Promosi Super Savers di Lulu Hypermarket, Lebih Jimat Anda Belanja
Promosi Super Savers di Lulu Hypermarket, Lebih Jimat Anda Belanja- Seperti yang saya pernah kongsikan entri ini tidak lama dulu iaitu Lulu Hypermarket & Department Store telahpun dibuka di Setia City Mall, . Dan hari ini saya kembali lagi ke sini kerana adanya promosi yang tidak mungkin saya lepaskan iaitu Super Savers.
Lulu Hypermaket di Setia City Mall memang besar. Dengan 150,000 kaki persegi dan mempunyai 3 tingkat, pasaraya ini mampu menawarkan pelbagai produk kegunaan harian dan keperluan masyarakat setempat.
Antara faktor kenapa saya suka berbelanja di sini selain daripada berdekatan dengan rumah, Lulu Hypermarket juga kerap mengadakan pelbagai promosi yang menarik terutama apabila tibanya musim perayaan. Rugi tak shopping time promosi babe! Hiks.
Di bulan Ramadan pastinya, kita akan dapatkan buah kurma untuk dinimati ketika berbuka ataupun pada waktu bersahur. Di Lulu Hypermarket menawarkan pelbagai jenis kurma dan kekacang mengikut gred tertentu.
Menariknya untuk semua jenis kurma di sini ditawarkan pada harga promosi contohnya Kurma Sagal Jumbo RM43.90 (sekilo) darupada harga asal RM99.90 (sekilo). Begitu juga dengan Kurma Khudri Jumbo RM21.90 daripada harga asal RM49.90. Dan banyak lagi sebenarnya.
Lulu Hypermarket juga menawarkan Ramadan Hamper kepada pelanggan yang ingin menghadiahkan hamper kepada keluarga, orang tersayang atau rakan dan sebagainya.
Apa yang menarik nilai barangan hamper adalah RM122.95 tetapi untuk promosi Ramaden Hamper ini ditawarkan pada harga RM79.50 sahaja. Barangan didalamnya not bad juga tau! Ada Milo, Cadbury, KitKat, biskut Luppo, kurma serta bermacam-macam lagi.
Saya juga cukup gemarkan produk in-house Lulu (dibawah jenama Lulu) sendiri. Sebab dah pernah beli memang puas hati.
Terus saya borong untuk persiapan raya :-)
Fresh Fruits Fair, menawarkan 50 buah-buahan eksotik yang pastinya memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung. Antara buahan yang terlibat didalam promosi Super Savers termasuklah Murcot Mandarin Orange (Spain), harga asal adalam RM9.99 per kg tapi untuk tempoh promosi hanyalah RM6.99 per kg sahaja.
Begitu juga dengan Honey Pineapple (malaysia) RM1.69 sahaja daripada harga asal RM2.99. Dan saya sempat membeli 1 biji tembikai yang mana sekilo hanyalah RM1.79 sahaja berbanding dengan harga asal RM2.49 sekilo.
Pesta Daging (Meat Fair). Antara promosi menarik yang menjadi perhatian saya tentunya Chicken Drumsticks yang berharga RM9.99 per kg berbanding dengan harga asal iaitu RM12.99 per kg. Bukan itu sahaja terdapat banyak lagi promosi daging di sini. Semuanya ada diskaun dan memang berbaloi membeli jika kita hendak tambah stok lauk basah didalam peti ais.
Mengingatkan masakan kari ikan bawal merupakan kegemaran suami, saya telah membeli ikan bawal emas yang hanya RM21.99 sekilo berbanding dengan harga asal RM30.99 sekilo. Hampir RM10 jimatnya di situ.
Terdapat juga ayam panggang peri-peri (hokeh yang ini memang sedap), blackpepper dan pelbagai lagi.
Festival Pencuci Mulut - Sweet Treats, Manis Menyelerakan. Syurga dunia bagi saya. Lihat sahaja pelbagai manisan arab ada ditawarkan di sini. Begitu juga dengan pastri, kek dan pelbagai lagi. Semuanya dibakar fresh dari team kulinari in house production Lulu Hypermarket.
Rambang mata bukan?? Hehehe
Sumber FB Lulu Hypermarket
Terdapat koleksi sedondon ibu dan anak.
Bahkan untuk seisi keluarga juga. Warna dan rekaan yang sama cuma berlainan saiz sahaja.
Kebanyakan koleksi rekaan pakaian adalah yang terkini dan menjadi trending di zaman sekarang.
Antara yang menjadi tarikan tentulah fesyen Kurung Pahang yang tidak pernah ditelan zaman.
Fabrik selesa dengan sulaman tampal cantik tertera di pakaian pastinya menjadi tarikan untuk golongan muda.
Variasi versatil pakaian menjadi pilihan baik untuk lelaki mahupun perempuan.
Baju melayu untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak ada ditawarkan.
Didatangkan sekali dengan aksesori pelengkap gaya seperti sampin dan songkok yang diletakkan berdekatan.
Bagi saya susunan seperti ini sememangnya sangat praktikal dan mudah untuk kita mix match pakaian raya yang mana berkenan untuk digayakan.
Cantikkan sampin tenunan. Indah dipandang, bersama baju melayu dipadankan.
