Jom Tingkatkan Ekonomi Diri Dengan Berniaga Samada Secara Sampingan ataupun Sepenuh Masa
Jom Tingkatkan Ekonomi Diri Dengan Berniaga Samada Secara Sampingan ataupun Sepenuh Masa- Saya selalu tertanya-tanya, adakah kita boleh berjaya dengan berniaga. Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh orang yang terlibat dalam perniagaan terutama di musim pandemik. Melihat kepada potensi diri, adakalanya saya juga tidak yakin dengan kebolehan jika terlibat dalam sebarang perniagaan yang ingin diusahakan.
Tetapi saya tidak nafikan
9 daripada 10 punca rezeki berasal daripada perniagaan
Namun menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Encik Radz Mohd, semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi
tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan
walaupun dalam tempoh pandemik ini. Ini kerana terdapat banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi
ini. Apatah lagi dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti di platform media sosial.
Bagaimanapun katanya lagi sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga
dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.
Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama.
Sebab itu, ada yang
tukar-tukar bisnes macam tukar baju.
Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah.
Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga
RichWorks telah membawakan secara langsung pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga menerusi Facebook Page,
YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan
selama 8 jam secara terus-menerus.
Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli
Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor
Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan
prosedur operasi standard (SOP).
RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan
dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing
lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun
lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium
berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.
Kejayaan Pasti Diraih
Harapan RichWorks ingin melatih dan membimbing lebih ramai orang untuk dapat membina
bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak
meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan
ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.
Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup.
Sehubungan itu, Encik Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya -
Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja
sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.
"Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di
www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online
ini.
Tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman
Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ring .
HUBUNGI:
Richworks International Sdn Bhd
Richworks International Sdn Bhd
No. 77,
Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor,
MALAYSIA
Laman web: www.richworks.com
Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly)
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)
Emel: karini@richworks.com.my, omkarini.rich@gmail.com, azrin.richworks@gmail.com
Jom Tingkatkan Ekonomi Diri Dengan Berniaga Samada Secara Sampingan ataupun Sepenuh Masa
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 16, 2021
Rating:
I ada masuk seminar pasal business dia yang free ajer la. Tup tup dapat juga newsletter. Banyak program yang ditawarkan. So far I tak join mana2 lagi.
ReplyDeletemenarik juga program virtual online business ni. siapa yg ada minat nak berniaga memang bagus join program ni :)
ReplyDeleteRamai yg dah jump into business juga since terjejas sebab MCO kan. Good opportunity for diorang utk terus bangkit dalam bisnes.
ReplyDeletebagus juga ada seminar ni at least boleh topup ilmu kan. selain tu org kata boleh tukar2 connection
ReplyDeleteSejak pandemic melanda ramai dh sertai dunia perniagaan. Masih ada yang takut2 lg tpi bila seminar mcm ni bagus juga boleh guide newcomers yang zero pasal business.
ReplyDeletekawan saya ada joint seminar yang dianjurkan RichWorks ni masa bulan Januari. Free jugak. Kawan ckp memang best seminar dia. Non stop dari pagi-petang macam-macam di kongsi.
ReplyDeleteBelum pernah pergi mana2 seminar macam ni. Tu la nak berniaga kena ada strategi dan sistematik. Kalau tak bungkus nanti. Huhu.
ReplyDeleteNak berniaga memang kena ada tunjuk ajar dan belajar kena pada tempat yang sebetulnya. Kang salah tempat, ke mana arahnya pula kan.
ReplyDeletebetul juga nak mula niaga tapi tak tahu selok belok payah juga kalau tak berpengaruh pun tak boleh dia kena ada engangement yang betul ... so siapa nak mula berniaga boleh lah attend kelas virtual
ReplyDeleteMemang dah terbukti ramai usahawan2 dekat luar sana yang berjaya bawah bimbingan richworks ni kan kak.
ReplyDeleteSetuju 9 daripada 10 punca rezeki datang dari perniagaan..untuk yang minat berniaga memang bagus join program macam ni
ReplyDeleteTengh fikir gak camne seminar virtual ni yaa.. sebab sebelum ni banyak pergi dengar berdepan.. tapi memang bagus.. yang mula nak meniaga, harus join ni..
ReplyDeleteTeringin nak start business juga cuma tak sure dalam products apa.. hurm.. menarik juga ye program ni.. as a preparation for the business journey la kan..
ReplyDeleteSetiap kali Richworks buat program. Mesti ruby join. Ilmu percuma dan tak lokek mereka berkongsi. Bagi semangat tu lagi lah mahal bg saya. Sebab kerap juga down dengan bisnes sendiri. Hahaha.
ReplyDeleteGood job to RichWorks International Sdn. Bhd. for initiate this business model
ReplyDeleteMenarik sungguh kelas2 online dorang tawarkan tapi tu la kena Ada masa utk join kelas2 ni tanpa gangguan. Kalau tak, mcm sia2 join Kan.
ReplyDeleteProgram Doc Azizan memang best! Rugi kalau tak join!
ReplyDelete