Penyelidikan Peningkatan Kesejahteraan Hidup Menerusi Teknologi Terkini OGAWA Master Drive AI 2.0 | Kaloborasi Bersama Ogawa dan Universiti Malaya


Penyelidikan Peningkatan Kesejahteraan Hidup Menerusi Teknologi Terkini OGAWA Master Drive AI 2.0 | Kaloborasi Bersama Ogawa dan Universiti Malaya - Saya berpeluang menghadiri ke satu sidang media bersama pihak Universiti Malaya dan juga OGAWA dalam membincangkan mengenai teknologi terkini dan juga penggunaannya dalam meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup.

Selain daripada menjalani hidup dengan sihat dengan cara bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, sebenarnya membuat urutan yang betul juga membantu meningkatkan kualiti hidup kita. Ini terutama dalam membaiki perjalanan darah dalam badan, memperbaiki kualiti tidur dan pelbagai lagi.



Sememangnya mengurut bukanlah perkara baru bahkan telah diamalkan bertahun lamanya (sejak nenek moyong lagi). Yang membezakan urutan hari ini, kita telah mempunyai alatan seperti kerusi mengurut dan ianya merupakan produk yang paling dicari untuk memberi rasa ringgan pada badan dan melepaskan tekanan. Kebiasaannya kerusi urutan ini hanya disediakan di spa mewah dan kelab kesihatan kelas atasan. Namun jenama inovator kesihatan global, OGAWA Malaysia hari ini telah mengumumkan hasil penemuan penyelidikannya yang dilakukan dengan kerjasama bersama Universiti Malaya bahawa urutanan yang hebat/cekap juga boleh didapati dalam bentuk kerusi urutan advance (lebih maju) . Ini adalah melalui penilaian kecekapan terapi kerusi urut yang mana boleh melihat potensi peningkatan peredaran darah dan kualiti tidur. Kajian penyelidikan ini telah dilakukan dengan teknologi unggul terbaru  OGAWA iaitu OGAWA Master Drive AI 2.0.


Ogawa sememangnya sangat komitmen terhadap kesejahteraan di masa hadapan dengan memperkenalkan produk berinovasi bagi meningkatkan gaya hidup masyarakat di seluruh dunia. OGAWA Malaysia bersama Universiti Malaya telah menjalani penyelidikan bertajuk 'Investigating the Effects of OGAWA Master Dive AI Automated Massage on Blood Circulation and Sleepy Quality'. Penyelidikan ini bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai pentingnya membuat urutan badan bagi mendapatkan kualiti dan kesejahteraan hidup seperti yang didambakan.

Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia juga telah berkongsi bahawa kesan kumulatif dari kehilangan tidur berkualiti dan gangguan tidur menyebabkan peningkatan risiko hipertensi, diabetes, obesiti, kemurungan, serangan jantung dan strok. Selain itu, menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan dan gangguan kecemasan meningkat dari 12% pada tahun 2011 kepada 29% pada tahun 2017.


Through this Joint Research Hub, we hope that the studies being carried out can provide deeper insights that will further improve our product development process, at the same time we are able to educate the general public in regards to the health benefits that OGAWA’s massage chair is able to provide
kata Datuk Lim.


OGAWA Malaysia dan Universiti Malaya membina penyelidikan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan individu yang berpeluang menggunakan produk  OGAWA Master Drive AI 2.0. Segala keperluan dari segi perkakasan, idea dan sokongan teknikal yang diperlukan telah diberikan bagi memastikan penyelidikan yang dijalankan berjaya. HAsil penyelidikan juga mendapati bahawa 100% peserta menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam peredaran darah: 81.32% dengan menggunakan program OGAWA Master Drive AI 2.0 M6 Deep Tissue dan 43.48% melalui Program Peredaran Darah, sementara 100% peserta mencatat peningkatan kualiti tidur, dan hingga 88.73% mengalami peningkatan dalam efisiensi tidur melalui program Sweet Dream.

Dr. Saad Mekhilef, CEng (UK), SMIEEE (USA), FIET (UK), Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya menyatakan bahawa universiti sememangnya berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyelidikan bukan hanya untuk menyumbang pengetahuan mereka kepada kajian penting ini yang juga berguna untuk kajian masa hadapan. Bahkan sebenarnya ianya juga dapat membantu meningkatkan kesejahteraan negara secara keseluruhan dan berpotensi meningkatkan jangka hayat rakyat Malaysia.

Well-being does not only incorporate healthy diets and consistent workouts, but regular massages can contribute much more to the human soul - from correcting postural stress to boosting immunity. Through this study, we want to convey the major health benefits attached to having regular massages and how it should be considered vital for our overall health - be it to relieve sore muscles, reduce stress or even boost your immune system, massages will leave a positive impact on your everyday life
kata Prof Dr Saad.


Dibangunkan dengan hingga 5,184 kombinasi urutan untuk memberikan alternatif penyelesaian kesihatan yang pelbagai, OGAWA Master Drive AI 2.0 turut menampilkan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih. Ini termasuk pengecaman wajah, Penjejak Kesihatan dan Scanner ™ dan AI-Powered Automated Analyst (Penganalisis Automatik Bertenaga AI) yang menggunakan algoritma untuk mengumpulkan dan mengurus data sekaligus membuat penyesuaian kerusi urut dengan diri anda. Teknologi yang didatangkan bersama kerusi ini juga dapat memberi penyelesaian dengan tepat mengikut sasaran kawasan bermasalah yang anda hadapi mengikut seperti yang telah diprogramkan.
In a world of rising health care costs and increasing health care needs, the management of health care is more vital than ever. We believe that the health and fitness market have a strong development potential.
In future, we will focus on the bigger health industry, adhere to the established high-end healthcare brand positioning and integrate smart technology into healthy lifestyle. We aim to improve the health service platform and continue to build a family health management system with massage chairs as the core and expansion of product lines.

kata Datuk Lim.


Sejak dimulakan pada tahun 1996, OGAWA berdiri teguh dengan visi jangka panjangnya "Leading the Technology of Wellness" dengan menyertai dalam pelbagai penyelidikan dan pembangunan untuk selalu menghasilkan produk inovatif yang dapat memberikan manfaat kesihatan kepada ramai orang di seluruh dunia.



Selain itu, sempena  denganParents’ Day, OGAWA turut mengadakan promosi khas dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% sehingga tempoh 68 bulan untuk produk terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran ini dari OGAWA Malaysia, sila layari https://www.ogawaworld.net/.

Penyelidikan Peningkatan Kesejahteraan Hidup Menerusi Teknologi Terkini OGAWA Master Drive AI 2.0 | Kaloborasi Bersama Ogawa dan Universiti Malaya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 13, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. This is a wonderful post, also there are well-authorized dissertation writing services actively available online for students to learn writing tricks and maintaining a great academic record.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.