The Venue Shah Alam Memperkenalkan Sajian Nostalgia Desa Untuk Buffet Ramadhan 2021

The Venue Shah Alam Memperkenalkan Sajian Nostalgia Desa Untuk Buffet Ramadhan 2021- Yerp! The  Venue Shah Alam, lokasi yang tidak asing lagi untuk berbuka puasa setiap tahun.Untuk tahun 2021, The Venue Shah Alam telah memperkenalkan konsep Nostalgia Desa yang mana sajian yang bakal dipertengahkan adalah kebanyakannya lauk-pauk tradisi yang sering dihidangkan ketika berbuka di kampung bersama orang tersayang.

Ruang legar di dewan makan utama agak luas dan berhawa dingin sepenuhnya. Sekaligus memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir. Saya tertarik betul dengan scallop langsir didalam dewan ini, cantik dan kemas.

Setiap meja hanya menempatkan 6 tetamu sahaja. Ini adalah mengikut SOP sepertimana diarahkan oleh Kerajaan yang memerlukan penjarakkan sosial apabila berada di tempat awam.

Sepanjang waktu berbuka, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan band yang dijemput. Esklusifnya untuk setiap hujung minggu, pengacara Dee yang cukup popular dalam rancangan Jangan Ketawa akan hadir memeriahkan suasana majlis berbuka puasa.

Disediakan tandas untuk lelaki dan perempuan, begitu juga surau yang terletak di tingkat 1.Semua kemudahan ini adalah untuk tetamu yang hadir. Oh ya! Parkir adalah percuma.

Antara signature hidangan yang boleh dicuba jika berbuka di sini adalah seperti sup gear box kambing, live cook apam balik dan kambing golek. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi sajian menarik yang dicuba antaranya seperti:-

Nasi Arab Habibi
Baghdad Corner
Kambing Golek Power
Apam Balik Abang Zam
Sup Tulang Mamu Penang
Shellout power
Dim Sum
Noodle Station
Dessert corner
Air Balang Pasar Malam
Ais Krim Corner

Shellout

Roasted Lamb with Brawn Sauce and Coleslaw

Antara hidangan kegemaran saya. Dinikmati panas-panas bersama sos lada hitam.

Daging Kerutup

Ayam Buttermilk

Daging Masak Cili Padi

Sweet Sour Fish

Ayam Berlado

Rendang Ayam

Daging Blackpepper

Sambal Tumis Udang Petai

Lala Masak Pedas

Kerabu Kerisi Tauge Kerang

Kerabu Mangga

Terung Berlado

Sayur Campur

Ikan bakar

Daging Bersama Air Asam

Beriyani Bukhara Ayam

Antara hidangan sedap yang saya cuba disini. Dari segi rasa memang puas hati.

Beriyani Bukhara Kambing


Terdapat juga kaunter khas untuk menikmati mee kari. Menariknya kuah kari sentiasa dikekalkan kepanasannya. Dan tidak dilupakan juga dengan kuih apam balik yang disediakan secara live cook

Pemanis mulut yang memang menjadi kegemaran jika berada di kampung. Terutamanya bubur pulut hitam dan juga bubur cendol.

Kudapan kegemaran terutama selepas solat terawih. Ada jeruk mangga, jeruk betik, keropok dan pelbagai lagi.

Kuih-muih tradisi

Buah-buahan


The Venue
No 15, Jalan 15/22, 
Tiong Nam Park, 
Seksyen 15, 
40000 Shah Alam, 
Selangor, Malaysia


Sepanjang bulan ramadhan juga akan diadakan peraduan cabutan bertuah. Di mana hadiah utama yang ditawarkan cukup lumayan iaitu pakej pelancongan. Selain itu, terdapat juga tawaran untuk promosi permbelian terawal (EARLY BIRD) iaitu pembelian sehingga 12 April 2021.

Early Bird Price:
Dewasa : RM 65/ORANG
Kanak Kanak : RM 35/ORANG (7 - 12 TAHUN)
Warga Emas : RM 45/ORANG (60 TAHUN KE ATAS)
Table : RM500/TABLE (8 orang)

Normal Price :
Dewasa : RM 75/ORANG
Kanak-kanak : RM 45/ORANG (7 - 12 TAHUN)
Warga Emas : RM 50/ORANG (60 TAHUN KE ATAS)
TABLE : RM580/TABLE (8 orang)
FOC KANAK - KANAK 6 TAHUN & KE BAWAH.


Untuk tempahan bagi mendapatkan promosi Early Bird, boleh whatsapp :
The Venue Shah Alam Memperkenalkan Sajian Nostalgia Desa Untuk Buffet Ramadhan 2021 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 04, 2021 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.