Shaheizy Sam Kini Keluarkan Produk SyokoTube

Shaheizy Sam Kini Keluarkan Produk SyokoTube- Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri ke pelancaran produk terbaru Shaheizy Sam di Putra Glass Hall Shah Alam. Untuk pengetahuan semua Jenama Syoklat! Sudah menapak sejak bulan Oktober 2020. Dan mempunyai agen di seluruh negara termasuklah di Singapura.

Shaheizy Sam ketika ditemui berkata dengan kemunculan terbaru SyokoTube ianya menjadi fokus baharu buatnya selepas memperlahankan rentak kerja dalam bidang seni sejak tahun 2015. Ternyata Sam bukan hanya sukses mencetak nama dalam dunia hiburan sebagai pelaku seni yang disegani, bahkan pembabitannya dalam bidang perniagaan juga akan meninggalkan jejak yang sama.

Saya ingin fokus terhadap bisnes ini dan dalam masa yang sama menjadi lebih selektif apabila memilih skrip bagi mendapat kepuasan dalam bidang seni yang dicintai.

Seperti yang kita maklum, isterinya Syatilla Melvin yang juga antara pelakon drama yang popular di Malaysia turut terleibat dalam perniagaan produk kecantikan iaitu jenama Kekasih. Dan Sam sendiri juga terkenal dengan perniagaan beberapa produk dan kini beliau kembali mengukuhkan penguasaannya dalam bidang perniagaan apabila menceburi bidang berkait dengan pemakanan.

Antara orang kuat SyokTube

Menurut Sam lagi, salah satu impian yang disimpul menerusi perniagaan ini adalah untuk sama sama membantu usahawan di luar sekali gus menjana ekonomi mereka.

Besar harapan saya, bukan setakat membantu menjana pendapatan atau ekonomi, tetapi memberi manfaat yang besar dari setiap sudut buat mereka.

Kenapa Memilih Syokat! SyokoTube

Memilih Syoklat! SyokoTube sebagai bisnes baharu yang ingin diterokai, menurut Sam beliau melihat potensi yang cukup besar dalam perniagaan coklat (SyokoTube) ini. Apatah lagi sebagai seorang penggemar coklat dan kini mempunyai anak yang juga menikmati coklat, Sam melihat ini adalah masa yang baik untuk membawa jenama SyokoTube by Syoklat! lebih besar sehingga mampu mencapai sasaran pembeli yang betul.

Terus terang saya katakan, melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan coklat (SyokoTube) ini kerana ia tidak hanya tertumpu kepada sesetengah golongan seperti produk kecantikan.
Saya sendiri membesar dengan adanya coklat di rumah untuk sarapan dengan roti, sebagai pencuci mulut bersama ais krim atau buah buahan, campuran coklat ke dalam air susu panas atau sejuk, malah coklat sering digunakan untuk pelbagai jenis makanan.
Pada ketika ini saya sedang membesarkan dua orang anak yang sentiasa mahukan coklat tidak kira di mana sahaja kami berada.
Saya juga pernah keluar negara dan mendapati coklat yang sama saya makan ketika membesar ada terjual di sana. Jadi saya berpendapat coklat ini sangat tinggi permintaannya walaupun dimana sahaja dan digunakan oleh pelbagai peringkat usia.

Dapatkan Syoklat! SyokoTube Daripada Agen Jualan

Syoklat yang mempunyai misi untuk mempersembahkan kualiti produk premium kini boleh didapati dalam beberapa perisa. Ini termasuklah perisa buah Strawberi, Mangga dan Pisang. Ketiga tiga perisa ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan penggemarnya.

 

Sebelumnya, jenama ini juga berkolaborasi dengan pasangan Johan dan Ozlynn menerusi perisa Hazelnut dan Butterscotch.

Saya dan anak-anak sudah mencuba sendiri produk ini. Ternyata memang sedap terutama jika dinikmati bersama roti. Saya juga tambahkan SyokoTube ini didalam Smoothies Banana yang ternayata dapat memberi lebih 'kick' daripada biasa. Pembungkusannya dalam bentuk tiub memang sangat praktikal dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Jangan lupa untuk dapatkan produk ini daripada agen-agen yang terpilih di seluruh negara. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari ke Instagram @syoklatofficial.

 #justpicIT

Shaheizy Sam Kini Keluarkan Produk SyokoTube Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 12, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.