The Venue Shah Alam Memperkenalkan Sajian Nostalgia Desa Untuk Buffet Ramadhan 2021
The Venue Shah Alam Memperkenalkan Sajian Nostalgia Desa Untuk Buffet Ramadhan 2021- Yerp! The Venue Shah Alam, lokasi yang tidak asing lagi untuk berbuka puasa setiap tahun.Untuk tahun 2021, The Venue Shah Alam telah memperkenalkan konsep Nostalgia Desa yang mana sajian yang bakal dipertengahkan adalah kebanyakannya lauk-pauk tradisi yang sering dihidangkan ketika berbuka di kampung bersama orang tersayang.
Ruang legar di dewan makan utama agak luas dan berhawa dingin sepenuhnya. Sekaligus memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir. Saya tertarik betul dengan scallop langsir didalam dewan ini, cantik dan kemas.
Setiap meja hanya menempatkan 6 tetamu sahaja. Ini adalah mengikut SOP sepertimana diarahkan oleh Kerajaan yang memerlukan penjarakkan sosial apabila berada di tempat awam.
Sepanjang waktu berbuka, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan band yang dijemput. Esklusifnya untuk setiap hujung minggu, pengacara Dee yang cukup popular dalam rancangan Jangan Ketawa akan hadir memeriahkan suasana majlis berbuka puasa.
Disediakan tandas untuk lelaki dan perempuan, begitu juga surau yang terletak di tingkat 1.Semua kemudahan ini adalah untuk tetamu yang hadir. Oh ya! Parkir adalah percuma.
Antara signature hidangan yang boleh dicuba jika berbuka di sini adalah seperti sup gear box kambing, live cook apam balik dan kambing golek. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi sajian menarik yang dicuba antaranya seperti:-
Baghdad Corner
Kambing Golek Power
Apam Balik Abang Zam
Sup Tulang Mamu Penang
Shellout power
Dim Sum
Noodle Station
Dessert corner
Air Balang Pasar Malam
Ais Krim Corner
Shellout
Roasted Lamb with Brawn Sauce and Coleslaw
Antara hidangan kegemaran saya. Dinikmati panas-panas bersama sos lada hitam.
Daging Kerutup
Ayam Buttermilk
Daging Masak Cili Padi
Sweet Sour Fish
Ayam Berlado
Rendang Ayam
Daging Blackpepper
Sambal Tumis Udang Petai
Lala Masak Pedas
Kerabu Kerisi Tauge Kerang
Kerabu Mangga
Terung Berlado
Sayur Campur
Ikan bakar
Daging Bersama Air Asam
Beriyani Bukhara Ayam
Antara hidangan sedap yang saya cuba disini. Dari segi rasa memang puas hati.
Beriyani Bukhara Kambing
Terdapat juga kaunter khas untuk menikmati mee kari. Menariknya kuah kari sentiasa dikekalkan kepanasannya. Dan tidak dilupakan juga dengan kuih apam balik yang disediakan secara live cook.
Pemanis mulut yang memang menjadi kegemaran jika berada di kampung. Terutamanya bubur pulut hitam dan juga bubur cendol.
Kudapan kegemaran terutama selepas solat terawih. Ada jeruk mangga, jeruk betik, keropok dan pelbagai lagi.
Kuih-muih tradisi
Buah-buahan
The Venue
No 15, Jalan 15/22,
Tiong Nam Park,
Seksyen 15,
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Early Bird Price:
Dewasa : RM 65/ORANG
Kanak Kanak : RM 35/ORANG (7 - 12 TAHUN)
Warga Emas : RM 45/ORANG (60 TAHUN KE ATAS)
Table : RM500/TABLE (8 orang)
The Venue Shah Alam Memperkenalkan Sajian Nostalgia Desa Untuk Buffet Ramadhan 2021
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 04, 2021
Rating:
fuhh..hiasan dewan dah macam kenduri kendara kayangan
ReplyDeletekan cantek sangat hehehe
Deletehuihhhh...ada sup gearbox, mau panjang barisan kan...
ReplyDelete