Bagi wanita berhijab, boleh dapatkan koleksi shawl dan tudung pelabagai rekaan, corak dan warna di Lulu Hypermarket. Harga agak berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.
Terdapat juga tudung jenis instant (sarung) yang sememangnya menjadi kegemaran ibunda kita di kampung. Bolehlah beli sehelai dua untuk dikirimkan buat ibunda tanda ingatan dari anak yang jauh di kota.
Mencari kelainan pakaian untuk digayakan pada Hari Raya, bolehlah mencuba sari, churidar dan pelbagai lagi pakaian dari bahagian Lulu Celebrate.
Jika sudah membeli baju baru, haruslah dipadankan dengan kasut baru juga. Untuk kasut kebanyakan koleksi menawarkan sehingga 25% diskaun.
Koleksi lelaki mahupun perempuan, ada banak pilihan warna dan rekaan.
Aksesori seperti tas tangan, tali pinggang dan sebagainya turut ada diskaun istimewa untuk pengunjung.
Alang-alang mencari kelengkapan rumah di sini, boleh juga singgah di bahagian Elektrik dan Elektronik. Selain daripada televisyen, oven dan peralatan elektrik yang lain, saya sebenarnya teruja dengan harga power bank yang ditawarkan di Lulu Hypermarket. Bayangkan power bank ini harganya hanyalah RM20 sahaja daripada harga asal RM40. Potongan 50%!
Banyak sebenarnya promosi di bahagian elektrik. Bergantung kepada barang apa yang hendak dicari. Pasti ada di sini dan ditawrakan pada harga yang mampu dimiliki.
Saya sempat juga membeli stok penjagaan diri seperti syampu, ubat gigi dan barangan mandian. Untuk syampu Rejoice harga ditawarkan antara RM15.99 sehingga RM18.59 daripada harga asal iaitu antara RM25.50 sehinggan RM26.90. Jimat banyak di situ :-)
Istimewanya Lulu Hypermarket di Setia City Mall, di setiap tingkat (level) disediakan kaunter khidmat pelanggan. Contohnya di tingkat 1 adalah Customer Happiness Centre.
Di tingkat atas sekali Baggage Counter. Dan di Ground Floor adalah main Customer Service Centre (biasanya kita akan buat penebusan barangan atau melaporkan sebarang masalah di sini).
Sekarang ini Lulu Hypermarket juga menawarkan pembelian atas talian melalui applikasi Lulu Shopping app yang boleh dimuat turun sama da dari App Store ataupun Google Play. Pembelian juga boleh dilakukan menerusi www.luluhypermarket.com . Mudah dan praktikal terutama bagi mereka yang gemar berbelanja dari hujung jari sahaja sempena dengan musim pandemik ini.
Korang boleh dapatkan barangan serta produk yang terlibat dengan promosi Super Savers dan Ramadan Kareem di semua cawangan Lulu Hypermarket Malaysia.
Belanja di Lulu Hypermarket lebih jimat,
Dengan diskaun promosi yang hebat!
Untuk info dan keterangan lanjut boleh layari:-
Promosi Super Savers di Lulu Hypermarket, Lebih Jimat Anda Belanja
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 28, 2021
Rating:
Geramnya, banyak betul sale dekat Lulu Hypermarket ni. Kena ajak Encik Suami ke sini ni.
ReplyDeleteHahah kte tiap minggu soping sini kak plak2 suka top up prune n apricot kering tu
ReplyDeletemeriah betul barangan kat lulu ni ayu ya..tengok semua ada..makan untuk berbuka pun siap dijual ha..apa lagi siap shopping boleh terus pergi beli makanan pulak mcm one stop center dah..plis lah buka kat penang satu dua hehe
ReplyDeleteinilah yang dikatakan 1 stop centre kan kak? mudah nak beli barang sebab apa yang dicari semua ada dah , tak perlu nak pening kepala. Sal suka tempat gini..ada kelapangan nak try terjah tapi kena istiqomah sebelum pegi sebab takut terborong...hahaha
ReplyDeletekawan selalu ajak shopping sini. murah katanya. memang murah kan. nanti nak pi lah
ReplyDeleteHari tu tak sempat nk beli mcm2. Ingat nak repeat semula ke Lulu..nak shopping raya sb memang harga dia berbaloi baloi
ReplyDeletePernah beberapa kali shop groceries kat Lulu, memang serious murah. Kalau rumah dekat memang every month akan shop kat sini.
ReplyDeleteMemang lokasi kegemaran untuk shopping - ni dapat lagi savings dengan super savers
ReplyDeleteGeram je kita nengok tau.. bilalah nak buka sebuah kat JB.. kita suka nengok susun atur dalam supermarketnya.. kemas dan mudah nak cari barang.. harga pun jimat pulak tu..
ReplyDeleteOh How I miss shopping at Lulu. so many choices and fair prices for all
ReplyDeleteSyok betul akak ke Lulu. Nampak banyak promosi. Orang Shah Alam dan sekitarnya mesti happy. đŸ¤—
ReplyDeleteKarang menghala ke Jeram nak ambik mak bolehlah singgah LULU kejap. Asik lalu jer pastu pandang dari tepi jalan. Memang besar kan , puas hati haaa kalau dapat shopping kat situ. Macam2 ada.
ReplyDelete