Shopee Merekodkan 4.4 Hari Jualan Mega Pertama Yang Cemerlang
Platform e-dagang Shopee telah merekodkan 4.4 Hari Jualan Mega pertama yang cemerlang. Pada Midnight Mega Sale yang berlangsung dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, jumlah barangan yang dijual di Shopee meningkat sebanyak 6 kali ganda berbanding hari biasa. Di seluruh rantau ini, para pengguna juga telah menikmati hiburan tanpa henti dengan permainan dalam aplikasi Shopee dimainkan secara purata sebanyak 80 juta kali setiap hari dan Shopee Live ditonton secara purata selama 32 juta minit setiap hari.
Pada 4 April, 4.4 Mega Celebrity serantau Shopee, MAMAMOO, turut memikat hati jutaan peminat dan pengguna dengan persembahan eksklusif untuk lagu hit terbaharu mereka ‘Hip’ dan ‘Egoistik’ di Shopee Live.
Shopee telah merungkai peluang pertumbuhan baharu untuk rakan jenama premium di Shopee Premium Brands Festival yang pertama. Di seluruh rantau ini, lebih ramai pengguna beralih ke Shopee Premium buat pertama kalinya, dengan 4.5 kali ganda lebih banyak pesanan direkodkan semasa festival tersebut berbanding minggu sebelumnya. Di Malaysia, jenama-jenama Shopee Premium menyaksikan peningkatan pesanan yang menggalakkan sepanjang kempen, denganElizabeth Arden, Laneige dan L’Occitane antara jenama yang terlaris. Antara barangan premium yang paling popular ialah sleeping mask, serum kecantikan dan pakaian fesyen.
Shopee telah merungkai peluang pertumbuhan baharu untuk rakan jenama premium di Shopee Premium Brands Festival yang pertama. Di seluruh rantau ini, lebih ramai pengguna beralih ke Shopee Premium buat pertama kalinya, dengan 4.5 kali ganda lebih banyak pesanan direkodkan semasa festival tersebut berbanding minggu sebelumnya. Di Malaysia, jenama-jenama Shopee Premium menyaksikan peningkatan pesanan yang menggalakkan sepanjang kempen, denganElizabeth Arden, Laneige dan L’Occitane antara jenama yang terlaris. Antara barangan premium yang paling popular ialah sleeping mask, serum kecantikan dan pakaian fesyen.
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata,
Kami sangat berbesar hati menyaksikan prestasi hebat bagi 4.4 Hari Jualan Mega pertama ini, dalam pada kami membawa keseronokan acara membeli-belah kami kepada para pengguna sepanjang tahun. Shopee sentiasa mendahului dalam perkembangan trend pengguna di pasaran, dan Midnight Mega Sale serta Premium Brands Festival merupakan antara kaedah kami melakukan pembaharuan untuk memenuhi keperluan para pembeli kami. Kami berterima kasih atas sokongan padu yang berterusan oleh pengguna, penjual dan rakan jenama pada acara membeli-belah utama kami yang pertama pada tahun ini, dan akan terus memberi nilai yang lebih baik kepada semua pembeli sambil membantu jenama-jenama dan para penjual mempercepat pertumbuhan mereka di Shopee.
Sorotan Shopee 4.4 Hari Jualan Mega di Malaysia
Di Malaysia, 4.4 Hari Jualan Mega membawakan nilai hebat kepada pembeli melalui tawaran menarik daripada pelbagai jenama dan penjual. Rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memenuhi keperluan harian dan kediaman mereka dengan Kelengkapan Rumah dan Kediaman, Kesihatan dan Kecantikan, Barangan Runcit dan Barangan Haiwan Peliharaan serta Barangan Elektronik muncul sebagai kategori terlaris pada 4 April.
- Kelengkapan Rumah dan Kediaman: Ibu bapa membeli barangan alat tulis untuk anak-anak mereka dengan lebih daripada setengah juta unit dijual, sebagai persiapan untuk kembali ke sekolah pada minggu ini.
- Kesihatan dan Kecantikan: Shopee menyaksikan permintaan untuk pelitup muka kembali meningkat, dengan lebih daripada 5.7 juta keping dibeli, memandangkan rakyat Malaysia membuat persediaan untuk kembali ke pejabat dengan kapasiti penuh. Ini berikutan pengumuman pihak Kerajaan yang telah membatalkan arahan kapasiti 30% untuk pejabat di seluruh negara.
- Barangan Runcit dan Barangan Haiwan Peliharaan: Bekalan keperluan rumah mencatat peningkatan jualan yang tidak dijangka, dengan pembelian bagi penghalau nyamuk mencatat jumlah sebanyak lebih daripada 24,000 unit, berkemungkinan disebabkan oleh cuaca panas yang sedang melanda negara ini.
- Barangan Elektronik: Para pembeli mendapatkan produk untuk membaik pulih dan membersihkan tempat tinggal mereka pada 4.4 Hari Jualan Mega ini, dengan lebih daripada 12,000 pesanan untuk pembersih vakum yang dibeli daripada jenama seperti PerySmith, Xiaomi dan Airbot. Telefon bimbit dan gajet mudah alih turut menerima permintaan yang tinggi, dengan POCO mencatat jualan lebih daripada 14,000 unit telefon pintar pada 4 April di mana para pembeli dapat menikmati diskaun hingga RM200 pada telefon tersebut.
Shopee Merekodkan 4.4 Hari Jualan Mega Pertama Yang Cemerlang
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 06, 2021
Rating:
No comments:
Sharing is caring...