Nasi Briyani Kambing Claypot dari Hotel AnCasa Kesedapannya Memang Luar Biasa


Nasi Briyani Kambing Claypot dari Hotel AnCasa Kesedapannya Memang Luar Biasa- Bagaikan dari sajian istana, Nasi Briyani Kambing Claypot dari Hotel AnCasa sememangnya tidak mengecewakan. Apatah lagi nasinya dimasak didalam claypot benar-benar menjaga kualiti dari segi rasa dan tekstur nasi briyani itu sendiri.


Penutup claypot ditutup rapat dan kemas. Uniknya doh roti digunakan untuk  menutup antara penutup dan bekas claypot itu sendiri. Sebaik sahaja penutup clatpot dibuka....Perghhh memang harum semerbak!


Selain daripada lauk kambing kelihatan juga telur rebus didalamnya. Tersusun cantik dibahagian atas

Seakan kuah dalca tapi yang ini terpaling tersedap. Serius!!! Sedap betul tumisannya. Rasa sampai ke hati. Bukan nak puji beria tapi memang realiti. Saya biasa makan kuah dal, tapi yang ini memang rasa rempah dia lebih. Dan tentulah lebih 'kick'.


Sayuran diletakkan dalam macam susu yogurt. Saya tak pasti sebenarnya nama masakan ini tapi agak unik dan sedap dinikmati pula bersama nasi beriani kambing. Btw ada lagi satu kuah, saya telupa mengambil gambarnya. Seperti kuah-kuah masam sedikit dan ada rasa pudina. Sedap diletakkan diatas hidangan kambing.

Papadom is a must! Kalau menunya nasi briyani. Perlu ada papadom barulah menjadi sajian sempurna :-)

Kalau korang berminat nak rasa sendiri nasi bryani dari Hotel AnCasa, boleh rujuk pada 2 poster di bawah untuk memilih set yang mana diinginkan. Serius! Memang sedap dan unik. 


Ada Set Bamboo Briyani ditawarkan 3 jenis hidangan samada ayam, kambing ataupun udang. Nak makan sendiri ataupun hadiahkan pada mereka yang tersayang juga sangat sesuai.


Begitu juga dengan Claypot Briyani. Tampil esklusif dengan periuk tanah (claypot). Cuma untuk claypot kita boleh order mengikut bilangan yang dikehendaki (ikut pax).

Bila menikmati masakan dari claypot ini sebenarnya mengembalikan kenangan lama pada zaman kecil. Teringat arwah Tok Wan saya yang suka masak gulai dan apa sahajapun menggunakan periuk tanah. Lagi sedap katanya.

Keterangan lanjut dan untuk pembelian boleh layari:


Jom berbuka dengan nasi briyani dari AnCasa!

Nasi Briyani Kambing Claypot dari Hotel AnCasa Kesedapannya Memang Luar Biasa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 21, 2021 Rating: 5

18 comments:

  1. Wahhh boleh delivery tu yang menarik hati tu. Nasi bamboo pernah try tapi nasi biryani bamboo tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  2. lama tak pekena nasi briyani. gambar gambar kat atas tu semua nampak sedap. lagi lagi yang dlm bamboo

    ReplyDelete
  3. So bila baca pasal makanan dekat AnCasa ni teringat masa stay kat AnCasa Pekan, masa tu sempat makan menu opor daging , sedapnya tak tahu nak kata camner. Tengok menu briyani claypot ni lagilah teringin nak cuba juga. Confirm sedapppp

    ReplyDelete
  4. saya suka nasi beriani tapi susah nak cari yang sedap. nasi nk nampak macam sedap je

    ReplyDelete
  5. Looks awesome ��

    ReplyDelete
  6. Huyoo akak. Claypot tu di hantar sekali ke rumah? Bleh la lepas ni akak masak dalam tu. Macm gift dr hotel plak kan. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Geramnya nengok... kat JB ni ada dah, dekat juga dengan rumah, nanti nak cuba juga.,.. nengok orang makan semua, kemain ngencesss

    ReplyDelete
  8. Bestnya esp yang set claypot tu. boleh la guna semula untuk masak kari ke, gulai lemak ke. Betull, orang dulu2 memang suka masak dalam claypot. lebih sedappp

    ReplyDelete
  9. Menariknya dalam claypot pulak tu ye, unik. Kuah dalca memang nampak mengancam sis, memanggil betul

    ReplyDelete
  10. Kit baru jer lalu depan hotel ni semalam, baru jer terfikir apa yang mereka bakal hidangkan.. tengok2 ada entri kak Yu. menarik juga ye.. (Y) Nasi Biryani Claypot.. unik.. first time tengok menu ni..

    ReplyDelete
  11. Harga not bad, takdela mahal mana. Dah akk cakap sedap confirm sedap..claypot tu dapat sekali ke..hahaa..tetiba nak order sebab claypot

    ReplyDelete
  12. Wah uniknya bamboo briyani dan claypot tu. Siap boleh order delivery lagi.

    ReplyDelete
  13. wah boleh order dari hotel memamg best. sedapnya briyani tu! terliur baca time siang ni hehe :)

    ReplyDelete
  14. Dah ramai yang review makanan AnCasa nie lazat. Dah daku kena order gak ke camne? Ke Ancasa nak hantar kat daku gak?

    ReplyDelete
  15. wow the food looks so delicious. i am so tempted to give the prawn bamboo beriyani a go!

    ReplyDelete
  16. wahh Nasi Briyani Kambing Claypot ni nampak sedap betul..Menarik menu dari Hotel AnCasa ni..

    ReplyDelete
  17. amboinyaa sedap nya iena! khai kalau makan nasi tu dah sedap memang boleh ratah je. tapi yang ni khai tak makan kambing mungkin leh amik option ayam

    ReplyDelete
  18. Waahhh Nasi Briyani dalam claypot la, sedap ni kalau makan masa masih panas lagi. Terliur laa tengok gambar.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.