Surau Siti Khadijah di AEON Mall

Surau Siti Khadijah di AEON Mall- Bayangkan bila kita berada di Mall seharian datang untuk membeli belah barangan keperluan rumah mahupun sambutan Hari Raya pastinya kita ingin tunaikan kewajipan iaitu solat apabila tiba masuk waktunya. Apabila kemudahan surau yang selesa disediakan, pastinya memberi kepuasan dan kegembiraan. Ibarat seperti solat di rumah sendiri ataupun di surau dan masjid.


Melihat kepentingan surau sebagai tempat beribadah untuk masyarakat muslim, Siti Khadijah (SK) yang berpegang teguh kepada nilai berkongsi rezeki telah kolaborasi bersama AEON dalam memberikan kemudahan kepada orang awam dalam bentuk kemudahan fasiliti solat yang lebih selesa. Projek CSR atau tanggungjawab sosial korporat merupakan satu elemen penting dalam menilai komitmen sesebuah syarikat dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti di sekelilingnya. 


Memandangkan Majlis perasmian telah dijalankan di AEON Mall Shah Alam, yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor, Puan Salwana Binti Ahmad Dahlan. 


Turut hadir ialah Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Siti Khadijah, Tuan Haji Ir. Aminuddin Mohd Nasir, Pengarah Eksekutif Jualan & Pemasaran Siti Khadijah, Mohd Munzir Aminuddin, dan Dr. Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Komunikasi Korporat, AEON Group Malaysia


Idea untuk program yang dirancang seawal Disember 2020 ini tercetus selepas melihat peluang untuk menambahbaik persekitaran serta suasana surau. Projek penambahbaikan surau awam ini disambut baik oleh pihak AEON, memandangkan hubungan baik yang sudah terjalin daripada kewujudan butik SK di sana. Projek yang kemudiannya dinamakan Surau Angkat SK ini dimulakan dengan memilih tiga lokasi untuk fasa percubaan - AEON Mall Shah Alam, AEON Mall Tebrau City dan AEON Mall Kota Bharu dan akan dipanjangkan ke lokasi lain seluruh Malaysia jika menerima sambutan yang menggalakkan.

Projek ini memberi ruang kepada SK untuk menjadikan surau terpilih sebagai surau angkat. Kos untuk penambahbaikan ditanggung oleh pihak SK sepenuhnya. SK turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti telekung wakaf, ruang gantung tudung, meja solek dan cermin muka. Juga, pengelap untuk mensanitasi tempat sujud bagi tujuan pematuhan SOP.

Tempat mengambil wudhuk yang semakin luas dan cantik

Penjagaan kebersihan terutama telekung wakaf yang akan sentiasa digantikan dari masa ke semasa

Akan dilabelkan warna di setiap telekung wakaf (Sumbangan SK)

Penyediaan locker simpanan dan kerusi untuk solat bagi mereka yang memerlukan.

Meja mekap untuk pengunjung wanita bersiap selepas bersolat

Tempat lap untuk mensanitasi tempat sujud

Dekorasi yang cantik didalam surau. Nampak luas dan bersih

Bagus dipasangkan cermin ini. Mudah untuk kita monitor pengunjung surau.

Oh ya! turut diadakan program #KitaAda Wakaf. Di mana pengunjung boleh membuat sumbangan atas berapa nilai sahajapun untuk projek pembaikan dan penyelenggaraan surau.

Boleh tambah saham akhirat :-)

Dengan penambahbaikan ini, diharapkan pengunjung Mall dapat merasakan sendiri pengalaman beribadah dalam keadaan yang lebih selesa, seterusnya mengalukan mereka untuk bersedekah bagi mengekalkan keselesaan tersebut kepada pengunjung yang lain. 

Sedikit info, untuk tahun 2021, SK telah melancarkan kempen #KitaAda. Kempen ini menggariskan tiga mesej utama 
#KitaAda telekung paling selesa
#KitaAda hadiah paling bermakna 
#KitaAda telekung buatan orang kita.

Surau Siti Khadijah di AEON Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 17, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.