Menikmati Hidangan Nostalgia Dari Hotel Maya Hanya Di Rumah

Menikmati Hidangan Nostalgia Dari Hotel Maya Hanya Di Rumah- Bulan ramadan tahun ini seperti juga tahun lepas iaitu di musim PKP. Kebiasaannya di bulan ramadan saya dan keluarga akan ambil peluang untuk pulang ke kampung sekejap bertemu dengan keluarga dan juga paling utama menikmati juadah nostalgia yang sentiasa menjadi kegemaran apabila tibanya bulan puasa.


Kebiasaannya juga apabila bulan ramadan saya juga tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa di hotel sekitar Kuala Lumpur. Namun di musim pandemik Covid 19 menjadikan pergerakan agak terbatas terutama seperti saya yang masih mempunyai anak kecil. Apabila Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan juadah bufet ramadan yang boleh dihantar terus ke rumah. Haruslah saya tidak melepaskan peluang untuk membuat pesanan.   

Hidangan Nostalgia Hotel Maya Menjadi Pilihan


Memandangkan ahli keluarga saya ramai dalam 8 orang. Dan 7 orang daripadanya berpuasa penuh jadi saya memang mencari hidangan yang dapat memenuhi citarasa seisi keluarga. Apabila saya melihat sendiri pilihan menu set yang ditawarkan oleh Hotel Maya Kuala Lumpur ternyata semuanya menarik.
Ada Dedaun Set (12 hidangan), Laman Bayu Set (13 hidangan) dan Aman Sari Set (14 hidangan). Menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri ini ditawarkan bermula dari 13 Mei sehingga 11 Jun 2021. Bermula jam 11 pagi hingga 9 malam (pesanan terakhir adalah pada 8 malam).

Minimun order untuk setiap set adalah 4 pax. Dan korang boleh pilih mengikut kesesuaian bilangan ahli keluarga atau rakan yang sertai sekali berbuka puasa. Menariknya disebabkan ianya  boleh 'tapau' dibawah balik, pihak hotel telah meletakkan juadah dalam bekas yang mudah untuk kita panaskan didalam oven atau ketuhar. Memang sangat praktikal.

Kalau nak makan-makan di rumah memang sesuai sangat order Hidangan Nostalgia dari Hotel Maya ini. Apatah lagi didatangkan dengan pelbagai pilihan makanan yang pastinya tidak mengecewakan.

Antara hidangan menu di dalam Dedaun Set untuk 6 pax, apa yang saya order adalah seperti:-

Ikan Patin Masak Tempoyak

Daging Salai Masak Lemak Pisang Muda

Ayam Kermek Bergajus

Acar Rampai

Sayur Campur Cendawan Tiram Goreng Belacan Timur Jawa

Kerabu Betik Mangga

Ulam-ulaman Sambal Belacan

Nasi Putih

Bubur Lambuk Ulik Mayang

Pengat Pisang Bersama Sago

Sup Soto Ayam Simpang Renggam

Kicap Pedas

Kurma

Aneka Kuih Muih

Secara peribadi memang semuanya sedap dan puas hati. Portion juga agak banyak untuk 6 pax. Berbaloi pada harga dengan kualiti yang ditawarkan. Terutama hidangan utama seperti Ikan Patin Masak Tempoyak memang betul-betul padu rasanya. Begitu sempama umpama menikmati air tangan nenda sendiri.


Tempahan Untuk Sambutan Hari Raya - Set Menu Simfoni Hari Raya Aildilfitri

Hotel Maya Kuala Lumpur juga menawarkan juadah untuk set menu Simfoni Hari Raya Aidlitifitri yang samada dihantar (delivery) atau diambil sendiri (takeaway). Untuk Set Menu Simfoni Hari Raya Aidilfitri ditawarkab tiga set iaituHijauan Desa, Jendela di Taman dan Ditepi Pantai. 

