Merentasi Destinasi Felda D'Saji Mengembalikan Nostalgia Hidangan Di Kampung Yang Dirindui

Terima kasih Ruby, hasil bidikan dari hp Samsung

Diantara lokasi bufet ramadhan yang memang saya syorkan untuk tahun ini tentulah di Felda D'Saji. Saban tahun hidangan bufet ramadhan di Felda D'Saji tidak pernah mengecewakan. Untuk tahun ini, Felda D'Saji menawarkan 88 menu hidangan bersempena dengan Bufet Ramadhan 1442H/2021 yang bermula dari 13 April sehingga 10 Mei 2021.



Untuk tahun ini Felda D'Saji menawarkan bufet ramadhan di 4 lokasi utama iaitu Dewan Perdana Felda, D'Salai KL Anjung Felda, D'Saji di Seksyen 13 Shah Alam dan juga tempahan korporat di Dewan Merak Kayangan Kuala Lumpur.

Sajian Bertemakan Merentasi Destinasi


Lebih istimewa ini sajian bufet ramadan tahun ini adalah pilihan hasil air tangan hebat dari chef-chef berpengalaman Felda D'Saji. Bertemakan "Merentasi Destinasi", sajian yang ditawarkan pastinya menyingkap kembali nostalgia berbuka di kampung.


Antaranya seperti Asam Pedas Daging Tetel, Opor Daging, Ayam Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Minang, Ikan Keli Sambal Hijau, Sayur Goreng Jawa, Sambal Tempoyak Daun KAyu, Pajeri Nenas, Set Ikan Belanak dan pelbagai lagi. 

Rendang

Ayam Madu

Udang Berserai

Briyani Kambing

Ikan Tenggiri Sambal Hijau

Asam Pedas

Mixed Vege

Tulang dan ada sup juga disediakan

Acar

Di kaunter D'Saji Specialty dihidangkan dengan Nasi Beriani Ayam dan Kambing Istimewa, Daging Dendeng, Rendang Tok, Ayam Masak Madu Bombay, Ayam Perchik, Isi Ikan Harum Wangi Bunga Kantan dan Ikan Sri Banding.

Nasi Beriani

Kambing Golek

Selain itu terdapat juga menu antarabangsa seperti di ruangan Masakan Itali. Ada ditawarkan Pasta Bolognaise, Cabonara & Aglio dan juga meatball berserta dengan 'home made sauce' yang pastinya menjadi pilihan serta kegemaran anak-anak. Turut ditawarkan aneka bebola seafood di sepanjang bulan ramadhan tahun ini.


Felda D'Saji turut menyediakan Roasted Lamb (kambing bakar) bersama Blackpepper Brown Sauce, Mint Sauce, Chilly Sauce, Wedges dan Coleslaw.

Saya bersama salah seorang chef hebat Felda D'Saji


Begitu juga sambal ada bervariasi ditawarkan, ulam, kerabu dan juga pecal yang menggiurkan.


Bufet ramadhan di Felda D'Saji rasanya tidak lengkap tanpa pencuci mulut tradisi yang tidak pernah lapuk dek telan zaman. Antaranya seperti kuih onde-onde, popiah basah, kuih talam, cara berlauk, danderam dan pelbagai lagi.


Lain-lain juadah tradisional yang ditawarkan di Dewan Perdana Felda termasuklah Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis.


Begitu juga ditawarkan aneka jenis gorengan seperti cucur, pisang, keledek, sukun dan juga keropok lekor.


Terdapat juga kek, jeli, pai, buah-buahan dan pelbagai lagi.


Tema 7 Warisan Salai pastinya menjadi tarikan utama di D'Salai Anjung Felda Kuala Lumpur dan D'Saji Seksyen 13 Shah Alam Selangor. 


Akan ada 7 pilihan menu utama iaitu Daging Salai, Itik Salai, Ayam Salai, Kambing Salai, Ikan Keli Salai, Arnab Salai dan Puyuh Salai. Seleksi menu salai ini merupakam pilihan masakan masak lemak cili api yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Apa yang lebih menarik, menu daging salai ini boleh dinikmati bersama 4 pilihan topping iaitu belimbing buluh, pucuk ubi, mangga muda dan pegaga. Pastinya ianya memberi kelainan didalam citarasa masakan tradisi melayu.  

Telur Itik + Mangga Muda

Ayam Salai dan Kentang

Puyuh Salai

Ikan Keli Salai

Itik Salai

Arnab Salai

Daging Salai Belimbing


Minuman panas dan sejuk mengikut pilihan pelanggan. Apa yang penting teh tariknya memang sedap!

Produk-Produk Felda D'Saji


Bagi memudahkan penduduk Lembah Klang khasnya, Felda D'Saji turut menawarkan juadah untuk bersahur. Kenalkan 11 produk RTE  (ready-to-eat) yang dipek secara sejuk  bagi memudahkan pelanggan menikmatinya ketika waktu sahur. Hanya panaskan sahaja selama 3 minit sudah boleh dinikmati.


