • Ringgit Zone. Di mana pelanggan boleh dapatkan produk yang hanya berharga RM3 sahaja.
  • General Merchandise Section. Produk-produk keluaran jenama Giant sendiri. Terdapat lebih kurang 700 produk baru yang meliputi produk masakan, barangan elektrik, produk rumah, permainan dan pelbagai lagi.
  • Menawarkan produk RTE (Ready-To-Eat). Makanan yang freshly baked setiap hari seperti roti, kek dan pastri.
  • Guardian, Health & Beauty Care. Untuk Giant Hypermarket yang terpilih, kita akan dapat berbelanja produk dari Guardian didalamnya.

Saya cukup tertarik dengan susunan didalam pasaraya Giant yang lebih luas, kemas dan tersusun. Terutama dari segi pembahagian kategori produk memang sangat jelas merujuk kepada label yang disediakan.

Kesegaran dijamin 100%
Terletak di bahagian sayuran dan buahaan. Kita akan dapat lihat bagaimana kualiti sayuran dan buahan dijaga dengan teliti. Apa sahaja yang ditawarkan kepada pelanggan perlulah produk yang segar dan baru.

Buahan import

Sayuran seperti salad

Sayuran organik

New Range (Produk terbaru yang diperkenalkan)

Antara bahagian yang paling digemari saya. Di sini kita akan dapat lihat produk terbaru yang dibawa masuk ke dalam Giant. Kebanyakan memang produk yang menjadi pilihan masyarakat hari ini.


Ringgit Zone

Di bahagian ini diletakkan semua item ditawarkan pada harga RM3 sahaja. Samada produk makanan, barangan penjagaan diri dan sebagainya. Agak unik!


World of Food (Dunia Makanan)
Pelanggan boleh mendapatkan makanan dari seluruh dunia. Samada produk yang diimport dari negara luar mahupun produk tempatan.

Contoh susu dari jenama luar negara.

Bijiran dan sebagainya, jenama antaraabangsa.


Store-in-store
Untuk pasaraya dan hypermarket Giant yang terpilih akan diletakkan outlet Guardian didalamnya. Ini bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang biasanya mereka beli dari Guardian. Dijangkakan sehingga hujung April sebanyak 35 outlet Guardian akan dibuka di pasaraya Giant yang terpilih. 


Value Deals (Tawaran Bernilai)
Sempena dengan pengenalan Giant berwajah baru ini, Giant juga menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti multibuy, festive essentials dan juga produk yang diberikan diskaun sehingga 50%.. Contoh buah tomato harga asal RM3.99 per kg kini hanya RM2.95 per kg.

Promosi menarik!

Jenama Meadows merupakan jenama yang diperkenalkan oleh Giant sendiri. Sehingga kini terdapat 240 produk dibawa jenama Meadows.

Service Promise
Ditambahkan kaunter ekspress dan diletakkan dibahagian tengah. Selain itu, Giant juga menerima pembayaran melalui Touch n' Go dan juga menerusi aplikasi Boost.


Lebih luas, lebih selesa. Dengan pelbagai servis tersedia. Pasti membuatkan pelanggan gembira.

Restoran Uncle Jack dinaikkan taraf. Lebih cantik dan kemas dekorasinya.

Apa yang penting semua produk yang ditawarkan di Giant adalah segar, lebih berbaloi dan memberi nilai pada setiap pembelian.

Saya yang merupakan pelanggan setia Giant bersama pekerja dedikasi

Untuk keterangan lanjut boleh layari www.giant.com.my

Giant Berwajah Baru | Lebih Cantik, Tersusun dengan Promosi Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 11, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.