Untuk set Hijauan Desa ada 12 hidangan (RM60 per pax), manakala Jendela di Taman dengan 13 set hidangan (RM80 per pax) . Seterusnya set Ditepi Pantai ada 14 hidangan (RM100 per pax) . Semua set ini dilengkapi dengan hidangan utama (main dish), pembuka selera dan pencuci mulut. Minimum pesanan adalah 4 orang untuk setiap set yang dipesan. Diskaun sebanyak  20% jika membuat tempahan sebelum 12 Mei 2021.Menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri tersedia dari 13 Mei hingga 11 Jun dari 11 pagi hingga 9 malam (pesanan terakhir pada 8 malam).

Gendang gendut tali kecapi.
Hidangan Nostagia sentiasa di hati!

Untuk melihat menu dengan lebih jelas, boleh klik pautan ini :-   https://www.flipsnack.com/mayahotelkl/simfoni-santapan-maya.html


Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi F&B hotline: https://wa.me/60122828187

Laman Web:
www.hotelmaya.com.my 

Sosial Media:
Menikmati Hidangan Nostalgia Dari Hotel Maya Hanya Di Rumah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 19, 2021 Rating: 5

19 comments:

  1. Best kan boleh menikmati hidangan ini kat rumah sendiri. Saya nak juga makan makanan sedap-sedap dari hotel ini. :D

    ReplyDelete
  2. banyaknya menu berbuka! senanglah untuk mereka yang nak berbuka di rumah, order je dari hotel ni. terbaiklah :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya hidangan hotel terus ke rumah. Syok tu. Nampak semuanya sedap tu. Bubur lambuk tu i makan dulu. Hehe.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. YA AMPUN BESTNYA SEMUA MENU DIA . MAKANAN DEKAT HOTEL MAYA MEANG SENTIASA SEDAP SEDAP. TENGOK HARGA PAKEJ DIA PUN BERBALOI SANGAT .

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tgok makan2 dari hotel maya ni. Packaging pun cantik. Boleh try ni.hehehe

    ReplyDelete
  8. wow..heaven yer ayu dapat dapat buffet hotel kat rumah jer. sangat2 berbaloi kan..

    ReplyDelete
  9. Uishh memang nostalgia betul makanan dia. bestnyaaa mengimbau kenangan hee

    ReplyDelete
  10. Meriahnya tapau menu dia, boleh makan satu family.. silapsilap boleh bawa ke sahur kann.. sapa kata tak boleh makan menu hotel di rumah kan..

    ReplyDelete
  11. Hotel Maya boleh hantar ke area bangi tak? Kalau boleh, berbaloi gak nie dibeli dan makan dengan kengkawan.

    ReplyDelete
  12. best juga ni kalau malas nak keluar, boleh jer berbuka dekat rumah, order macam ni.. still macam2 menu ada.. Yummeh2!

    ReplyDelete
  13. ala kalau shah alam berapa dia caj akak? mesti mahal teringin nak makan yang diorang ni sebab malas masak hahaah especially time raya nanti standy siap-siap hahah

    ReplyDelete
  14. Wow.......now buffet at home is no longer a dream. It's a reality and dream come true eh. Thank you for sharing your review and this information with me.

    ReplyDelete
  15. Wahhh banyaknye lauk. Syioknye makan lauk camni time berbuka. Dah lama tak makan buffet ramadhan

    ReplyDelete
  16. Kalau Hotel Maya punya masakan. Ruby suka sangat! Diantara Hotel kat KL yang sangat convenient utk order makanan. Ala cart mereka pun sedap kak. 🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  17. Senang ada delivery lagi. Malas nak masak tapi x nak keluar, delivery tulah best choice

    ReplyDelete
  18. Untung lah kau makan memang banyak sangat set tu puas makan semua sedap-sedap lak pulak hehehehe kenyang sangat makan ni hehehehe...

    ReplyDelete
  19. wahh lagi senang, tak perlu keluar rumah untuk berbuka di hotel. boleh order online je. best nyaa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.