Review Filem The Soul (Netflix)
Filem terbaru di Netflix yang baru sahaja saya menontonnya. Jalan cerita dalam filem ini kena kita banyak berfikir. Mungkin apa yang kita 'predict' itulah sebaliknya. Tapi sebab dah lama (sebenarnya jarang pun) saya menonton filem dari negara China. So, why not kita tonton apatah lagi filem ini antara dalam list yang popular di Netflix sekarang.
Kisahnya bermula pada tahun 2032 di Taipei, Polis tiba di rumah agam Wang Shih-Tsung (Samuel K) ahli perniagaan yang cukup berpengaruh. Wang mati di lantai, tengkoraknya berlumuran darah,. Isterinya, Li Yan (Sun Anke), tidak sedarkan diri di sebelahnya, memegang alat tembaga aneh yang mungkin digunakannya untuk membunuhnya. Anaknya, Tian-You (Lin Hui Min), melarikan diri dari tempat kejadian.
Su-Chen (Zhang Baijia) ibu kepada Tian-You (isterinya yang pertama) telah lama diabaikan oleh Wang, dan akhirnya beliau membunuh dirinya setahun sebelum itu. Wang akhirnya jatuh sakit kerana barah otak, dan menyerahkan semua aset dan kawalan syarikatnya yang bernilai berbilion dolar kepada Li Yen dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Dr Wan (Christopher Ming-Shun Lee) kawan rapatnya sejak belajar. Keadaan semakin pelik dan rumit apabila dilihat di tempat kejadian dipenuhi dengan petunjuk aneh, mistik-ghaib, termasuk sigil yang diukir di pintu dengan aroma kemenyan yang membakar cukup mencurigakan.
Pendakwa Liang yang ingin kembali bertugas dan mahu menyaisat kes pembunuhan melibatkan Wang Shih-Tsung ini. Pada awalnya pembunuhan ini dikaitkan dengan aktiviti pemujaan yang dilakukan anak mediang. Di sini timbulnya banyak konflik yang berkait sehingga terbongkarlah kepada misteri apa yang sebenarnya berlaku.
Pendakwa Liang ni memang seorang yang sangat teliti dan bijak. Keadaannya yang mengalami sakit kanser otak tahap 4, diikuti pula dengan isterinya Bao yang juga penyiasat dan sedang mengandung. Walaupun Liang sudah bersedia segala kemungkinan beliau tidak akan dapat bertemu dengan anaknya yang bakal dilahirkan, tetapi tidak Bao yang masih cuba mencari alternatif untuk memastikan suaminya terus hidup. Tindakan terdesak menyebabkan Bao menganggu siasatan yang sedang dijalankan kerana berunding dengan rakan baik mendiang Dr. Wan. Dengan harapan Dr. Wan yang mempunyai kepakaran dalam bidang otak dapat membantu memulihkan semuanya Pendakwa Liang.
Saya suka cara arahan dan penulis skrip menjadikan filem ini berat. Pada awalnya kita sangkakan ianya benar-benar mistik tetapi sebaliknya tidak. Filem ini juga sebenarnya membawa kita untuk membayangkan apa yang terjadi pada sedekad akan datang. Di mana kita mungkin berada dalam dunia yang sedia maju dan dikelilingi alatan canggih yang boleh mengubah manusia.
Saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐. Jalan cerita menarik walaupun adakalanya slow. Jalan cerita filem ini tidak tergantung dan ada kisah yang terjadi di akhirnya.
Review Filem The Soul (Netflix)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 27, 2021
Rating:
Adakah berat cerita ini? Bimbang daku tertidur dan terpaksa mengulang tonton sebab nak habis kan hahaha
ReplyDeletecerita ni berat..tapi best sebab ko akan kena byk fikir..cuma dia x gantung...then kekadang ko nak pahamkan teknologi akan ada sedkad akan datang tu mcm agak pelik jugakla
Delete