Antara produk RTE Felda D'Saji adalah seperti Daging Salai Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Belimbing Buluh, Daging Salai Masak Lemak Pegaga, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Itik Salai, Daaging Dendeng, Rendang Daging, Rendang Ayam, Ayam Masak Hitam dan Daging Masak Hitam.Produk RTE ini boleh didapati di semua lokasi bufet ramadhan dan kafe Felda D'Saji.


Tidak tinggalan 'signature makanan' di Felda D'Saji adalah ais krim tapainya yang unik dan sangat sedap.


Antara perisa ais krim tapai yang boleh dicuba seperti durian, vanilla, mangga, keladi dan strawberi.

Persembahan Kumpulan Rabbani


Pengunjung bufet ramadhan di Dewan Perdana Felda berpeluang mendengar sendiri secara LIVE persembahan nasyid Rabbani yang cukup popular dengan lagunya seperti Pergi Tak Kembali, Intifada dan pelbagai lagi.

Fasiliti Yang Disediakan


Kemudahan parkir, tempat solat lelaki dan perempuan begitu juga tandas sememangnya ada disediakan. Ruang makan yang luas dan selesa untuk pergerakan. Apa yang penting semua pengunjung perlu mengikut SOP seperti penjarakkan, mengambil makanan menggunakan sarung tangan yang disediakan, cek suhu badan dan juga jangan lupa untuk imbas aplikasi MySejahtera.

Harga Bufet Ramadhan Yang Ditawarkan
Harga pakej bufet ramadhan di Dewan Perdana Felda untuk tahun 2021 untuk dewasa RM78.00++ manakala untuk kanak-kanak RM38++. Promosi untuk 3 hari pertama iaitu 1 hingga 3 Ramadhan 1442H diskaun sebanyak 30% diberikan.

Untuk D'Salai Anjung Felda dan D'Saji Seksyen 13 Shah Alam ada menawarkan Menu Set 2 orang pada kadar harga RM38.00 nett dan juga pilihan Menu Set 4 orang adalah RM75.00 nett. Di samping itu terdapat lagi pelbagai pilihan menu untuk walk-in dan take away pada kadar berpatutan iaitu bermula dari RM8 setiap satu menu.

Pakej Korporat yang disediakan di Dewan Merak Kayangan untuk syarikat atau agensi Kerajaan yang ingin menganjurkan majlis rasmi dengan harga tawaran pakej RM48.00++ (bufet) dan RM78.00++ (dome).

Keterangan lanjut sila hubungi Felda D'Saji, di nombor talian 019-6622525 atau 03-26930008 atau 03-26988301. boleh juga email ke salesdsaji@felda.net.my

Memang enak hidangan di Felda D'Saji,
Variasi masakan tradisi memang puas hati!

Merentasi Destinasi Felda D'Saji Mengembalikan Nostalgia Hidangan Di Kampung Yang Dirindui Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 09, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Nampak menyelerakan hidangan D Saji ni. Boleh la cuba nanti. Ice Cream Tapai tu macam best je you.

    ReplyDelete
  2. Makanan dari Felda D saji tak pernah menghampakan langsung. Kalau tak masakan ada restoran dia kat Mekah sana. Harga pun ok sesuai dengan menu2 dan pilihan yang ada. Nak diskaun kena cepat beli early bird kan. Teringin nak rasa eskem tapai tuuu....

    ReplyDelete
  3. wah dah ada frozen food! lagi senang lah lepas ni kalau nak beli buat stok. kite kalau makan dekat sini suka makan dorng punya masak lemak meme sedap!

    ReplyDelete
  4. makanan dekat d'saji memang besttt. kalau nak cari makanan yang kena dengan tekak, wajib ke sini

    ReplyDelete
  5. Tiap tahun nampak buffet Felda ni tapi tak pernah lagi pergi. Rupanya ada menu ready to-eat juga ya. Boleh try untuk bulan puasa ni nanti.

    ReplyDelete
  6. wow banyaknya menu dia..betul betul mengimbau nostalgia menu dia memang kene dengan citarasa rakyat Malasia :)

    ReplyDelete
  7. Dewan Felda memang tak pernah mengecewakan 😍. Nanti nak try bisik kat husband bawak anak² buka sini. Sekali sekala kita tutup dapur. Meriah buka sini sebab bila ramai .. kita pun berselera nak buka puasa. Harga not bad !!

    ReplyDelete
  8. Ramai dan banyak Sis dengar dan baca, kalau buffet ramadhan di Felda Dsaji ni memang sedap dan berbaloi kan.. harap one day dapat juga merasai makan di sana..

    ReplyDelete
  9. Rindunya nak makan kat Felda D'saji ni lagi.. Nanti nak pergi la for iftar :) Ada discount 30% lagi .. (Y)

    ReplyDelete
  10. Felda D'Saji memang lokasi best kak untuk berbuka. Setiap tahun mesti ada satu hari berbuka di sana dan dulu kami fav ke D'Saji Orchard Villa Gombak. Tahun ni kat sana takda eh kak?

    ReplyDelete
  11. Kita suka makan makanan kat D'Salai memang sedap semua kita pernah cuba hehehe nak berbuka kat sana lah best nya..... Airkrim tu nampak unik rasa pun lain kan hurmmmm....

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.